x
Surah Al-'Alaq - سورة العلق
[96:8 - 96:19] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Al-'Alaq 96:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
(Al-'Alaq 96:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
(Al-'Alaq 96:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
(Al-'Alaq 96:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
(Al-'Alaq 96:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
(Al-'Alaq 96:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
(Al-'Alaq 96:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
(Al-'Alaq 96:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
(Al-'Alaq 96:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
(Al-'Alaq 96:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
(Al-'Alaq 96:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
(Al-'Alaq 96:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 597 - ٥٩٧Tafsir Surah al-Alaq Ayat 8 – 19 (Cara mendekatkan diri dengan Allah)
Ayat 8: Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang mereka yang rasa diri mereka cukup dan tidak hiraukan tentang ‘undang-undang moral’. Bagaimana cara untuk sedarkan mereka? Untuk sedarkan mereka, kita kena ingatkan mereka yang mereka akan bertemu Tuhan juga. Dan nanti di akhirat, Allah akan nilai manusia dengan neraca Qur’an inilah (samada hidup kita ikut Qur’an atau tidak). Dan kalau begitu, bagaimana nasib kita kalau kalau tidak tahu tentang Qur’an dan tidak amalkan ajaran dalam Qur’an, agaknya bagaimana kita nanti, selamat atau tidak?
إِنَّ إِلىٰ رَبِّكَ الرُّجعىٰ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Indeed, to your Lord is the return.
(MALAY)
Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).
Hanya mereka yang yakin dengan sebenarnya yang mereka akan kembali bertemu dan mengadap Allah untuk dipertanggungjawabkan dengan segala perbuatanlah, yang akan menahan seseorang dari terus melakukan dosa-dosa dan kesalahan moral.
Begitulah manusia, ada jenis yang perlukan undang-undang dunia, dengan hukuman yang mereka takuti, baru mereka jadi baik. Kepada orang yang sebegitu, kena ingatkan mereka dengan neraka.
Tetapi, memang ada orang yang tinggi moralnya, iaitu mereka orang yang baik. Orang yang jenis macam itu, tujuan mereka adalah nak gembirakan Allah. Tujuan mereka yang tinggi adalah untuk mencari dan mendapatkan redha Allah.
Jadi, ada jenis yang takutkan kepada hukuman, dan ada yang mahu mencari keredhaan Allah. Dan kedua-dua jenis golongan ini disentah dalam satu ayat ini. Kepada mereka yang takut kepada hukuman, beritahu kepada mereka yang mereka akan kembali bertemu Allah dan kalau mereka buat jahat, akan dimasukkan ke dalam neraka; dan kepada mereka yang berfikiran tinggi dan mencari redha Allah, mereka akan takut bertemu dengan Allah dalam keadaan berdosa dan mengecewakan Dia. Bayangkan kita malu dengan ibu kita, kalau dia tahu benda salah yang kita buat, bukan? Memang lah ibu itu tidak sampai hati nak pukul (atau mungkin kita dah dewasa, takkan nak pukul), tapi kita kan malu dengan ibu kita, kan? Begitulah perumpamaan bagaimana kita boleh malu dengan Allah. Tapi, ibu kita tidak tahu segala apa yang kita lakukan, tapi sekarang bayangkan Allah sedang memerhatikan kita setiap masa. Kalau kita dapat fahami perkara ini, kita akan menjaga segala perbuatan kita.
Ayat 9: Sekarang kita masuk ke dalam fasa ke 3 surah ini. Ini adalah ayat zajrun; Allah memberi contoh mereka yang melawan Nabi Muhammad. Allah menceritakan seorang individu yang menentang Nabi, padahal asalnya dia sayang kepada Nabi. Memang masyarakat Mekah sayang kepada Nabi, sampai mereka panggil baginda dengan gelaran ‘al-amin’ (yang dipercayai). Akan tetapi, apabila baginda mula bacakan wahyu kepada mereka dan bawa ajaran tauhid, mereka lawan baginda habis-habisan. Dan pemuka mereka adalah individu yang akan disebut selepas ini. Siapakah dia?
Fasa ini memperkatakan tentang Abu Jahl sebagai contoh seorang yang menentang Nabi Muhammad, sebagai seorang yang kuat menentang kebenaran. Abu Jahal adalah seorang yang penting untuk diketahui sifatnya. Memang banyak penentang Nabi Muhammad, tapi Abu Jahal ini lain sedikit. Dua lagi orang yang kuat menentang adalah Abu Lahab dan Waleed ibn al Mugheera. Walaupun dua orang lagi itu adalah penentang yang kuat juga, tapi Abu Jahal lain sikit dari mereka.
Abu Jahal lebih disenangi dan dipandang tinggi oleh Musyrikin Mekah waktu itu. Kedudukan beliau juga paling tinggi kalau dibandingkan dengan orang lain yang menentang Nabi Muhammad. Abu Lahab seorang yang pengecut yang tidak menyertai pun Perang Badr untuk menentang Muslim di Madinah kerana dia memang takut mati. Kisah beliau nanti kita akan belajar dalam Surah Lahab. Sedangkan Abu Jahal kuat menentang dan sanggup berperang dengan baginda di medan peperangan. Dan akhirnya dia mati dibunuh di Medan Badr. Waktu dia hampir dibunuh pun, dia minta Abdullah ibn Mas’ud yang membunuhnya supaya tetak lehernya tinggi sedikit kerana dia nak orang tahu yang dia lebih tinggi lagi dari orang lain. Nak mati pun dia masih nak dipandang tinggi lagi. Jadi dari ini kita tahu yang dia adalah seorang memandang dirinya tinggi dan sombong bongkak. Dalam masa yang sama, dia seorang yang pemurah, tidak seperti Abu Lahab yang bakhil. Abu Jahal sanggup mengeluarkan wangnya untuk menentang dalam usaha hendak menjatuhkan agama Islam.
