x
Surah Al-Muddaththir - سورة المدثر
[74:48 - 74:56] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
(Al-Muddaththir 74:48) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 577 - ٥٧٧
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
(Al-Muddaththir 74:49) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 577 - ٥٧٧
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
(Al-Muddaththir 74:50) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 577 - ٥٧٧
Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
(Al-Muddaththir 74:51) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 577 - ٥٧٧
(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
(Al-Muddaththir 74:52) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 577 - ٥٧٧
Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
(Al-Muddaththir 74:53) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 577 - ٥٧٧
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
(Al-Muddaththir 74:54) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 577 - ٥٧٧
Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
(Al-Muddaththir 74:55) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 577 - ٥٧٧
Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
(Al-Muddaththir 74:56) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 577 - ٥٧٧Tafsir Surah Muddaththir Ayat 48 – 56
Ayat 48: Ayat tentang Syafaat
Sahih International
So there will not benefit them the intercession of [any] intercessors.
فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan dari sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
Sebelum ini telah disebutkan tentang penguni Saqar dan kenapa mereka di masukkan ke dalam Saqar. Ada empat sifat mereka.
1. Tidak solat
2. Tidak pergi beri makan orang miskin
3. Buang masa berbicara dalam agama yang tidak sepatutnya.
4. Tidak percaya kepada Hari Kiamat/akhirat
1. Tidak solat
2. Tidak pergi beri makan orang miskin
3. Buang masa berbicara dalam agama yang tidak sepatutnya.
4. Tidak percaya kepada Hari Kiamat/akhirat
Dalam ayat kita diberitahu yang tidak berguna sebarang syafaat kepada mereka. Syafaat itu hanya berguna kepada mereka yang layak sahaja. Kalau ada yang nak beri syafaat kepada mereka pun, tidak berguna untuk mereka.
Banyak sangat salah faham tentang syafaat dalam masyarakat sekarang. Mereka tidak belajar, maka mereka tidak faham apakah syafaat itu. Mereka mengandai-ngandai maklumat tentang syafaat yang bukan diambil dari Qur’an dan hadis-hadis yang sahih. Masyarakat kita amat keliru tentang hal syafaat ini. Ada yang sangka keturunan Nabi Muhammad adalah selamat dan boleh beri syafaat. Tapi Abu Lahab pun ahli keluarga Nabi juga, maka adakah dia terselamat dan boleh beri pula syafaat kepada orang lain? Tentu tidak.
Dalam ayat ini disebut الشَّافِعِينَ. Ramai yang diberikan kelebihan memberikan syafaat. Selain daripada Syafaat Kubra yang diberikan kepada Nabi, ada lagi pemberi-pemberi syafaat yang lain. Sebagai contoh, mereka yang hafal Qur’an boleh menerima syafaat kepada orang lain. Tapi mereka yang melakukan empat perkara itu tidak layak menerima syafaat itu.
Tetapi, tidaklah mereka berhak untuk memberi syafaat mereka kepada orang yang kehendaki. Telah banyak kali kita sebutkan tentang syafaat dan dalam ayat ini, ditegaskan sekali lagi bahawa syafaat itu tidak bermanfaat kepada mereka yang tidak layak menerimanya.
Ingatlah bahawa mereka yang disebut dalam ayat ini yang ‘memberi syafaaat’, mereka hanya ‘menyampaikan’ sahaja syafaat itu. Mereka tidak layak untuk senang-senang beri sahaja syafaat mereka. Mereka hanya boleh beri kepada mereka yang layak sahaja. Ini berdasarkan pemahaman dengan ayat-ayat tentang syafaat yang lain yang kita telah banyak kali sentuh dalam blog ini.
Ayat 49:
Sahih International
Then what is [the matter] with them that they are, from the reminder, turning away
فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ
Maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan?
Mereka tidak mahu dengar nasihat. Langsung tak mahu dengar ayat-ayat Qur’an dibacakan kepada mereka.
