x
Surah Al-Muzzammil - سورة المزمل
[73:13 - 73:19] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Muzzammil 73:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 574 - ٥٧٤
(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
(Al-Muzzammil 73:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 574 - ٥٧٤
Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
(Al-Muzzammil 73:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 574 - ٥٧٤
Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
(Al-Muzzammil 73:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 574 - ٥٧٤
(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
(Al-Muzzammil 73:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 574 - ٥٧٤
Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
(Al-Muzzammil 73:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 574 - ٥٧٤
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
(Al-Muzzammil 73:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 574 - ٥٧٤Tafsir Surah Muzammil Ayat 13 – 19
Ayat 13:
Sahih International
And food that chokes and a painful punishment –
Malay
Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
وَطَعَامًا ذَا غُصَّةٍ
Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik,
Ini adalah sambungan dari azab yang dikenakan kepada mereka yang mendustakan kebenaran. Mereka dikenakan dengan azab makanan yang tak masuk terus dalam perut dan tak boleh luah balik. Maknanya, makanan itu terus lekat di halqum. Antaranya buah Zaqqum yang berduri yang akan diberikan kepada mereka dan makanan itu akan melekat di tekak. Kalau tulang ikan terlekat sekejap di tekak pun kita dah tersiksa, bukan?
وَعَذَابًا أَلِيمًا
dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Ditambah lagi dengan azab yang pedih. Ini adalah sesuatu yang amat menakutkan.
Ayat 14:
Sahih International
On the Day the earth and the mountains will convulse and the mountains will become a heap of sand pouring down.
Malay
(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
يَوْمَ تَرْجُفُ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ
pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur),
Allah membayangkan kepada kita bagaimana keadaan pada Hari Kiamat nanti. Supaya kita takut dan kembali kepadaNya.
وَكَانَتِ الْجِبَالُ كَثِيبًا مَّهِيلًا
dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang bersepah.
Sekarang gunung ganang itu kukuh, tapi akan jadi kumpulan tanah sahaja. Mahsyar akan jadi tempat yang rata. Tidak ada yang rendah dan yang naik.
Bangsa Arab tinggal di kawasan yang berbukit bukau dan bergunung ganang. Allah beri perumpamaan kepada mereka dengan sesuatu yang mereka biasa lihat. Supaya mereka boleh membayangkan bagaimana kejadian Hari Kiamat itu nanti.
Ayat 15:
Sahih International
Indeed, We have sent to you a Messenger as a witness upon you just as We sent to Pharaoh a messenger.
Malay
Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
إِنَّا أَرْسَلْنَا إِلَيْكُمْ رَسُولًا شَاهِدًا عَلَيْكُمْ
Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu
Rasul akan bersaksi yang baginda telah menyampaikan ajaran yang sepatutnya baginda sampaikan.
Baginda juga menjadi saksi keatas amalan yang kita buat, samada amalan itu sunnah atau bidaah. Apabila ditanya tentang perbuatan amal ibadat bidaah yang kita lakukan, baginda akan ditanya samada baginda ada ajar amalan itu, dan baginda akan jawap yang baginda tidak ajar pun. Lalu, apa lagi alasan kepada pembuat amalan bidaah?
كَمَا أَرْسَلْنَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ رَسُولًا
sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
Sebagaimana Allah telah mengutus seorang Rasul kepada Firaun, begitu juga Allah telah mengutus seorang rasul kepada penduduk Mekah. Dalam ayat ini, penduduk Mekah dibandingkan dengan Firaun. Kerana begitu teruknya mereka.
Ayat 16:
Sahih International
But Pharaoh disobeyed the messenger, so We seized him with a ruinous seizure.
Malay
Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
فَعَصَىٰ فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ
Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu,
Rasul yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nabi Musa. Seperti selalu, Allah selalu menceritakan tentang Nabi Musa dalam Quran. Ini adalah kerana ada persamaan antara Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Dugaan yang Nabi Muhammad hadapi hampir sama dengan dugaan yang dihadapi oleh Nabi Musa.
Sepertimana Firaun menderhaka kepada Nabi Musa, Musyrikin Mekah juga telah menderhaka kepada Nabi Muhammad. Maka, Allah nak beritahu kepada mereka, apakah kesan kepada mereka kalau mereka menderhaka kepada baginda.
فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلًا
lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
Kaum Nabi Musa telah dilemaskan dalam laut. Azab itu adalah amat berat sekali.
Ini adalah ayat ancaman kepada penduduk Mekah. Kalau mendustakan Nabi Musa pun dah kena azab, maka kalau dustakan Nabi Muhammad lebih teruk lagi kerana Nabi Muhammad lebih mulia. Maka, mereka disuruh supaya beringat-ingat. Jangan fikir dunia sahaja. Apa yang mereka lakukan itu akan mendapat balasannya di akhirat kelak.
Ayat 17:
Sahih International
Then how can you fear, if you disbelieve, a Day that will make the children white- haired?
