Senarai

Menu

Pages - Menu

Pages

Pages - Menu

Sunday, October 14, 2018

Tafsir Surah Insan Ayat 26 – 31 (Sibukkan dengan Solat Malam)

x
x

Surah Al-Insaan - سورة الإنسان

[76:26 - 76:31] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


76_26
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.
(Al-Insaan 76:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 580 - ٥٨٠

76_27
Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
(Al-Insaan 76:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 580 - ٥٨٠

76_28
Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.
(Al-Insaan 76:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 580 - ٥٨٠

76_29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
(Al-Insaan 76:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 580 - ٥٨٠

76_30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
(Al-Insaan 76:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 580 - ٥٨٠

76_31
Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Insaan 76:31) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 580 - ٥٨٠

x

Tafsir Surah Insan Ayat 26 – 31 (Sibukkan dengan Solat Malam)


Ayat 26:

وَمِنَ اللَّيلِ فَاسجُد لَهُ وَسَبِّحهُ لَيلًا طَويلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)
And during the night prostrate to Him and exalt [i.e., praise] Him a long [part of the] night.
(MELAYU)
Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang dimalam hari.

وَمِنَ اللَّيلِ فَاسجُد لَهُ

Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya
Ini merujuk kepada solat malam, iaitu Solat Maghrib dan juga Solat Isyak.
Selalu selepas Allah anjurkan orang mukmin bersabar dengan penolakan golongan penentang, Allah akan suruh manusia solat. Ini memberi isyarat bahawa kekuatan untuk berdakwah dan terus beramal Soleh adalah dengan melakukan solat.

وَسَبِّحهُ لَيلًا طَويلًا

dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari.
Ini adalah anjuran untuk mengerjakan solat malam. Samada tahajud atau qiyamullail. Ini juga telah disebut dalam ayat lain:
يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk salat) di malam hari, kecuali sedikit (darinya), (yaitu) pada seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdaa itu, Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan. (Al-Muzzammil: 1-4)
Inilah masa yang perlu diambil peluang oleh umat Islam untuk mendekatkan diri dengan Allah. Di waktu bening malam atau awal pagi, kita bermunajat kepadaNya.
Dalam solat itulah kita bermunajat dan mengadu kepada Allah mengharapkan kekuatan dariNya. Kerana itulah Allah mewajibkan Nabi Muhammad untuk solat malam.
Bayangkan Nabi Muhammad berdakwah tanpa henti dan malamnya baginda kena solat pula! Kalau kita fikirkan secara logik akal sahaja, sepatutnya baginda berehat di malam harilah untuk berehat dan mengumpulkan tenaga untuk kembali berdakwah esok harinya, bukan? Maka kenapa Allah wajibkan Nabi Muhammad solat malam pula?
Ini adalah kerana solat malam itu memberi tenaga kepada baginda untuk terus berdakwah pada siangnya.
Maka ini mengajar kita kalau nak bertenaga, maka lazimkan solat malam. Mungkin ia agak susah pada awalnya tapi lama kelamaan ia akan menjadi manis buat kita. Allah akan beri kekuatan kod kita. Sampaikan kita akan rasa tak kena kalau tidak solat malam.

Ayat 27: Sekarang Allah menyebut sifat orang kafir. Maka kita kena nilaikan dengan diri kita, samada kita ada sifat ini atau tidak?

إِنَّ هٰؤُلاءِ يُحِبّونَ العاجِلَةَ وَيَذَرونَ وَراءَهُم يَومًا ثَقيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Indeed, these [disbelievers] love the immediate and leave behind them¹ a grave Day.
  • i.e., neglect. The meaning may also be “leave ahead of them.”
(MELAYU)
Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat).

إِنَّ هٰؤُلاءِ يُحِبّونَ العاجِلَةَ

Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia
Maksudnya mahu benda yang cepat dapat sahaja. Mereka tak sanggup nak tunggu. Kerana itu ditafsirkan sebagai ‘dunia’ kerana dunia ini sudah ada depan mata. Semua dah boleh diambil.
Sedangkan akhirat itu walaupun dikatakan menarik sangat, tapi tidak ada di depan mata. Maka orang kafir tak mahu nak tunggu. Bagaimana dengan orang Islam sendiri? Itu kena tepuk dada dan tanya iman kita lah pula.  

وَيَذَرونَ وَراءَهُم يَومًا ثَقيلًا

dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat).
Oleh kerana manusia yang engkar itu hanya mementingkan dunia sahaja, maka yang ditinggalkan adalah akhirat. Kalau orang Islam pun mementingkan dunia juga, maka akhirat tidak diberatkan, tidak diendahkan.
Orang Islam pun ramai buat perangai ini. Kerana mereka tidak yakin dengan janji-janji Allah tentang akhirat, maka mereka tidak pentingkan sangat akhirat itu. Dunia juga yang menjadi pilihan mereka.
Sedangkan akhirat itu adalah hari yang berat. Kalau tidak ada disediakan pahala dan amalan yang baik, maka ia akan jadi lebih berat dan akan menyusahkan manusia itu.
Bayangkan, menunggu di Mahsyar itu pun beribu-ribu tahun dalam kesesakan dan keringan yang tidak berkurang malah bertambah!

Ayat 28:

نَّحنُ خَلَقنٰهُم وَشَدَدنا أَسرَهُم ۖ وَإِذا شِئنا بَدَّلنا أَمثٰلَهُم تَبديلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)
We have created them and strengthened their forms, and when We will, We can change their likenesses with [complete] alteration.
(MELAYU)
Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, apabila Kami menghendaki, Kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka.

نَّحنُ خَلَقنٰهُم وَشَدَدنا أَسرَهُم

Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, 
Allah mengingatkan jasaNya yang telah menjadikan kita dari tiada kepada ada.
Maksud ketatkan sendi adalah menjadikan kaki dan tangan kita. Ibnu Abbas dan Mujahid serta yang lainnya mengatakan maksudnya: bahawa Kami telah menguatkan tubuh mereka.

وَإِذا شِئنا بَدَّلنا أَمثٰلَهُم تَبديلًا

apabila Kami menghendaki, Kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka.
Kalau kita tidak kenang jasa Allah dan tidak taat kepadaNya, Allah boleh sahaja ganti manusia dengan makhluk yang lain. Allah bukan perlu kepada kita. Kita bukan ada apa-apa pun. Maka jangan berlagak sangat. Ini telah disebut dalam ayat lain. Firman Allah Swt.:
إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ وَما ذلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ
Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mengganti(mu) dengan makhluk yang baru, dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah. (Ibrahim: 19-20)
Atau, Allah boleh ganti dengan manusia lain, iaitu manusia yang lebih baik dari kita, lebih taat dari kita. Ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:
إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ أَيُّهَا النَّاسُ وَيَأْتِ بِآخَرِينَ وَكانَ اللَّهُ عَلى ذلِكَ قَدِيراً
Jika Allah menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu wahai manusia, dan Dia datangkan umat yang lain (sebagai penggantimu). Dan adalah Allah Mahakuasa berbuat demikian. (An-Nisa: 133)
Atau, ia bermaksud Allah boleh kejadian manusia. Dari manusia yang sihat, Allah boleh jadikan dia lumpuh. Jadi Allah ada kuasa untuk menukar keadaan manusia dari sihat jadi sakit. Maka ini adalah ancaman dari Allah.
Atau, Allah hendak mengingatkan yang Allah boleh ubah kejadian makhluk selepas kematiannya. Sekarang dia ada fizikal di dunia, dan nanti Allah boleh ubah keadaan fizikal dia jadi lain di akhirat kelak. Memang selepas kita dibangkitkan kelak, kita tidaklah diberikan dengan tubuh kita di dunia ini, tapi akan diberikan dengan tubuh yang lain. Ini juga merupakan dalil yang menunjukkan adanya hari berbangkit.
Maknanya, tubuh kita akan di upgrade untuk sanggup menerima azab dalam neraka atau sanggup untuk menerima segala nikmat dalam syurga. Kerana tubuh kita di dunia ini lemah. Kalau diazab dalam neraka, tentu sekejap sahaja akan mati; dan kalau ahli syurga, mereka tidak akan dapat menikmati segala nikmat dalam syurga kerana banyak sangat nikmat, tubuh manusia tidak mampu nak menerimanya.

