x
Surah Al-Muzzammil - سورة المزمل
[73:20] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Muzzammil 73:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 575 - ٥٧٥Tafsir Surah Muzzammil Ayat 20
Ayat 20: Surah ini menarik kerana ada menyebut tentang jihad sedangkan surah ini adalah surah Makkiah. Sebab itu ada yang mengatakan ayat ini adalah Ayat Madaniyyah. Oleh itu, bahagian awal memang diturunkan di Mekah, tetapi ayat ini diturunkan di Madinah. Kalau kita lihat pun ayat ini, ianya amat panjang, iaitu antara ciri Surah-surah Madaniyah. Sedangkan ayat-ayat yang lain, pendek-pendek sahaja. Ini menguatkan lagi hujah yang mengatakan yang ini adalah Surah Madaniah. Allahu a’lam.
Sahih International
Indeed, your Lord knows, [O Muhammad], that you stand [in prayer] almost two thirds of the night or half of it or a third of it, and [so do] a group of those with you. And Allah determines [the extent of] the night and the day. He has known that you [Muslims] will not be able to do it and has turned to you in forgiveness, so recite what is easy [for you] of the Qur’an. He has known that there will be among you those who are ill and others traveling throughout the land seeking [something] of the bounty of Allah and others fighting for the cause of Allah . So recite what is easy from it and establish prayer and give zakah and loan Allah a goodly loan. And whatever good you put forward for yourselves – you will find it with Allah . It is better and greater in reward. And seek forgiveness of Allah . Indeed, Allah is Forgiving and Merciful.
Malay
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِن ثُلُثَيِ اللَّيْلِ
Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya engkau bangun selama kurang dari dua pertiga malam,
Dalam ayat-ayat surah ini, Allah telah memberi arahan supaya solat Malam itu dilakukan sepanjang malam, kecuali sedikit sahaja. Tapi Allah nak beritahu yang Dia tahu yang manusia tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Selama dua pertiga pun manusia tak mampu.
وَنِصْفَهُ
Atau selama satu perduanya,
Selama separuh dari malam pun manusia tak mampu juga.
وَثُلُثَهُ
Atau selama satu pertiganya;
Selama satu pertiga pun manusia dah susah nak buat. Manusia tidak dapat mengekalkan solat malam dengan kadar yang lama. Sekejap boleh lama dan sekejap sedikit sahaja.
وَطَائِفَةٌ مِّنَ الَّذِينَ مَعَكَ
dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu
Ada juga sahabat yang melakukan juga solat malam. Asalnya, Solat Malam itu hanya kepada Nabi Muhammad sahaja, tapi para sahabat juga mahu melakukan amalan itu, mereka juga melakukannya bersama dengan Nabi. Ini menunjukkan betapa para sahabat amat suka melakukan amal kebaikan. Ada waktu yang sahabat itu bangun bersama Nabi dan ada waktu lain, sahabat yang lain pula. Tidak tetap. Tidak semua mampu untuk berterusan
Nabi pernah melakukan solat malam berjemaah dengan para sahabat. Apabila mereka nampak Nabi solat, mereka ikut di belakang baginda. Nabi tidak menghalang mereka kalau mereka buat begitu. Tapi Nabi sendiri tidak mengajak mereka dari mulanya. Begitu juga dengan Solat Terawih yang telah dilakukan bersama dengan Nabi. Nabi tak ajak sahabat solat bersama baginda, tapi apabila mereka nampak Nabi solat, mereka telah mengikuti baginda.
وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.
Semuanya Allah yang tentukan segalanya. Allah yang menentukan berapa lama malam dan berada lama siang. Ada tempat yang siang panjang dan ada tempat yang malam pula panjang. Allah yang tentukan. Jadi, kalau malam yang panjang, separuh dari malam itu tentulah lebih panjang kalau dibandingkan dengan tempat yang malamnya pendek.
عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ
Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia memberi taubat kepada kamu;
Allah tahu yang kita tidak dapat nak kira berapa lama masa itu kerana ada masanya panjang dan ada masanya pendek. Tambahan pula zaman Nabi dan sahabat, tidak ada jam. Dan kalau zaman sekarang pun, kalau sedang khusyuk dalam solat, tidak dapat nak agak berapa lama masa berlalu.
Soalan: Kalau Allah dah tahu yang kita tidak mampu untuk melakukan seperti yang diarahkan di awal surah ini, kenapa Allah tak terus sahaja bagi keringanan awal-awal lagi? Kenapa nak suruh buat yang berat, tapi kemudian ringankan?
Jawapan: Kerana Allah nak beritahu bahawa keringanan yang diberikan itu adalah rahmat dari Allah. Allah juga nak beritahu bahawa sebenarnya yang patut kita lakukan adalah lebih lagi, tapi dari rahmatNya, Dia beri keringanan. Kalau Allah suruh kita balas segala nikmat yang Allah berikan itu dengan sama nilainnya, kita tidak akan sanggup untuk melakukannya. Nikmat Allah itu terlalu banyak untuk kita balas. Kita hanya boleh buat sedikit sahaja, sebenarnya.