Malay
(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu – kalau kamu kufur ingkar – (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
فَكَيْفَ تَتَّقُونَ إِن كَفَرْتُمْ يَوْمًا يَجْعَلُ الْوِلْدَانَ شِيبًا
Maka bagaimana kamu dapat ‘menyelamatkan diri kamu’ kalau kamu kufur ingkar kepada hari yang huru-haranya sampai menyebabkan kanak-kanak menjadi beruban? Ayat ini menempelak mereka yang tidak beriman – bagaimana lagi mereka nak menyelamatkan diri mereka kalau mereka tak takut kepada hari yang amat menakutkan itu? Kalau tak takut dengan Hari Kiamat, memang susah nak beriman.
Atau, bagaimana kamu nak selamatkan diri kamu pada hari kiamat itu kalau tidak percaya yang ianya akan terjadi? Kalau kita tak percaya kepada Hari Kiamat, tentu kita tidak takut dengannya.
Teruk sangat hari itu, sampaikan kanak-kanak pun boleh jadi beruban. Ini adalah kerana kepayahan dan huru hara pada hari itu yang akan menyebabkan rambut seorang kanak-kanak sampai beruban dan nampak tua. Kalau kita susah hati, ianya sampai boleh menyebabkan rambut beruban. Sebagaimana ada satu hadis yang Nabi Muhammad memberitahu bahawa ada lima surah yang berat sampaikan menyebabkan rambut Nabi beruban. Ini disebut dalam Sunan Tirmizi:
حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ، عَنْ شَيْبَانَ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ قَالَ أَبُو بَكْرٍ رضى الله عنه يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ شِبْتَ . قَالَ “ شَيَّبَتْنِي هُودٌ وَالْوَاقِعَةُ وَالْمُرْسَلاَتُ وَ عمَّ يَتَسَاءَلُونَ وَإذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لاَ نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عَبَّاسٍ إِلاَّ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ . وَرَوَى عَلِيُّ بْنُ صَالِحٍ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ نَحْوَ هَذَا . وَرُوِيَ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ أَبِي مَيْسَرَةَ شَيْءٌ مِنْ هَذَا مُرْسَلاً .Abu Ishaq meriwayatkan from Ikrimah, dari Ibn Abbas yang berkata:
“Abu Bakr berkata: ‘Ya Rasulullah! Rambutmu telah beruban.’ Baginda menjawap: ‘Aku telah beruban kerana (Surah) Hud, Al-Waqi`ah, Al-Mursalat dan `Amma Yatasa’alun and Idhash-Shamsu Kuwwirat.’”
Kenapa kanak-kanak sampai beruban? Ada yang kata kerana lamanya di Mahsyar adalah selama 50 ribu tahun. Sampaikan sesiapa yang mati muda pun akan jadi tua kerana lamanya jangkamasa di Mahsyar.
Keduanya, kerana kesusahan yang dihadapi pada hari itu. Kalau kita lihat kanak-kanak di yang hidup susah, cahaya keanakan pun telah hilang dari wajah mereka. Mereka nampak tua dari umur mereka. Kerana trauma kehidupan yang mereka lalui. Dan kepayahan Mahsyar lagi teruk tidak dapat dibandingkan.
Ayat 18:
Sahih International
The heaven will break apart therefrom; ever is His promise fulfilled.
Malay
Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
السَّمَاءُ مُنفَطِرٌ بِهِ
Langit akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu.
Allah menyambung lagi, menceritakan kedahsyatan pada hari itu. Langit yang nampak kukuh pada pandangan mata kita sekarang pun akan berpecah.
كَانَ وَعْدُهُ مَفْعُولًا
(Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
Allah takkan ubah fikiranNya. Hari Kiamat itu pasti akan terjadi. Kalau manusia kata dia hendak melakukan sesuatu, ada kemungkinan dia tidak lakukan. Tapi, tidak dengan Allah. Kalau Dia hendak lakukan, Dia pasti akan lakukan.
Ayat 19:
Sahih International
Indeed, this is a reminder, so whoever wills may take to his Lord a way.
Malay
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌ
Sesungguhnya ini menjadi peringatan
Peingatatan yang dimaksudkan adalah surah ini. Sesiapa yang ada akal, akan menjadikan surah ini sebagai peringatan. Mereka akan rasa takut untuk menghadapi Hari Kiamat dan menghadapi Allah. Mereka akan takut datang kepada Allah dengan dosa yang berkepuk, maka mereka beramal dengan amalan yang sunnah sahaja.
فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا
oleh itu sesiapa yang mahu, hendaklah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya
Kalau kita hendakkan kebaikan untuk diri kita, kita akan cari jalan yang menuju kepada Allah. Samada kita bawa diri kita sendiri atau Allah bawakan kita. Allah bawa kita kepada jalan yang lurus dengan beri hujah yang boleh diterima oleh manusia dan jin. Allah tak paksa manusia untuk beriman, tapi Allah beri asbab kepada kebenaran dalam bentuk hujah dan keadaan. Contoh, ada orang kafir masuk Islam sebab tidak dapat jawapan dari guru agama mereka. Walaupun mereka lahir kafir, tapi kerana mereka menggunakan akal mereka untuk mencari kebenaran, mereka akan berjumpa.
Oleh itu, kita hendaklah menzahirkan diri kita sebagai hamba kepada Allah. Ini adalah cara yang Allah dah aturkan untuk kita menunjukkan kehambaan kepadaNya.
Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment