x
Surah Al-Balad - سورة البلد
[90:11 - 90:20] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
(Al-Balad 90:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 594 - ٥٩٤
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
(Al-Balad 90:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 594 - ٥٩٤
(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
(Al-Balad 90:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 594 - ٥٩٤
Atau memberi makan pada hari kelaparan -
(Al-Balad 90:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 594 - ٥٩٤
Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
(Al-Balad 90:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 594 - ٥٩٤
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
(Al-Balad 90:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 594 - ٥٩٤
Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
(Al-Balad 90:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 594 - ٥٩٤
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
(Al-Balad 90:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 594 - ٥٩٤
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -
(Al-Balad 90:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 594 - ٥٩٤
Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
(Al-Balad 90:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 594 - ٥٩٤Tafsir Surah Balad Ayat 11 – 20 (Kesusahan yang digalakkan)
Ayat 11: Dalam ayat-ayat sebelum ini telah disebut bagaimana Allah telah memberi pilihan kepada manusia, samada memilih jalan yang baik atau jalan yang buruk. Tapi Allah beritahu yang manusia masih tidak menempuh satu kesusahan dalam beragama.
Ini dikatakan kesusahan yang dinisbahkan kepada infak kerana sebelum ini telah disebut tentang pengeluaran harta. Mereka tidak susah sungguh lagi untuk infak.
فَلَا اقتَحَمَ العَقَبَةَ
Sahih International
But he has not broken through the difficult pass.
Malay
Dalam pada itu manusia tidak merempuh jalan mendaki yang sukar
Aqabah adalah jalan yang paling payah untuk naik bukit. Ada jalan mudah untuk naik bukit tapi aqabah adalah jalan yang susah. Jalan yang susah itu adalah jalan yang menuju kepada kebaikan. Kebanyakan manusia tidak mahu merempuh jalan yang susah – mereka mahu senang sahaja. Sedangkan untuk memenuhi tuntutan agama, memerlukan kesabaran dalam menempuh kesusahan dalam memenuhinya. Perkataan ‘العَقَبَةَ’ dari segi bahasa bermaksud ‘gunung yang susah untuk didaki’. Jalan-jalan di pergunungan amat susah dan amat bahaya untuk dilalui. Ianya adalah jalan yang sempit. Sebab untuk membuat kebaikan tentulah ada kesusahan dan struggle yang perlu dilalui. Bukan senang-senang sahaja.
اقتَحَمَ – bermaksud melompat ke dalam sesuatu tanpa berfikir panjang lagi. Tapi bukanlah ini bermaksud kita menjerumuskan diri kita ke dalam bahaya. Itu tidak dibenarkan oleh Allah. Tapi kita kena ingat yang jalan ke syurga adalah jalan yang susah tapi kita kena ambil jalan itu. Tidak ada jalan lain yang selamat. Jalan ke syurga itu dikelilingi dengan perkara-perkara yang tidak disukai oleh nafsu. Ada sahaja dugaan kalau kita hendak buat perkara baik. Kita kena lawan dugaan itu. Sebagai contoh, untuk sedekah (infaq) adalah amat-amat sukar, sebab itulah dipanggil ianya ‘aqabah’. Padahal, terdapat banyak kebaikan dalam infak harta. Untuk mengubat dan melepaskan kesempitan hati, kita kena keluarkan harta kita untuk infak. Kerana kepentingan infak, maka ayat-ayat selepas ayat ini adalah tentang infak belaka.
Kenapakah manusia tidak mengikut jalan benar walaupuan ianya jalan yang sukar setelah Dia memberikan segala nikmat kepadanya? Seorang mukmin tidak boleh takut dengan dugaan hidup. Dengan ujian hidup itulah yang akan menaikkan tingkatan kita di mata Allah. Dengan segala dugaan yang dihadapi, iman akan semakin terasah. Kalau kita tidak dicuba dengan dugaan hidup, lagi bahaya kerana kita akan rasa kita sudah selamat di akhirat. Berapa ramai manusia yang hidupnya amat senang di dunia sampaikan mereka tertipu dan terpesona dengan dunia dan tidak ingat langsung kepada akhirat.
Memang payah nak buat amal soleh sebab nak kena lawan nafsu dan syaitan. Allah pun telah pagarkan syurga dengan benda-benda yang payah. Bila Jibril tengok Syurga, dia kata dia rasa tidak ada orang yang boleh masuk syurga. Sebab susah sangat untuk masuk. Tapi nak masuk neraka senang pula. Jibril takut semua manusia akan masuk neraka. Ini terdapat dalam satu hadis:
“Ketika Allah menciptakan syurga dan Dia berfirman kepada Jibril: ”Pergi dan lihatlah syurga.” Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: ”Demi keagunganMu ya Rabb, tidak seorangpun yang mendengar perihal syurga melainkan pasti ingin memasukinya.” Kemudian Allah lapisi syurga dengan al-makaarih (hal-hal yang tidak disukai manusia) lalu Allah berfirman: ”Hai Jibril, pergi dan lihatlah syurga.” Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: ”Demi keagunganMu ya Rabb, sungguh aku khawatir tidak seorangpun bakal ingin memasukinya.” Ketika Allah menciptakan neraka Dia berfirman kepada Jibril: ”Pergi dan lihatlah neraka.” Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: ”Demi keagunganMu ya Rabb, tidak seorangpun yang mendengar perihal neraka bakal mau memasukinya.” Kemudian Allah lapisi neraka dengan asy-syahawaat (hal-hal yang disukai manusia) lalu Allah berfirman: ”Hai Jibril, pergi dan lihatlah neraka.” Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: ”Demi keagunganMu ya Rabb, sungguh aku khawatir tidak akan ada orang yang bakal lolos dari api neraka.” (HR Abu Dawud)
Memang jalan ke syurga itu payah, tapi bukanlah sampai tak boleh nak buat. Kerana Allah beri taklif ikut kemampuan manusia. Allah telah sebut dalam Baqarah:286
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَهاAllah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Kalau kita kata tak boleh ikut hukum-hukum kehidupan dan agama yang diberikan oleh Allah, itu sudah bertentangan dengan ayat dari surah Baqarah di atas. Ketahuilah yang kita boleh hidup dengan mengikut hukum yang Allah telah berikan, cuma kena mujahadah lawan nafsu. Macam zaman sekarang, lagi ramai cabaran yang perlu dihadapi – dengan handphone, dengan Facebook dan sebagainya. Tidur pula atas tilam yang empuk-empuk sampai susah nak bangun malam. Bahan hiburan pula ada di mana-mana dan senang sangat untuk dicari. Semua perkara keduniaan itu kena lawan supaya tidak melalaikan kita dari akhirat.
Ayat 12: Tahukah kamu jalan sukar untuk agama, yang bersangkutan dengan infak itu? Allah akan beri contoh beberapa perkara.
وَما أَدراكَ مَا العَقَبَةُ
Sahih International
And what can make you know what is [breaking through] the difficult pass?
Malay
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
Kenapa Allah tanya macam ini? Apabila Dia tanya macam ni, sebenarnya Allah nak beritahu apakah yang dimaksudkan. Ianya adalah soalan dalam bentuk retorik. Allah tanya begini untuk menarik keinginan kita untuk mengetahui apakah jawapannya.
Ayat 13: Allah sekarang menjelaskan apakah ‘aqabah’ itu. Ini yang pertama.
فَكُّ رَقَبَةٍ
Sahih International
It is the freeing of a slave
Malay
Memerdekakan hamba abdi;
Agama Islam dari dulu lagi memang telah menyuruh umatnya untuk memerdekakan hamba. Ini adalah jawapan kepada mereka yang mengatakan bahawa ada perhambaan dalam Islam. Ayat ini menunjukkan bahawa Allah menunjukkan kebaikan di dalam memerdekakan hamba dari zaman Mekah lagi. Bukanlah Islam yang memulakan perhambaan, tapi Islam lah yang mula menghabiskan sistem perhambaan. Kerana banyak keadaan dimana Islam menyuruh hamba dibebaskan. Sebagai contoh, kalau melakukan kesalahan dalam bersutubuh di dalam siang Ramadhan, kafarahnya adalah membebaskan hamba. Ada banyak lagi contoh hamba dibebaskan, maka lama kelamaan tidak ada perhambaan lagi.
Islam memberitahu kebaikan membebaskan hamba seperti Rasulullah Saw. telah bersabda:
«مَنْ أَعْتَقَ رَقَبَةً مُؤْمِنَةً أَعْتَقَ اللَّهُ بِكُلِّ إرب- أي عضو- مِنْهَا إِرْبًا مِنْهُ مِنَ النَّارِ حَتَّى إِنَّهُ لَيُعْتِقُ بِالْيَدِ الْيَدَ وَبِالرِّجْلِ الرِّجْلَ وَبِالْفَرْجِ الْفَرْجَ»Barang siapa yang memerdekakan seorang budak yang mukmin. maka Allah memerdekakan tiap anggota tubuhnya dengan tiap anggota tubuh budak itu dari api neraka, sehingga sesungguhnya Allah memerdekakan tangan dengan tangan, kaki dengan kaki, dan kemaluan dengan kemaluan.
Membebaskan hamba memerlukan pengorbanan harta yang tinggi kerana hamba itu dikira sebagai harta yang amat besar waktu itu. Seperti yang kita telah sebut sebelum ini, ayat-ayat bermula dari ayat ini adalah tentang infak. Walaupun yang disebut adalah pembebasan hamba, tapi sebenarnya hamba itu adalah harta sebenarnya. Jadi, dengan membebaskan hamba, sebenarnya seseorang itu telah mengeluarkan hartanya. Itulah yang dilakukan oleh para sahabat dan yang paling terkenal adalah Abu Bakr. Abu Bakr banyak mengeluarkan hartanya untuk membebaskan hamba orang lain. Ianya bukan perkara yang senang kerana ianya memerlukan wang yang banyak.
Selain dari itu, perhambaan itu bukan sahaja hamba dari segi fizikal, tapi boleh juga termasuk perhambaan dari segi kewangan. Oleh itu, walaupun zaman sekarang, sudah tidak ada lagi perhambaan yang diamalkan oleh dunia, tapi ada juga manusia yang terbelenggu dengan perhambaan harta. Contohnya, mereka telah terlalu banyak hutang dengan bank atau dengan orang lain, maka mereka langsung tidak boleh bergerak ke mana-mana. Nak buat pinjaman tidak boleh, nak ada rumah dan kereta tidak boleh dan sebagainya kerana mereka telah disenarai sebagai muflis. Hati mereka sentiasa tidak tenang kerana mereka kena selesaikan hutang mereka itu. Tambahan lagi kalau ada yang berhutang dengan Ah Long. Maka, mereka yang sebegini sepatutnya ditolong untuk dibebaskan dari hutang mereka.
Ayat 14: Selain dari membebaskan hamba, apa lagi infak yang boleh dilakukan?
أَو إِطعامٌ في يَومٍ ذي مَسغَبَةٍ
Sahih International
Or feeding on a day of severe hunger
Malay
Atau memberi makan pada hari kelaparan –
Iaitu memberi makan kepada orang lain semasa makanan kurang, sebagai contoh, semasa kemarau. Ianya bukan sahaja kelaparan biasa, tapi sudah sampai ke tahap kebuluran. Allah menyuruh umat Islam untuk berkorban kepada orang lain dalam memberi makan kepada mereka. Di ayat yang lain, Allah mengatakan mereka yang buruk perangainya tidak memberi makan. Dan di ayat ini Allah menyuruh umat Islam untuk jadi lain dari mereka. Hendaklah kita buat yang bertentangan dengan mereka. Orang yang tidak beriman akan menyimpan makanan mereka dan mereka tidak mengendahkan orang lain tapi kita hendaklah memberi makan kepada orang lain. Lainkan diri kita dari mereka.
Allah mengajar kita untuk memikirkan orang lain juga. Lebih-lebih lagi dalam keadaan susah. Kita kena menjadi penolong kepada orang lain. Jangan mementingkan diri sahaja tapi kena fikirkan orang lain juga.
Memang dugaan yang besar untuk mengeluarkan makanan kepada orang lain waktu kebuluran kerana waktu itu kita pun lapar juga. Kita takut juga kalau kita beri orang lain makan, entah apa yang akan jadi kepada kita. Tapi mereka yang benar-benar percaya dengan janji Allah, akan mengeluarkan hartanya untuk beri makan kepada orang lain yang susah.
Ayat 15: Beri makan kepada siapa? Anak yatim yang rapat dari segi kekeluargaan. Kerana anak yatim kena dijaga oleh mereka yang waris dengan dia. Dia yang kena jaga dulu.