Jangan kata orang kafir, yang mengaku Islam pun tak mahu dengar. Ingatlah bahawa ayat-ayat Quran ini bukan nak menceritakan orang kafir sahaja, tapi hendak memberi nasihat kepada kita supaya jangan jadi seperti mereka. Kita boleh lihat sendiri bagaimana masyarakat kita memang jauh dari Quran. Mereka tidak belajar tafsir, lalu bagaimana mereka boleh mendapat peringatan dari Quran itu? Kalau mereka buka radio, ada bacaan Qur’an, terus cepat-cepat tukar siaran lain. Kalau kita duduk minum kopi dengan mereka dan kalau kita bercakap tentang Quran, mereka lihat kita dah lain macam dah, rasa tak selesa dah.
Kalau kita elak dari Qur’an berkali-kali, Allah akan tutup hati manusia sampai langsung tidak dapat terima hidayah langsung sampai bila-bila. Inilah yang menakutkan kita. Kerana kita takut kalau ahli keluarga dan kawan-kawan kita akan jadi begitu juga.
Ayat 50: Allah berikan perumpamaan keadaan mereka.
Sahih International
As if they were alarmed donkeys
كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
Allah ibaratkan mereka seperti sekumpulan keldai.
Ayat 51:
Sahih International
Fleeing from a lion?
فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍ
Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
Mereka seumpama sekumpulan keldai yang lari bertempiaran dari singa. Perkataan قَسْوَرَةٍ adalah singa dalam bahasa Arab Habsyah. Selalunya kalau singa dalam bahasa Arab biasa adalah ‘asad’.
Mereka lari bagaikan mereka diburu. Mereka nampak Nabi Muhammad datang sahaja, mereka akan lari jauh-jauh, kerana mereka tidak mahu dengar Nabi berdakwah kepada mereka.
Macam orang kita, kalau nampak ustaz datang dari jauh, dah rasa tak selesa. Rasa nak pergi tempat lain sahaja. Kalau kita sudah biasa berdakwah kepada orang lain, kita akan perasan muka mereka yang macam tidak suka sahaja kalau kita datang kepada mereka. Kerana kita nak beritahu kepada mereka kepentingan belajar tafsir, tapi mereka tak nampak kepentingan itu. Kita akan nampak bagaimana ‘kelat’ sahaja wajah mereka.
Ayat 52:
Sahih International
Rather, every person among them desires that he would be given scriptures spread about.
بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً
Bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran suhuf yang terbentang
Mereka tak puas hati Nabi sahaja yang dapat wahyu. Mereka pun hendak dapat wahyu juga. Mereka sangka, kalau Nabi boleh dapat wahyu, kenapa mereka tidak boleh? Ini juga ada disebut dalam An’am:124
وَإِذَا جَاءَتْهُمْ آيَةٌ قَالُوا لَن نُّؤْمِنَ حَتَّىٰ نُؤْتَىٰ مِثْلَ مَا أُوتِيَ رُسُلُ اللَّهِ اللَّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُ سَيُصِيبُ الَّذِينَ أَجْرَمُوا صَغَارٌ عِندَ اللَّهِ وَعَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا كَانُوا يَمْكُرُونَDan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: “Kami tidak akan beriman sehingga kami juga diberi (wahyu) sama seperti yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah”. Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) Ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) yang diberikanNya itu. Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan.
Mereka nak dapat sendiri wahyu dari Allah sendiri sepertimana yang diberikan kepada Rasul. Atau mereka nak dengar sendiri Allah beri wahyu kepada mereka. Ini alasan mereka untuk tolak wahyu yang disampaikan oleh Allah.
Ini tidak patut kerana Allahlah yang berhak memilih siapa yang layak menerima wahyu. Apabila Allah sudah pilih Nabi Muhammad akan menjadi Nabi, lihatlah bagaimana kehidupan baginda disusun cantik sahaja sampaikan akhlak baginda tidak dapat ditolak oleh sesiapapun. Bukan semua orang boleh terima wahyu, kerana tidak mampu.