Ayat 29:

إِنَّ هٰذِهِ تَذكِرَةٌ ۖ فَمَن شاءَ اتَّخَذَ إِلىٰ رَبِّهِ سَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Indeed, this is a reminder, so he who wills may take to his Lord a way.
(MELAYU)
Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.

إِنَّ هٰذِهِ تَذكِرَةٌ

Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan,
Telah banyak ayat-ayat yang Allah telah berikan kepada kita. Ini semua adalah untuk kebaikan kita sahaja. Allah tak perlukan kita.
Ayat ini mengulangi ayat yang telah ada dalam Surah Muzammil. Allah ulang sebagai penegasan dan peringatan kembali. 

فَمَن شاءَ اتَّخَذَ إِلىٰ رَبِّهِ سَبيلًا

maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.
Yaitu jalan Tuhannya. Barang siapa yang menghendaki demikian, nescaya dia mengambil petunjuk dari Al-Qur’an. Hanya dengan berpegang dengan ajaran Qur’anlah manusia akan selamat dunia dan akhirat.
Ayat-ayat Qur’an diberikan kepada semua orang tetapi yang sanggup mengambil peringatan adalah mereka yang ada keinginan dalam hatinya kepada kebenaran. Jadi kena ada keinginan dulu di dalam hati manusia. Kalau tidak ada keinginan itu, kita berilah banyak mana pun hujah dari ayat-ayat Qur’an, mereka tidak mahu terima.

Ayat 30:

وَما تَشاءونَ إِلّا أَن يَشاءَ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَليمًا حَكيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)
And you do not will except that Allāh wills. Indeed, Allāh is ever Knowing and Wise.
(MELAYU)
Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

وَما تَشاءونَ إِلّا أَن يَشاءَ اللَّهُ

Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. 
Yakni tiada seorang pun yang mampu memberi petunjuk kepada dirinya, dan tiada (pula mampu) memasukkan iman ke dalam hatinya, dan tiada (pula mampu mendatangkan) manfaat bagi dirinya.
Manusia yang ingin kepada kebenaran itu adalah kerana Allah tanam keinginan itu dalam hatinya. Maka kena minta hidayah kepada Allah tentang perkara akhirat. Kerana kalau Allah tak beri, maka amat malangnya kita hidup di dunia ini.
Kalau perkara dunia kadangkala tak perlu minta pun Allah akan beri. Tapi bab akhirat kita kena banyak minta kepada Allah. Malangnya manusia kalau berdoa selalunya berdoa bab dunia sahaja. Bab makan, minum dan kaya raya semua minta. Tapi minta dimasukkan ke dalam golongan yang selamat jarang kita minta, bukan?
Ayat ini memberitahu bahawa manusia mempunyai kelebihan memilih jalannya. Allah telah beri kebebasan ini kepada manusia. Oleh kerana itu, manusia boleh pilih mana satu cara untuk dapat rezeki, samada dengan cara baik seperti bercucuk tanam; atau dia mencari rezeki dengan cara jahat iaitu dengan mencuri.
Begitu juga manusia diberi pilihan memilih jalan agama: samada agama kufur, agama syirik, jalan kesesatan atau jalan keimanan. Pilihan di tangan manusia.
Setelah diberi kebebasan memilih apa yang hendak dilakukan, keupayaan manusia untuk melakukan kehendaknya itu masih lagi dalam tangan Allah. Kalau Allah beri izin baru dia boleh buat. Manusia tidaklah dibenarkan buat segala apa kehendak dia.
Sebagai contoh, katakanlah seorang yang jahat hendak membunuh. Kalaulah kehendaknya itu dibiarkan terjadi sentiasa, maka tentulah rosak dunia ini kerana pembunuhan akan bermaharajalela. Maka Allah tidak benarkan kerana ini bahaya kepada orang lain. Memang ada yang Allah benarkan, tapi tidaklah semua kehendak manusia itu tetap terjadi.
Begitu juga, kalau ada manusia yang berkehendak untuk buat kebaikan, ia tetap juga memerlukan keizinan dari Allah. Keinginan kenalah ada dulu. Dari keinginan itu Allah akan pilih siapakah  yang Dia benarkan menjadi orang beriman dan siapa yang tidak. Jangan lupa kuasa Allah meliputi segalanya. Nak beriman pun kena Allah izinkan juga.