Waleed ibn al Mugheerah pula boleh dikatakan berada di pertengahan. Dia seorang yang pandai melakukan strategi. Dia cuba untuk memujuk Nabi Muhammad untuk meninggalkan agama Islam atau sekurang-kurangnya menerima juga amalan musyrikin. Ini dibincangkan dalam Qalam:9-15 dan Mudathir11-29.
Jadi, Abu Jahl disebut dalam surah ini kerana kedudukan beliau. Dan memang kedudukan beliau itu tinggi dalam masyarakat sampaikan pernah Nabi berdoa berkenaan Abu Jahal:
“Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai; Umar bin Khattab atau ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahal)”.
Ini menunjukkan Nabi Muhammad nampak ada kelebihan pada Abu Jahal dan kalaulah dia masuk Islam, dia akan bawa kebaikan kepada agama Islam. Begitu juga dengan Saidina Umar yang juga mempunyai banyak kelebihan. Antara mereka berdua itu, Umar bin al Khattab yang menjadi Muslim dan beliau banyak membantu mengembangkan agama Islam dan menjadi seorang yang penting sampaikan beliau menjadi salah seorang khalifah yang mengembangkan ajaran Islam ke seluruh dunia. Kalaulah Abu Jahal juga masuk Islam, berkemungkinan beliau juga akan jadi begitu. Tapi Allah lebih tahu kenapa yang dipilih adalah Umar.
Allah telah berfirman dalam Surah at-Teen: لَقَد خَلَقنَا الإِنسانَ في أَحسَنِ تَقويمٍ. Maknanya, sudah ada potensi yang baik dalam diri manusia kalau mereka mahu mengambil jalan untuk memperbaiki diri mereka. Begitulah dengan Abu Jahal – dia ada potensi untuk menjadi orang yang hebat kerana dia ada kekuatan, kemuliaan, semangat, kedudukan dan lain-lain lagi sampaikan beliau dipandang tinggi dalam masyarakat Arab waktu itu. Malangnya, dia tidak mahu menggunakan potensi itu dan kerana itu dia diturunkan serendah-rendahnya: ثُمَّ رَدَدناهُ أَسفَلَ سافِلينَ. Dia gunakan segala kelebihannya itu untuk menentang Islam dan kerana itu dia akan mendapat seksa di akhirat kelak.
Sebenarnya Abu Jahl suka kepada Nabi Muhammad dan suka juga mendengar bacaan ayat suci Qur’an. Dia telah mencuri-curi dengar bacaan Qur’an dari Nabi pada malam hari. Ini dapat dipelajar dari Sirah. Dipendekkan kisah, ada tiga orang musyrikin Mekah (waktu itu) Akhnas bin Shuraiq, Abu Jahl and Abu Sufyan bin Harb yang datang senyap-senyap ke rumah Nabi Muhammad pada malam hari. Rasulullah akan membaca ayat-ayat Qur’an dalam Solat Tahajjud / Qiyam al Layl. Ketiga-tiga mereka yang disebut itu telah mencuri dengar bacaan Qur’an baginda. Mereka bukan pergi sekali tapi duduk dalam senyap sahaja. Tapi apabila mereka nak balik, mereka terserempak sesama mereka. Terkejutlah mereka dan mereka berjanji untuk tidak pergi lagi selepas itu. Tapi malam esoknya, mereka jumpa lagi. Akhirnya mereka berjanji sesama mereka untuk tidak datang lagi kerana kalau orang lain tahu, malulah mereka (mereka larang orang lain dari dengar Qur’an tapi mereka pula pergi dengan Qur’an).
Setelah sekian lama, Akhnas bin Shuraiq tanya kepada Abu Sufyan, “Ceritakan padaku wahai Abu Hanzhalah, apa yang kamu rasakan saat kamu mendengarnya dari Muhammad?”, tanyanya. Abu Sufyan menjawab, “Wahai Abu Tsa’labah, demi Allah, aku telah mendengar sesuatu yang aku tahu maknanya. Dan aku juga mendengar seuatu yang aku tidak tahu maknanya”. Akhnas menyampuk, “Dan aku, demi Allah, juga merasakan hal yang sama”!
Merasa mendapat kesan yang sama dari Abu Sufyan, Akhnas meneruskan langkahnya ke kediaman Abu Jahal. “Wahai Abul Hakam, apa yang kamu rasakan saat mendengar dari Muhammad?”, tanyanya. Abu Jahal menjawab, “Apa yang aku dengar?”Dengan gaya diplomatis dan rasa sombong yang tinggi ia berkata, “Kita telah bersaing dengan keturunan Abdi Manaf (keturunan Nabi Muhammad) dalam kemulian. Mereka memberi makan orang, kita pun memberi makan orang. Mereka menolong orang, kita juga menolong orang, mereka memberi kita juga memberi, sampai kita kalah seperti halnya tadi malam. Seolah kita adalah kuda yang tergadaikan”.
Akhnas berkata, “Aku aku tak perlu basa-basimu. Sekarang jelas, telah datang seorang Nabi dari bangsa kita, yang telah diberikan wahyu kepadanya. Bila kita akan menyambut kesempatan yang emas ini?”. Dengan sombongnya Abu Jahal berkata, “Demi Allah kita tidak akan mengimaninya dan membenarkannya!”
Dari kisah di atas, kita dapat tahu yang dia tidak boleh terima hanya kerana degil sahaja. Dan kita telah beritahu yang dia juga ada kelebihan sama macam Umar al Khattab, tapi musnah kerana kesombongan dan angkuh sahaja. Itulah juga perkara yang menyebabkan Iblis musnah. Kedua-dua Umar dan Abu Jahal mempunyai semangat puak yang tinggi (asabiah). Tapi sifat asabiah masih lagi boleh dibuang kalau sanggup terima kebenaran. Akan tetapi Abu Jahal mempunyai ego yang terlalu tinggi sampaikan dia tidak mahu tunduk kepada kebenaran langsung.
Oleh kerana sakit hati Abu Jahl terhadap Nabi Muhammad, beliau telah cuba beberapa kali untuk menyakitkan baginda secara fizikal.
Kisah 1:
Di dalam Sahih Al Bukhari telah disampaikan satu kisah yang menyedihkan hati:
233 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبِي عَنْ شُعْبَةَ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاجِدٌ قَالَ ح و حَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ عُثْمَانَ قَالَ حَدَّثَنَا شُرَيْحُ بْنُ مَسْلَمَةَ قَالَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ يُوسُفَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ قَالَ حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ مَيْمُونٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي عِنْدَ الْبَيْتِ وَأَبُو جَهْلٍ وَأَصْحَابٌ لَهُ جُلُوسٌ إِذْ قَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْض أَيُّكُمْ يَجِيءُ بِسَلَى جَزُورِ بَنِي فُلَانٍ فَيَضَعُهُ عَلَى ظَهْرِ مُحَمَّدٍ إِذَا سَجَدَ فَانْبَعَثَ أَشْقَى الْقَوْمِ فَجَاءَ بِهِ فَنَظَرَ حَتَّى سَجَدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَضَعَهُ عَلَى ظَهْرِهِ بَيْنَ كَتِفَيْهِ وَأَنَا أَنْظُرُ لَا أُغْنِي شَيْئًا لَوْ كَانَ لِي مَنَعَةٌ قَالَ فَجَعَلُوا يَضْحَكُونَ وَيُحِيلُ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاجِدٌ لَا يَرْفَعُ رَأْسَهُ حَتَّى جَاءَتْهُ فَاطِمَةُ فَطَرَحَتْ عَنْ ظَهْرِهِ فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأْسَهُ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِقُرَيْشٍ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَشَقَّ عَلَيْهِمْ إِذْ دَعَا عَلَيْهِمْ قَالَ وَكَانُوا يَرَوْنَ أَنَّ الدَّعْوَةَ فِي ذَلِكَ الْبَلَدِ مُسْتَجَابَةٌ ثُمَّ سَمَّى اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَبِي جَهْلٍ وَعَلَيْكَ بِعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَشَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ وَأُمَيَّةَ بْنِ خَلَفٍ وَعُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ وَعَدَّ السَّابِعَ فَلَمْ يَحْفَظْ قَالَ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ رَأَيْتُ الَّذِينَ عَدَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَرْعَى فِي الْقَلِيبِ قَلِيبِ بَدْرٍ233. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepadaku Bapakku dari Syu’bah dari Abu Ishaq dari ‘Amru bin Maimun dari ‘Abdullah berkata, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang sujud, beliau mengucapkan. (dalam jalur lain disebutkan) Dan telah menceritakan kepadaku Ahmad bin ‘Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Syuraih bin Maslamah berkata, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Yusuf dari Bapaknya dari Abu Ishaq berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Amru bin Maimun bahwa ‘Abdullah bin Mas’ud menceritakan kepadanya, bahwa sesungguhnya pernah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam shalat di dekat Baitillah sementara Abu Jahal dan teman-temannya sedang duduk-duduk di situ. Tiba-tiba sebahagian dari mereka berkata kepada sebahagian yang lain, ‘Siapa dari kalian yang akan mendatangkan tembuni unta bani fulan, dan meletakkannya di belakang Muhammad ketika dia sujud? ‘ Maka bangkitlah orang yang paling malang diantara mereka. Setelah diambilnya tembuni itu, dia menunggu Nabi SAW sujud. maka ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sujud, dia meletakkan tembuni itu diatas belakang baginda iaitu diantara dua belikatnya. Aku melihat semua itu tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Kalaulah aku mempunyai kekuatan masa itu, kata Abdullah. “mereka pun tertawa-tawa sambil tunjuk menunjuk sesama yang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam terus dalam keadaan sujud, beliau tidak mengangkat kepalanya hingga datang Fatimah kepadanya. Setelah Fatimah membersihkan tembuni itu dari belakang baginda, barulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat kepalanya seraya berdo’a (selepas sembahyang): “Ya Allah, balaslah balasan kepada orang-orang Quraisy ini.” Sebanyak tiga kali. Doa Nabi itu terasa berat oleh mereka. ‘Abdullah bin Mas’ud meneruskan, “Sebab mereka mereka berpendapat doa di negeri Mekah itu mustajab. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyebut satu persatu nama-nama mereka yang terlibat itu: “Ya Allah, balaslah Abu Jahal, balaslah ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, Al Walid bin ‘Utbah, Umayyah bin Khalaf dan ‘Uqbah bin Abu Mu’aith.” Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebut nama yang ke tujuh tapi kami lupa.” ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, “Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, sesungguhnya aku telah melihat orang-orang yang disebut Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut, mati bergelimpangan di dalam perigi buta di Badr.”
Yang bertanya siapakah yang sanggup cari isi perut unta itu adalah Abu Jahal.
Kisah ke 2:
ابْنِ عَبَّاسٍ: قَالَ أَبُو جَهْلٍ: لَئِنْ رَأَيْتُ مُحَمَّدًا يُصَلِّي عِنْدَ الْكَعْبَةِ لَأَطَأَنَّ عَلَى عُنُقه. فبَلغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: “لَئِنْ فَعَلَهُ لَأَخَذَتْهُ الْمَلَائِكَةُ”Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yahya, telah menceritakan kepada kami Abdur Razzaq, dari Ma’mar, dari Abdul Karim Al-Jazari, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang menceritakan bahwa Abu Jahal berkata, “Sesungguhnya jika aku melihat Muhammad solat dekat Ka’bah, aku benar-benar akan menginjak lehernya.” Maka ancaman itu sampai kepada Nabi SAW., lalu baginda SAW. bersabda: Sesungguhnya jika dia melakukan niatnya, benar-benar malaikat akan mengambilnya (menghukumnya).
Dalam hadis yang lain:
Imam Ahmad dan Imam Turmuzi serta Imam Nasai dan Ibnu Jarir telah meriwayatkannya, yang hadis berikut berdasarkan lafaz yang ada pada Ibnu Jarir, melalui jalur Daud ibnu Abu Hindun, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa dahulu Rasulullah Saw. sering melakukan salat di dekat maqam Ibrahim. Maka lewatlah kepadanya Abu Jahal ibnu Hisyam, lalu berkata, “Hai Muhammad, dengan apakah engkau mengancamku? Ketahuilah, demi Allah, sesungguhnya aku adalah penduduk lembah ini yang paling banyak pendukungnya.” Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya), kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah. (Al-‘Alaq: 17-18)Ibnu Abbas mengatakan bahawa seandainya Abu Jahal memanggil golongannya (para pendukungnya), niscaya saat itu juga malaikat azab akan mengambilnya. Imam Turmuzi mengatakan bahwa hadis ini kalau tidak hasan, sahih.
Jadi, begitulah buruknya sifat Abu Jahal itu dan ayat 9-10 surah ini berkenaan dengan apa yang telah dilakukan oleh Abu Jahal.
أَرَأَيتَ الَّذي يَنهىٰ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Have you seen the one who forbids
(MALAY)
Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,
Yang dimaksudkan adalah menghalang Nabi dari solat di Kaabah. Apakah agaknya nasib seorang yang sanggup dan berani nak menahan Nabi Muhammad dari melakukan solat berdekatan Kaabah itu? Orang yang dimaksudkan di sini adalah Abu Jahal. Dia berani buat begitu kepada Nabi Muhammad kerana dia tidak takut. Dia tidak takut kerana dia tidak percaya yang dia akan dikembalikan ke akhirat dan berjumpa dengan Allah.
Ayat 10: Sambungan ayat sebelum ini:
عَبدًا إِذا صَلّىٰ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
A servant when he prays?
(MALAY)
seorang hamba ketika mengerjakan shalat,
عَبدًا (hamba) yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Rasulullah. Allah memberi gelaran عَبدًا kepada baginda sebagai satu kemuliaan kerana baginda adalah contoh seorang hamba yang terbaik sekali. Kalau nak tahu bagaimana sifat seorang hamba kepada Tuhannya, maka tengok bagaimana cara Nabi Muhammad dalam kehidupan baginda. Tapi untuk tahu, kenalah belajar Sirah, belajar Hadis dan Sunnah. Kalau tak belajar, macam mana nak tahu? Jangan kata taqwa dan taat kepada agama, kalau tafsir Qur’an dan Sunnah tidak dipelajari.
Kejadian yang dimaksudkan adalah apabila Nabi Muhammad solat berdekatan Kaabah dan baginda diganggu oleh Abu Jahl.
Ayat 11:
أَرَأَيتَ إِن كانَ عَلَى الهُدىٰ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Have you seen if he is upon guidance
(MALAY)
bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran,
Kalimah أَرَأَيتَ itu dari ر أ ي yang bermaksud ‘melihat’ dari segi bahasa. Tapi bukan melihat biasa sahaja, tapi melihat dengan faham sekali. Sebab itu kadang-kadang kalau kita sampaikan sesuatu perkara kepada orang lain, dia kadang-kadang jawap: “baik aku dah nampak dah”.
Dhomir ت dalam أَرَأَيتَ tidak dijelaskan. Jadi ia boleh merujuk samada kepada Nabi Muhammad atau kepada Abu Jahal kerana ayat-ayat sebelum ini adalah tentang Abu Jahal.
A. Kalau merujuk kepada Nabi Muhammad: – tidakkah kamu tengok, kalau sekiranya Nabi Muhammad yang dihalang oleh Abu Jahal itu, berada atas hidayah? Kalau benar-benar baginda berada di atas hidayah, bagaimana nasib mereka yang menentang baginda seperti Abu Jahal dan yang lain-lain?
B. Kalau ia merujuk kepada Abu Jahal: – tidakkah kamu tengok, kalau sekiranya Abu Jahal itu berada di atas hidayah? Seperti yang kita telah bincangkan sebelum ini, Abu Jahal itu ada potensi yang tinggi. Tapi dia tidak mahu beriman. Tapi Allah suruh bayangkan kalau Abu Jahal itu beriman, tentulah itu baik bagi dia. Kalaulah dia dapat menerima petunjuk, tentu dia sudah jadi seorang yang baik. Nabi pun dah doa dah sebab Nabi pun dah nampak ada kelebihan pada dia.