Ayat 53:
Sahih International
No! But they do not fear the Hereafter.
كَلَّا بَل لَّا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ
Sebenarnya tidak akan! bahkan mereka tidak takut akan hari akhirat.
Itulah sebabnya mereka berani nak tolak kebenaran. Mereka tak percaya.
Ada fahaman salah dalam Yahudi yang sangka mereka masuk beberapa hari sahaja dalam neraka. Dalam kalangan orang Islam pun ramai yang macam itu juga. Mereka kata kalau orang Islam akan masuk neraka, ianya sementara sahaja, dan akan masuk syurga akhirnya. Ini adalah kata-kata mereka yang tak takut neraka kerana mereka tak tahu keadaan neraka. Mereka ingat neraka itu main-main sahaja? Mereka ingat mereka duduk berapa lama? Kalau duduk sesaat pun dah azab yang teramat sangat, dan tiada siapa yang boleh pasti yang mereka akan duduk sesaat sahaja.
Ayat 54:
Sahih International
No! Indeed, the Qur’an is a reminder
كَلَّا إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ
Jangan begitu! Sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah satu peringatan
Kata كَلَّا bermaksud janganlah buat begitu.
Allah berikan Qur’an kepada kita sebagai peringatan kepada kita. Hendaklah kita mempelajarinya. Kenalah belajar tafsir supaya kita boleh faham dan amalkan ajaran dalam Quran itu. Kerana Quran itu adalah peringatan kepada kita, dan tidaklah Qur’an itu digunakan sebagai hiasan digantung di dinding rumah, bukanlah juga Qur’an itu digunakan sebagai azimat – untuk dibaca dan diamalkan untuk menundukkan orang, sebagai ayat pengasih dan sebagainya. Itu adalah cara menggunakan Qur’an yang salah.
Ayat 55:
Sahih International
Then whoever wills will remember it.
فَمَن شَاءَ ذَكَرَهُ
Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
Allah tidak terkesan sedikit pun kalau kita tidak beriman, tidak beramal dengan ayat-ayat Quran itu. Maka, Allah tawarkan kepada sesiapa yang mahu sahaja. Pilihlah di kumpulan mana yang kamu mahu – yang hendak mengambil peringatan atau mereka yang tidak ambil endah sahaja.
Ayat 56:
Sahih International
And they will not remember except that Allah wills. He is worthy of fear and adequate for [granting] forgiveness.
وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ
Dan tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah;
Kita kena ingat yang kalau kita buat sesuatu kebaikan, itu adalah kerana Allah yang mendorong kita untuk melakukannya. Ini sama seperti yang Allah sebut dalam Takwir:29.
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَDan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Kalau Allah mahu, Dia akan berikan asbab untuk kita senang nak faham agama. Dia kenalkan dengan kawan yang suka belajar, Dia beri kita musibah yang menyebabkan kita mahu belajar, Dia lahirkan kita dalam keluarga yang mahu kepada agama, dan macam-macam lagi. Semuanya dalam urusan Allah.
Allah sebut juga dalam Insan:30
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًاDan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
Mereka yang tak mahu hidayah tidak akan menerima hidayah. Kadang-kadang ada hidayah di depan mata kita, tapi kita tidak terima, kita tidak mahu ikut. Allah akan memberi hidayah yang kita boleh terima kalau kita sendiri mahukan hidayah kebenaran dalam hati kita.
هُوَ أَهْلُ التَّقْوَىٰ
Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya,
Allah sahaja yang layak ditaqwa. Hanya Allah yang layak ditakuti. Hanya Allah sahaja yang layak kita patuhi segala perintahNya.
وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ
dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan
Hanya Allah sahaja yang boleh memberi pengampunan. Tidak ada yang boleh memberikan pengampunan selain Allah. Hanya kepada Allah sahaja yang layak kita minta pengampunan. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa minta taubat kepada Allah.
Allahu a’lam. Tamat sudah tafsir Surah Mudaththir ini. Sambung ke surah seterusnya, al-Qiyama.
No comments:
Post a Comment