يَتيمًا ذا مَقرَبَةٍ
Sahih International
An orphan of near relationship
Malay
Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
Yang paling dekat dengan kita adalah saudara-mara kita. Tapi ia juga mungkin bermaksud mereka yang dekat dengan kawasan kita. Kita hendaklah kenal dengan mereka untuk kita membantu mereka. Dalam surah sebelum ini, Allah mengatakan mereka yang buruk perangai itu tidak mengendahkan anak yatim. Dalam ayat ini, kita kena memberi pertolongan kepada anak yatim, dan mulakan dengan mereka yang dekat dengan kita dahulu. Rasulullah Saw. bersabda:
«الصَّدَقَةُ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الرَّحِمِ اثْنَتَانِ: صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ»Bersedekah kepada (orang lain) yang miskin berpahala sedekah; dan kepada orang miskin yang ada hubungan kerabat dua pahala, pahala sedekah dan pahala silaturahmi. Imam Turmuzi dan Imam Nasai telah meriwayatkannya pula, dan sanad hadis ini sahih.
Kita kena tolong anak-anak yatim kerana mereka tidak ada bapa untuk memberi makanan kepada mereka. Tambahan pula, anak-anak yatim adalah kanak-kanak lagi dan maknanya mereka tidak boleh nak mencari sumber makanan sendiri. Malangnya, mungkin kita sendiri tidak kenal dengan anak-anak yatim dalam kawasan kita pun. Kerana kita tidak mengendahkan mereka. Kita banyak mementingkan diri sendiri sahaja.
Ayat 16: Atau orang miskin yang ada tanah sahaja sebagai tempat tinggal mereka. Iaitu mereka yang duduk gelandangan.
أَو مِسكينًا ذا مَترَبَةٍ
Sahih International
Or a needy person in misery
Malay
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
Perkataan ‘مَترَبَةٍ’ dari katadasar ‘ترب’ itu bermaksud ‘debu tanah’. Ia merujuk kepada mereka yang tidak cukup keperluan mereka. Sampai berdebu-debu diri mereka. Atau mereka yang tidak ada apa-apa melainkan debu tanah sahaja. Mungkin juga mereka adalah orang yang berkeliaran tiada tempat tinggal dan tinggal di tanah sahaja.
Sama juga, surah sebelum ini orang jahat tidak mengendahkan orang miskin. Allah menyuruh kita supaya memberi pertolongan kepada mereka.
Mereka yang perlu ditolong adalah mereka yang miskin dan faqir. Malangnya, kita tak kenal pun siapa yang miskin di kalangan kita kerana kita sentiasa bercampur dengan golongan kita sahaja yang hidup senang atau sederhana.
Ayat 17: Selain dari membantu mereka yang susah, ada syarat yang amat penting. Pertama sekali kena beriman. Kerana kalau tolong orang, tapi tak beriman, tidak berguna juga.
ثُمَّ كانَ مِنَ الَّذينَ آمَنوا وَتَواصَوا بِالصَّبرِ وَتَواصَوا بِالمَرحَمَةِ
Sahih International
And then being among those who believed and advised one another to patience and advised one another to compassion.
Malay
Selain dari itu, ia menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
ثُمَّ كانَ مِنَ الَّذينَ آمَنوا
Selain dari itu, ia menjadi dari orang-orang yang beriman
Selain daripada membantu mereka yang dalam kesusahan, kita juga sepatutnya mempunyai iman yang kuat. Syarat segala amal kebaikan itu diterima, seseorang itu kenalah beriman. Kerana kalau dia sendiri tidak beriman, pahala untuknya tidak dikira. Ini seperti firman Allah Swt.
مَنْ عَمِلَ صالِحاً مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثى وَهُوَ مُؤْمِنٌDan barang siapa mengerjakan amal yang saleh, baik laki-laki maupun perempuan, sedangkan ia dalam keadaan beriman. (Al-Mukmin: 40), hingga akhir ayat.
Iman amat penting sekali, kerana jika tidak, kesusahan dalam dunia ini akan bertambah-tambah. Bertambah ramai lagi orang yang kita kena tolong. Padahal kalau semua mempunyai iman, Allah akan memberkati negeri kita. Apabila Allah memberkati, maka negara itu akan jadi kaya. Seperti yang terjadi pada zaman Khalifah Umar, Khalifar Umar Abdul Aziz dan khalifah-khalifah yang baik-baik. Dan nanti pada pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa juga keadaan jadi aman sampaikan tidak ada orang yang susah.