Apabila digunakan kalimat عَلَى الهُدىٰ = maksudnya orang itu kena berubah sendiri. Kena ada keinginan dalam dirinya untuk berubah. Kalau nak harapkan orang lain bagi hujah kepada dia, tapi dia sendiri tidak mahu, tidak akan berubah orang itu. Kerana kena ada keinginan untuk mencari kebenaran dan menerima kebenaran.
Ayat 12:
أَو أَمَرَ بِالتَّقوىٰ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Or enjoins righteousness?
(MALAY)
atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?
Seperti juga dalam ayat sebelum ini, individu yang dimaksudkan dalam ayat ini samada Nabi Muhammad atau Abu Jahal.
A. Apa pandangan kamu kalau Nabi Muhammad itu benar-benar mengajak kepada ketaqwaan? Tidakkah engkau lihat bagaimana memang Nabi Muhammad itu mengajak kepada taqwa?
Apabila disambung dari ayat ini, kita nampak bahawa tidak cukup dengan seseorang itu dapat hidayah sahaja, tapi dia kena sampaikan petunjuk kepada orang lain dan mengajak mereka kepada taqwa juga.
B. Kalau merujuk kepada Abu Jahal, maka kita disuruh membayangkan jikalau dia menerima dakwah dan dia sendiri mengajak kepada taqwa. Tentulah dia akan menjadi seorang yang hebat. Kerana dia sendiri ada potensi yang tinggi. Tapi malangnya dia telah menolak untuk menerima kebenaran dan telah merendahkan dirinya serendah-rendahnya.
Ayat 13:
أَرَأَيتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلّىٰ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Have you seen if he denies and turns away –
(MALAY)
Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling?
Sekarang jelas ayat ini memperkatakan tentang Abu Jahal pula. Sekarang menceritkan tentang sifatnya yang mendustakan Nabi dan berpaling dari Nabi Muhammad pula. Tidakkah engkau lihat apakah yang telah dilakukannya itu? Dia ada peluang untuk mendapat kebaikan yang amat banyak kalau dia mahu beriman dengan Nabi Muhammad, tapi dia lepaskan peluang keemasan itu.
Ayat 14:
أَلَم يَعلَم بِأَنَّ اللَّهَ يَرىٰ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Does he not know that Allāh sees?
(MALAY)
Tidaklah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?
Allah memperkatakan tentang kebodohan Abu Jahal itu dan mereka yang bersifat seperti dia. Dia sangka yang dia sedang mengganggu Nabi Muhammad sahaja, tapi dia tidak sedar bahawa Allah sedang memerhatikan setiap perbuatannya itu.
Sebenarnya Musyrikin Mekah kenal Allah sebagai Tuhan. Walaupun mereka itu melakukan syirik dengan menyembah berhala dan sembahan-sembahan yang lain, tapi mereka juga kenal Allah sebagai ‘Tuhan Utama’. Pada mereka, berhala dan sembahan-sembahan itu adalah ilah-ilah selain Allah sahaja. Tapi tidaklah ilah-ilah itu dapat menandingi Allah.
Jadi mereka kenal Allah, dan tahu bahawa Allah itulah yang menjadikan mereka dan alam ini. Begitu jugalah dengan Abu Jahal – sepatutnya dia pun kenal juga Allah. Tapi kerana dia teruk sangat, sangat benci kepada Nabi Muhammad dan kebenaran yang dibawa oleh baginda, beliau sampai lupa kepada Allah dan lupa bahawa Allah sedang memerhatikan. Apabila digunakan kalimat أَلَم يَعلَم (tidakkah mereka tahu?), itu menunjukkan mereka sepatutnya tahu, kerana itulah digunakan soalan dalam bentuk retorik.
Jadi, kita kena faham beza antara orang yang ‘tahu’ dan orang yang ‘engkar sombong’. Dalam permulaan surah ini, telah disebut tentang baca dan mendapatkan ilmu pengetahuan. Ini penting kerana dengan ilmu pengetahuanlah yang boleh menyebabkan seseorang itu rendah diri dan sedar siapakah diri mereka. Sebab itu kita lihat resmi padi – semakin berisi semakin tunduk padi itu. Mereka yang kenal Allah lah yang takut dengan Allah, seperti yang disebut dalam Fatir:28
إِنَّما يَخشَى اللَّهَ مِن عِبادِهِ العُلَماءُSesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.
Jelas bahawa mereka yang ada ilmu akan sedar tentang diri mereka akan tunduk kepada Allah. Menolak ilmu akan menyebabkan kesombongan. Kalau kita merendahkan diri di hadapan Allah, Allah akan meningkatkan darjat kita; dan kalau kita sombong dan menentang kebenaran, Allah akan merendahkan kita serendah-rendahnya.
Jadi secara ringkasnya, dua perkara telah disentuh setakat ini:
1- Kepentingan ada ilmu
2- Orang jenis apa yang menolak ilmu itu.
Selepas ini nanti akan disentuh:
3- Apabila kamu tidak menerima dan mendapatkan ilmu pengetahuan, kamu akan menjadi orang yang jahil; dan bila jahil, apa yang kamu akan lakukan?
Ayat-ayat selepas ini akan menceritakan bagaimana sifat Abu Jahal dan mereka yang sepertinya. Ulama telah mengatakan bahawa ayat-ayat selepas ini memperkatakan tentang Abu Jahal dan sikapnya.