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ
oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran
Sahabat jadi penat, maka Allah meringankan kepada sahabat. Tapi bacalah mana yang mampu. Jadi kalau kita tak boleh solat lama dalam qiyamullail, maka buatlah mana yang mampu. Kalau sikit pun boleh. Kalau boleh dua rakaat, dua rakaat lah. Baca mana yang boleh dari Quran dalam solat itu. Kalau tahu Qulhuwallah, maka baca surah itulah sahaja.
Tapi kenalah tidur awal. Kalau masih lagi tidur lambat, akan jadi susah nak bangun malam.
Ayat ini menganjurkan kita baca Qur’an. Bukan dalam solat sahaja. Quran kena sentiasa ada dengan kita. Macam zaman sekarang, amat senang. Semua dah pakai Smart Phone yang boleh muatkan Quran. Boleh baca di mana-mana. Kita banyak masa terluang sebenarnya. Waktu tunggu orang, waktu rehat dan sebagainya.
Ayat ini juga sebagai dalil bahawa Solat Malam itu adalah sunat sahaja, bukannya wajib. Asalnya, ianya adalah wajib dan para sahabat telah melakukannya selama 12 bulan bersama dengan Nabi.
عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرْضَىٰ
Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit;
Allah tahu ada kalangan manusia yang uzur. Kerana itulah Solat Malam itu tidak diwajibkan.
وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ اللَّهِ
dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah;
Allah juga tahu yang ada kalangan manusia yang sibuk dengan urusan mencari kehidupan dalam dunia ini. Untuk kelangsungan hidup dan untuk menyara kehidupan keluarga juga. Jadi, tidak sempat untuk melakukan Solat Malam lama-lama.
Dari ayat ini, mengajar kita juga bahawa mencari rezeki juga adalah ibadat. Sampaikan Saidina Umar pernah berkata, selain daripada mati semasa jihad fisabilillah, beliau ingin kalau dia dimatikan semasa beliau sedang mencari rezeki.
وَآخَرُونَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya).
Surah ini adalah Makkiah dan belum ada perintah jihad lagi. Maka, ayat ini adalah isyarat kepada masa hadapan yang akan berlaku. Ayat ini adalah salah satu ayat bukti kenabian Nabi Muhammad. Kerana ianya menceritakan tentang apakah yang akan terjadi di masa hadapan.
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ
Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya darinya;
Bacalah apa yang mampu dalam solat itu. Kalau boleh baca qul sahaja, bacalah itu sahaja. Asalkan bangun solat malam.
Ayat ini menansukh kewajiban solat malam dalam ayat ayat awal.
Atau membolehkan mengurangkan waktu dalam solat malam itu. Kerana ayat awal kata kena separuh malam.
Atau membolehkan mengurangkan waktu dalam solat malam itu. Kerana ayat awal kata kena separuh malam.
Tapi walaupun sudah tidak diwajibkan, sahabat masih lagi banyak melakukan solat malam. Kita pun kenalah mengambil peluang ini. Malangnya zaman ini ada banyak gangguan sangat. Dengan televisyen, main Smart Phone dan macam-macam lagi. Ini semua kita kena lawan.
Masalah kedua yang menyebabkan orang kita tak solat adalah kerana solat solat malam itu telah disusahkan kerana telah diajar sampai jadi susah oleh ustaz-ustaz negara ini. Mereka beri susunan pula nak kena buat: kena solat taubat dulu, kemudian solat hajat, kemudian itu dan kemudian ini. Padahal, semua itu tidak ada langsung. Solat malam itu mudah sahaja. Solat terus dua rakaat. Selain daripada susunan yang menyusahkan itu, masyarakat kita diajar ‘lafaz niat’ yang menyusahkan. Sampaikan orang yang jahil bahasa Arab tidak tahu nak baca niat macam mana, maka mereka tinggalkan sahaja solat sunat. Padahal, Nabi tidak pernah ajar lafaz niat dan susun niat yang khusus. Ustaz-ustaz itu nanti kena jawap kenapa mereka mengajar sesuatu yang Nabi tidak pernah ajar dan bagaimana mereka telah menyusahkan masyarakat.
Bukan itu sahaja, malah masyarakat kita ditipu dengan ajaran-ajaran ‘tambahan’ dalam cara menjalankan solat sunat malam itu. Kena buat itu dan ini, baca ayat itu dan ini dan sebagainya. Ditambah pula dengan ajaran doa-doa tertentu dalam solat dan selepas solat. Kalau tak percaya, bacalah buku-buku yang ada di pasaran sekarang yang mengajar tentang solat-solat sunat itu. Macam-macam perkara yang buku-buku itu ajar yang tidak ada dalam hadis pun. Semua itu menyusahkan masyarakat Islam. Sampaikan masyarakat kita rasa macam payah sangat solat sunat itu sampaikan mereka tinggalkan terus solat malam. Padahal, ianya mudah sahaja dilakukan.