Kalau ramai tidak beriman, akan penat kita nak tolong orang. Sebab apabila ramai tidak beriman, sistem kerajaan akan jadi korup dan apabila sistem yang korup, akan menyebabkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin akan merempat. Semakin lama, semakin banyak orang miskin.
وَتَواصَوا بِالصَّبرِ
dan berpesan-pesan dengan sabar
Kita juga disuruh berpesan dan bantu-membantu rakan masing-masing di dalam perjalanan aqabah ini. Kerana perjalanan itu susah. Ia memerlukan kekuatan motivasi dan bantuan dari kawan-kawan. Ia juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau tidak sabar, tidak boleh kita nak membantu orang lain, lebih-lebih lagi kalau semua berada dalam keadaan yang susah seperti kemarau. Jadi kita kena sama-sama menasihati orang lain untuk sama-sama sabar. Kalau semua berada dalam keadaan yang sama, maka tentulah semangat lebih kuat lagi untuk jadi baik.
وَتَواصَوا بِالمَرحَمَةِ
serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
Dan kita disuruh untuk mempunyai kasih sayang dah juga belas kasihan kepada dunia seluruhnya. Kalau kita beriman, ianya bermakna yang kita akan ada perasaan kasih dan sayang sesama manusia. Mereka yang tidak ada kasih dan sayang sesama manusia yang lain sebenarnya tidak beriman dan mereka akan dibenci oleh Allah. Walau bagaimana kuat pun dia beribadat.
«لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ»Allah tidak menyayangi orang yang tidak menyayangi manusia.
Maka, sayangilah manusia lain supaya Allah menyayangi kita, sebagaimana sabda Nabi:
«الْمُتَوَاصِينَ بِالصَّبْرِ عَلَى أَذَى النَّاسِ وَعَلَى الرَّحْمَةِ بِهِمْ كَمَا جَاءَ فِي الحديث الشريف الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ، ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ»Orang-orang yang penyayang akan disayangi oleh Tuhan Yang Maha Penyayang. Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, maka orang-orang yang ada di langit akan menyayangimu.
Ayat 18: Apa kata Allah berkenaan mereka yang bersifat dengan sifat-sifat yang baik dalam ayat-ayat sebelum ini?
أُولٰئِكَ أَصحابُ المَيمَنَةِ
Sahih International
Those are the companions of the right.
Malay
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
Mereka akan menerima kitab amalan mereka di tangan kanan mereka. Mereka adalah orang yang akan masuk syurga. Allah balas perbuatan baik mereka dengan balasan yang paling baik – syurga dimana mereka akan menikmati kesenangan dan nikmat selama-lamanya.
Ayat 19: Sebaliknya, apa kata Allah tentang mereka yang tidak mengendahkan suruhanNya itu?
وَالَّذينَ كَفَروا بِآياتِنا هُم أَصحابُ المَشأَمَةِ
Sahih International
But they who disbelieved in Our signs – those are the companions of the left.
Malay
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. –
Orang arab dari dulu lagi tahu bahawa bahagian kiri dikaitkan dengan perkara tidak baik. Dan ini diteruskan lagi sampai zaman Nabi Muhammad kerana ianya adalah dari ajaran Nabi Ibrahim sendiri.
Ayat 20:
عَلَيهِم نارٌ مُؤصَدَةٌ
Sahih International
Over them will be fire closed in.
Malay
Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Mereka tidak akan ada peluang untuk keluar daripada neraka lagi. Neraka itu ditutup dengan serapat-rapatnya. Tidak akan dapat keluar untuk lari langsung.
Dan Allah hendak kita membayangkan betapa panasnya dalam neraka itu, kerana ianya tertutup. Api yang besar, tapi tertutup pula. Macam sekarang, kalau kita lihat kepada pressure cooker, ianya amat panas kerana tidak ada lubang langsung, api itu jadi lebih panas dari biasa.
Allah memberi peluang kepada mereka untuk susah di dunia ini supaya nanti mereka akan senang di akhirat kelak. Tapi kalau mereka tak mahu, mereka akan merasai susah yang amat susah di akhirat kelak.
Allahu a’lam. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah ash-Syams.
No comments:
Post a Comment