Sebelum kita teruskan, menarik untuk kita lihat gelaran yang diberikan kepada Abu Jahal itu. Abu Jahal bermaksud ‘Bapa kebodohon’. Ini adalah gelaran kepada beliau kerana nama beliau lain (Amr). Beliau diberi dengan gelaran yang menghinakan itu walaupun pada asalnya, masyarakat beliau menggelar beliau dengan gelaran: Abul Hakam (seorang yang bijaksana) kerana dia memang seorang yang ada kepandaian dan seorang yang dipandang tinggi dalam masyarakat Arab. Akan tetapi, kerana beliau menolak kebenaran, beliau digelar dengan gelaran Abu Jahal dan gelaran itu kekal sampai ke kiamat nanti. Orang tak kenal pun dengan namanya yang sebenar dan gelarannya yang asal. Begitulah Allah hinakan dia kerana dia telah menolak Nabi Muhammad. Memang dia seorang yang pandai dalam ilmu dunia, tapi kalau jahil ilmu akhirat, itu tidak bermakna langsung. Maknanya, kalau tahu segala ilmu dalam dunia, tapi tak tahu tentang ilmu agama dan tidak terima ilmu agama itu, mereka itu masih dikira sebagai dungu.
Maka, kalau orang kita masuk universiti, jadi doktor, dapat PHD, jadi professor, tapi kalau ilmu agama tidak ada, tidak ada gunanya. Setakat orang kenal dan sanjung di dunia sahaja, tapi di akhirat nanti dia akan ada masalah. Kerana kalau dia jahil, syaitan akan ambil peluang itu untuk menjerumuskan dia ke lembah kehinaan. Ini adalah kerana, seseorang yang jahil dan tidak tahu tentang kesan perbuatannya, dia sanggup buat perkara – perkara yang buruk. Sebagaimana Abu Jahl yang sanggup untuk menyakiti Nabi Muhammad dan sanggup untuk suruh orang lain menyakiti baginda. Begitulah juga seorang yang jahil tentang agama, mereka tidak tahu mana yang benar dan mana yang salah dan mereka buat ikut suka diri mereka sahaja; dan mereka akan terima sahaja ajaran salah kerana mereka tidak ada neraca untuk menilai kebenaran. Kerana itulah kita boleh lihat, ramai orang bijak pandai dari kalangan orang Islam pun, tapi mereka tidak mendalami ilmu agama, mereka akan buat perkara syirik dan perkara bidaah. Ini adalah kerana mereka ada ilmu dunia, tapi mereka tidak ada ilmu agama. Maka mereka senang ditipu oleh syaitan.
Ayat 15: Sekarang kita masuk ke fasa ke 4 surah ini. Ini adalah kesan kalau menolak kebenaran.
كَلّا لَئِن لَم يَنتَهِ لَنَسفَعًا بِالنّاصِيَةِ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
No! If he does not desist, We will surely drag him by the forelock¹ –
- It may also mean “slap him” or “blacken his face at the forelock.”
(MALAY)
Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya,
كَلّا – janganlah dia buat begitu. Bahaya kalau dia teruskan.
Dalam sirah, kita telah tahu bagaimana Abu Jahl telah memberi amaran kepada Nabi supaya jangan solat lagi di Kaabah, jangan itu dan ini – dia kata, kalau baginda buat juga, baginda akan disakiti. Oleh itu, dalam ayat ini, Allah hendak memberi semangat kepada baginda, jangan takut kepada amaran Abu Jahal itu.
Sepatutnya manusia kena sedar bahawa Allah sedang memerhatikan segala perbuatan mereka. Kerana kalau sedar yang kita sedang diperhatikan, tentu kita tidak berani buat salah. Bayangkan kalau kita tahu ayah kita sedang memerhatikan kita dengan CCTV, atau kita sedang buat kerja dan kita tahu yang majikan kita sedang memerhatikan dari jauh, tentu kita tidak berani buat salah, bukan?
Tapi, orang seperti Abu Jahal itu teruk sangat sampai mereka tidak memikirkan tentang perkara itu langsung. Maka Allah beri amaran keras dalam ayat ini: kalau tidak berhenti dari melakukan kejahatan itu, Allah akan tangkap ubun-ubun mereka. Huruf ل dalam لَئِن itu adalah sebagai penekanan (Allah PASTI akan buat).
النّاصِيَةِ adalah bahagian kepada yang di atas dahi – ubun-ubun. Selalunya binatang dipegang ubun-ubunnya oleh tuan mereka untuk menangkap mereka. Allah beritahu yang kalau tidak berhenti juga, Allah akan buat buat begitu. Dan Allah bukan nak tangkap sahaja, tapi Allah akan matikan mereka dan masukkan terus mereka ke dalam neraka.
Allah gunakan kalimah النّاصِيَةِ kerana dalam tradisi Arab, النّاصِيَةِ adalah tempat kemuliaan seseorang. Sebab itu orang ada pakai lambang di ubun-ubun mereka. Orang pakai serban dan sebagainya. Ia juga adalah bahagian yang akan ke bumi apabila melakukan sujud. Dan akhir surah ini juga akan ada Ayat Sajdah, bukan?
Ia juga adalah tempat akal dan pengetahuan. Dan kita telah sebutkan bagaimana Abu Jahal menolak untuk menerima ilmu agama dari Nabi Muhammad sendiri. Maka kerana itu, Allah akan tangkap dia di ubun-ubunnya itu dan akan seret dia ke neraka. Memang orang yang menentang dan tidak mengendahkan kebenaran akan diseret atas muka mereka seperti yang disebut dalam Mulk:22
أَفَمَن يَمشي مُكِبًّا عَلىٰ وَجهِهِ أَهدىٰ أَمَّن يَمشي سَوِيًّا عَلىٰ صِراطٍ مُستَقيمٍMaka apakah orang yang berjalan terjungkal di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?