إِنَّ اللَّهَ كانَ عَليمًا حَكيمًا

Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Allah tahu segala-galanya. Allah tahu apa keinginan hati kita. Kerana itu Allah boleh buat keputusan siapakah yang akan ditarik ke jalan selamat dan siapakah yang dibiarkan di atas jalan kesesatan. Segala keputusan Allah ini dilakukan atas Ilmu Allah yang luas.
Allah Maha Mengetahui tentang siapa yang berhak mendapat hidayah, lalu Dia memudahkan baginya menempuh jalan hidayah dan melancarkan baginya semua jalan yang menuju ke arahnya. Dia Maha Mengetahui pula tentang siapa yang berhak mendapat kesesatan, maka Dia memalingkannya dari jalan petunjuk.
Allah akan buat keputusan yang bijaksana dalam mentadbir makhlukNya. Maka keputusan yang Allah buat tentu benar. Tidaklah Allah tersalah pilih siapakah yang ditarik ke jalan selamat dan siapakah yang dibiarkan di atas jalan kesesatan. Maka jangan kita persoalkan keputusan yang Allah buat. Keputusan Allah atas kebijaksanaan Allah.

Ayat 31:

يُدخِلُ مَن يَشاءُ في رَحمَتِهِ ۚ وَالظّٰلِمينَ أَعَدَّ لَهُم عَذابًا أَليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)
He admits whom He wills into His mercy; but the wrongdoers – He has prepared for them a painful punishment.
(MELAYU)
Dan memasukkan siapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya (syurga). Dan bagi orang-orang zalim disediakan-Nya azab yang pedih.

يُدخِلُ مَن يَشاءُ في رَحمَتِهِ

Dan memasukkan siapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya
Kepada mereka yang beriman dan mengamalkan amalan soleh, maka Allah akan memasukkannya ke dalam rahmat-Nya.
Maksudnya dimasukkan ke dalam syurga. Ini adalah kerana kita hanya dapat masuk syurga dengan rahmat Allah. Amal ibadat kita tidak mampu memasukkan kita ke dalam syurga kerana tak cukup lagi. Maka kita kena harapkan rahmat Allah bersungguh-sungguh.
Tapi janganlah berharap sahaja. Kerana nak dapat rahmat Allah adalah dengan amal ibadat yang soleh.

وَالظّٰلِمينَ أَعَدَّ لَهُم عَذابًا أَليمًا

Dan bagi orang-orang zalim disediakan-Nya azab yang pedih.
Dan kepada mereka yang zalim, tempat akhir mereka adalah neraka. Di neraka itu mereka akan menerima azab yang amat pedih dan berterusan tanpa henti.
Zalim salah apabila tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Banyak sekali perkara yang termasuk dalam maksud ‘zalim’ ini. Tetapi zalim yang paling besar adalah syirik.
Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah Insan ini. Sambung ke surah seterusnya, Surah al-Mursalat.

x

No comments:

Post a Comment