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat;
Ayat ini pula tentang kefardhuan Solat Fardhu dan membayar zakat. Pastikan kita buat yang fardhu. Jangan buat yang sunat, tapi culas dalam amalan ibadat yang fardhu. Ada orang yang mungkin sibuk nak solat malam, tapi sampaikan tertinggal solat subuh pula.
Ada yang kata ayat ini adalah dalil yang zakat telah diwajibkan di Mekah lagi. Cuma pelaksanaan perincian hanya diberikan di Madinah. Oleh kerana perincian belum diberikan lagi, maka sahabat mungkin tak buat lagi. Sahabat tak tanya kalau tak perlu. Kalau Allah tak beritahu lagi, mereka tak sibuk-sibuk nak tanya Nabi.
وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang cantik
قَرْضًا حَسَنًا ialah apabila beri pinjaman kepada seseorang, tapi tidak menetapkan bila nak bayar balik. Kita beri pinjam kepada orang, dan kita kata kepadanya: kalau ada duit, bayar, kalau tiada, tidak mengapa. Inilah pemberi pinjam yang paling baik. Kerana kita mengharapkan balasan dari Allah sahaja. Ini kepada mereka yang banyak duit, yang kalau dia beri dan orang yang pinjam itu tidak bayar balik pun, tidak luak hartanya. Kalau duit cukup-cukup sahaja, jangan buat macam ni pula.
Bagaimana pula pinjaman yang baik kalau dengan Allah? Kalau kita infak pada jalan Allah, kita tidak boleh tetapkan bila balasan dari Allah. Allah lah yang akan menentukan bila Dia nak balas. Allah pasti akan balas.
Kenapa digunakan perumpamaan pinjaman dalam ayat ini? Kita pinjamkan sesuatu kepada Allah yang bukan kita punya pun. Masa dan harta itu dari Allah juga. Ayat ini menyebabkan kita sedar tentang kedhaifan kita dan besarnya rahmat Allah. Bayangkan Allah suruh kita buat sesuatu dengan modal yang Dia sendiri yang beri, tapi Allah akan beri balasan dengan apa yang kita lakukan itu. Kalau tak buat juga lagi, tidak tahulah macam mana nak kata lagi.
وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ
Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,
Harta yang kita infakkan itu adalah harta kita sebenarnya. Harta yang kita kumpul dan simpan, dalam bank dan di mana-mana, itu adalah harta waris kita sahaja. Oleh itu, kalau kita hendak harta kita kekal dengan kita, maka infakkanlah harta itu pada jalan Allah.
Dalam ayat ini, Allah memberitahu yang apa sahaja kebaikan yang kita lakukan, samada solat malam, infak pada jalan Allah dan segala kebaikan yang kita lakukan, Allah pasti akan balas.
هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا
balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.
Mana lagi bagus, harta kita atau harta waris kita? Tentulah harta kita sendiri. Oleh itu, infaklah kerana apabila kita infak, harta itu pasti akan menjadi harta kita di akhirat kelak. Jangan simpan banyak harta untuk anak-anak sahaja, kerana belum tentu mereka akan sedekah bagi pihak kita; belum tentu mereka ingat untuk mendoakan kebaikan untuk kita. Maka, kitalah yang kena simpan bekal untuk akhirat.
Mungkin kita tidak nampak sekarang balasan itu semasa di dunia. Tapi percayalah pada janji-janji Allah. Ketahuilah bahawa syurga itu mahal, kena keluarkan modal untuk memasukinya.
Ayat ini juga mengajar kita, kalau kita tak boleh dan tak larat nak bangun solat malam, maka infakkanlah harta pada jalan Allah.
وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kenapa nak kena minta ampun? Sedangkan ayat sebelumnya menyebut tentang ibadah-ibadah yang dilakukan. Kenapa selepas buat ibadat, masih kena minta ampun juga? Kerana apa sahaja kebaikan yang kita lakukan, kita sepatutnya boleh buat lebih baik lagi.
Dan mungkin dalam ibadat yang kita lakukan. Ada kesalahan yang kita lakukan. Antaranya kita rasa bangga dengan amalan kita itu dan itu juga adalah satu kesalahan.
Ayat ini juga menekankan betapa pentingnya kita berharap supaya dosa-dosa kita diampunkan. Kerana kalau pahala kita banyak tapi ada dosa, masih kena masuk neraka juga dulu.
Alhamdulillah, tamat sudah tafsir Surah Muzzammil ini. Lompat ke surah yang seterusnya, Surah Muddaththir
No comments:
Post a Comment