Ayat 16: Ini adalah badal (penjelasan ayat sebelum ini).
ناصِيَةٍ كاذِبَةٍ خاطِئَةٍ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
A lying, sinning forelock.
(MALAY)
(yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
Ubun-ubun itu dikatakan sebagai كاذِبَةٍ (yang mendustakan). Apakah yang ia dustakan?
Yang ia dustakan adalah Qur’an. Orang itu tahu yang Qur’an itu benar, tapi dia tetap juga menolaknya. Penolakannya itu kerana sombong dan tidak mahu mengubah cara hidup mereka. Oleh itu mereka akan keluarkan berbagai-bagai pendapat untuk menolak Qur’an itu. Padahal dalam hatinya, dia tahu yang Qur’an itu benar dari Allah. Maknanya, Allah membuka dan memberitahu apa yang ada dalam hati Abu Jahal itu – dia sebenarnya tahu yang Qur’an itu benar, tapi dia sengaja menolak kerana sombong sahaja. Dia tidak mahu puaknya kalah dengan puak Nabi Muhammad sahaja, seperti yang kita telah jelaskan sebelum ini (bagaimana Abu Jahal dan dua orang lagi senyap-senyap mendengar bacaan Qur’an Nabi Muhammad).
Ayat ini diturunkan di Mekah dan dengan jelas sekali mengatakan yang Abu Jahal itu seorang yang penipu. Ini adalah satu pukulan yang berat kepada beliau. Dan dalam tradisi bangsa Arab, ini adalah satu benda yang berat. Ianya sesuatu yang amat memalukan kalau dipanggil sebagai seorang penipu.
Allah juga mengatakan yang ubun-ubunnya itu خاطِئَةٍ – membuat kesilapan. Ianya dari خ ط أ yang bermaksud melakukan kesilapan tanpa mengetahui kesan dari kesilapan itu. Begitulah yang telah dilakukan oleh Abu Jahal – dia telah melakukan perbuatan yang amat buruk kepada Nabi Muhammad, dan dia tidak sedar beratnya kesalahannya itu – dia akan diseksa selama-lamanya. Dia sangka kerana dia ada kedudukan, dia boleh buat apa sahaja dia hendak? Macam orang kita lah juga, ramai yang buat amalan bidaah dan sangka tidak ada apa sangat kesalahan mereka itu. Tapi kesannya besar.
Ayat 17: Ini adalah cabaran dari Allah: kalau tak percaya juga, buatlah apa kau mahu dan panggillah sesiapa yang boleh tolong kamu.
فَليَدعُ نادِيَهُ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Then let him call his associates;
(MALAY)
Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya),
Abu Jahal seorang yang ada kedudukan dan dipandang tinggi. Oleh itu dia rasa dia hebat kerana dia rasa ada orang yang akan sokong dia. Maka Allah cabar dia: panggillah juak-juak kamu itu untuk tolong kamu.
نادِيَهُ bermaksud tempat awam yang ramai orang yang mendengar. Ini adalah kerana نادِيَهُ dari ن د و yang bermaksud ‘panggilan’, ‘seruan’. Oleh itu نادِيَهُ adalah tempat awam dimana ramai orang akan mendengar kalau kita buat pengumuman. Kiranya tempat lepak orang ramai.
Oleh itu, Allah cabar Abu Jahal, pergilah ke tempat orang ramai yang sokong kamu itu, minta tolong mereka untuk serang dan sakiti Nabi Muhammad. Ingat bahawa cabaran ini dari Allah. Jangan mereka sangka cabaran itu dari Rasulullah sahaja. Mereka mungkin nampak baginda itu seorang diri sahaja, lemah dan tidak ada kekuatan. Tapi kena fikirkanlah siapakah yang akan membantu baginda?
Ayat 18: Selepas Allah beri cabaran itu, Allah beri peringatan.
سَنَدعُ الزَّبانِيَةَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
We will call the angels of Hell.¹
- Those who push the wicked into the Fire.
(MALAY)
kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah,
الزَّبانِيَةَ dari ز ب ن yang boleh dikatakan sebagai pengawal keselamatan. Oleh itu الزَّبانِيَةَ boleh bermaksud pengawal yang ramai. Mereka mengawal dengan menggunakan kekuatan. Sebagai contoh, warden dalam penjara.
Allah nak beritahu, panggillah sesiapa sahaja yang kamu boleh panggil, tapi Allah boleh sahaja panggil malaikat-malaikat pengawal. Agak-agak, siapa yang lebih kuat dan ada kuasa? Mereka yang manusia atau malaikat yang gagah perkasa itu? Ini umpama macam budak gangster sekolah nak lawan SWAT team.
Dan memang dalam sirah, ada disebut kisah bagaimana Abu Jahal nak hempap batu atas baginda, tapi Abu Jahal dihalang.
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Humaid, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Wadih, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Abu Ishaq, dari Al-Walid ibnul Aizar, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Abu Jahal pernah mengatakan bahwa sesungguhnya jika Muhammad kembali ke maqam Ibrahim untuk melakukan salat, aku benar-benar akan membunuhnya. Maka Allah menurunkan firman-Nya: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. (Al-‘Alaq: 1) Sampai dengan firman-Nya: niscaya Kami tarik ubun-nbunnya, (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya), kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah. (Al-‘Alaq: 15-18) Maka Nabi Saw datang dan melakukan salatnya. Lalu dikatakan kepada Abu Jahal, “Mengapa engkau mengurungkan niatmu dan tidak melakukannya?” Abu Jahal menjawab, “Sesungguhnya ada bala tentara yang banyak sekali yang menghalang-halangi antara aku dengan dia.”
Juga hadis riwayat Bukhari ini:
قَالَ الْبُخَارِيُّ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنْ مَعْمَر، عَنْ عَبْدِ الْكَرِيمِ الجَزَري، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: قَالَ أَبُو جَهْلٍ: لَئِنْ رَأَيْتُ مُحَمَّدًا يُصَلِّي عِنْدَ الْكَعْبَةِ لَأَطَأَنَّ عَلَى عُنُقه. فبَلغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: “لَئِنْ فَعَلَهُ لَأَخَذَتْهُ الْمَلَائِكَةُ”Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yahya, telah menceritakan kepada kami Abdur Razzaq, dari Ma’mar, dari Abdul Karim Al-Jazari, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang menceritakan bahwa Abu Jahal berkata, “Sesungguhnya jika aku melihat Muhammad sedang salat di dekat Ka’bah, aku benar-benar akan menginjak lehernya.” Maka ancaman itu sampai kepada Nabi Saw., lalu beliau Saw. bersabda: Sesungguhnya jika dia melakukan niatnya, benar-benar malaikat akan mengambilnya (menghukumnya).
Ayat 19:
كَلّا لا تُطِعهُ وَاسجُد وَاقتَرِب ۩
(SAHEEH INTERNATIONAL)
No! Do not obey him. But prostrate and draw near [to Allāh].
(MALAY)
sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).
كَلّا – jangan, jangan hiraukan dan takut kepada orang-orang macam Abu Jahal itu. Jangan hiraukan mereka. Mereka tidak ada kekuatan.
لا تُطِعهُ – Jangan ikut dia, jangan takut dan taat kepada dia. تُطِعهُ dari ط و ع yang bermaksud ‘taat’, ‘ikut’.
وَاسجُد – dan sujudlah. Jangan taat kepada Abu Jahal itu, sebaliknya sujudlah kepada Allah. Sujudlah kepada Allah semasa di dunia, supaya di akhirat nanti tidak jadi seperti Abu Jahal yang dipaksa untuk sujud atas ubun-ubun dan mukanya. Dalam ayat ini, Allah tak sebut sujud kepada Dia, tapi kita tahu sujud kepada Allah, kerana sujud hanya kepada Allah sahaja.
وَاقتَرِب – dan rapatkan diri kamu. Rapatkan diri kepada Allah. Tapi bagaimana untuk merapatkan diri kepada Allah? Dalam ayat 5, telah diberitahu bagaimana Allah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu. Kalau Allah tak ajar kita bagaimana cara untuk merapatkan diri kepada Allah, tentu kita tidak akan dapat tahu. Banyak kisah kita belajar dalam tamadun lain bagaimana manusia cuba untuk mencari kebenaran tapi Allah tidak beri kebenaran kepada mereka. Maka mereka sembah matahari, bulan, pokok dan macam-macam lagi. Macam orang Arab sebelum Islam lah juga – mereka tidak ada kitab dan sudah jauh dari ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, maka mereka reka amalan-amalan mereka sendiri. Maka itulah sebabnya banyak amalan salah di kalangan mereka. Antaranya mereka akan tawaf telanjang dan bertepuk-tepuk di Kaabah. Mereka sangka itulah cara yang baik. Begitulah kebanyakan manusi, mereka sangka mereka buat sesuatu yang baik, samada mereka orang kafir atau tidak, padahal mereka buat perkara yang salah kerana mereka tidak tahu. Begitulah juga dengan kebanyakan orang Islam kita pun, mereka amalan-amalan baru yang tidak ada dalam agama kerana tidak ada ilmu.
Jadi, sebelum disebut tentang mendekatkan diri kepada Allah, telah disebut tentang sujud. Jadi, salah satu cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan Allah adalah dengan melakukan banyak sujud. Rasulullah Saw. telah bersabda:
«أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ»Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Tukannya ialah saat ia sedang sujud, maka perbanyaklah berdoa (padanya).
Jadi, awal surah ini mengandungi arahan (اقرَأ bacalah) dan hujung surah ini juga mempunyai arahan (وَاقتَرِب dekatlah). Kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat dengan Solat – kerana arahan membaca itu adalah membaca Qur’an – dan kita disuruh untuk baca Qur’an dalam solat; dan sujud juga kita lakukan dalam solat, bukan?
Dan kedudukan pun amat tepat sekali. Arahan awal adalah baca Qur’an dan kita baca Qur’an di awal solat semasa dalam qiyam. Dan arahan akhir adalah sujud dan kita sujud di akhir solat, bukan? Hebat sekali!
Di awal surah, Allah suruh kita mendapatkan ilmu dengan membaca Qur’an. Dan di akhir surah, Allah suruh merapatkan diri kita dengan Allah. Ini pun ada kaitan juga – kerana untuk rapatkan diri dengan Allah, memerlukan ilmu. Kalau kita tidak ada ilmu, itulah jadi berbagai cara yang salah. Lihatlah golongan tarekat yang jahil itu. Mereka tidak ada ilmu, maka mereka telah reka berbagai-bagai cara yang kononnya mereka kata untuk merapatkan diri dengan Allah. Memang akan jauh lari dari kebenaran kalau tidak ada ilmu.
Dalam hadis terdahulu telah disebutkan pula bahwa Rasulullah Saw. melakukan sujud tilawah pada surat Insyiqaq dan Al-‘Alaq.
Allahu a’lam. Tamat sudah tafsir Surah al-Alaq ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah al-Qadr.
No comments:
Post a Comment