Senarai

Menu

Pages - Menu

Pages

Pages - Menu

Tuesday, October 16, 2018

Tafsir Surah at-Takathur Ayat 1-8 (Akan ditanya segala nikmat)

x

x

Surah At-Takaathur - سورة التكاثر


Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.'

102_1
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
(At-Takaathur 102:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 600 - ٦٠٠

102_2
Sehingga kamu masuk kubur.
(At-Takaathur 102:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 600 - ٦٠٠

102_3
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
(At-Takaathur 102:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 600 - ٦٠٠

102_4
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
(At-Takaathur 102:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 600 - ٦٠٠

102_5
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
(At-Takaathur 102:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 600 - ٦٠٠

102_6
(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
(At-Takaathur 102:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 600 - ٦٠٠

102_7
Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
(At-Takaathur 102:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 600 - ٦٠٠

102_8
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
(At-Takaathur 102:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 600 - ٦٠٠

x

Tafsir Surah at-Takathur Ayat 1-8 (Akan ditanya segala nikmat)


Pengenalan:
Dalam surah al Qari’ah, Allah menyebut segolongan manusia yang akan memasuki neraka. Surah ini adalah tentang mereka. Allah menyebut apakah sebab mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Marilah lihat takut-takut kita pun termasuk dalam kategori ini. Dalam surah ini Allah bercakap terus kepada mereka, seolah-olah Allah memberi nasihat yang terakhir terus kepada pihak itu.
Kita telah sebutkan bagaimana Surah at-Takathur ini adalah surah ke 4 dari kumpulan 4 surah yang berterusan: Zilzal, ‘Aadiyat (perangai mereka semasa di dunia sekarang), al Qari’ah, and now Takathur (perangai mereka di dunia sekarang). Jadi susunan topik surah  berselang  seli: Akhirah, dunia, Akhirah, and dunia. Oleh kerana itu, surah ini ada kaitan rapat dengan Surah al-Aadiyaat kerana ia berkenaan dengan perbuatan manusia ahli neraka itu semasa mereka hidup di dunia. Maka kita kena periksa diri kita sendiri kalau-kalau kita ada sifat-sifat yang akan disebut sebentar lagi.


Ayat 1:

أَلهاكُمُ التَّكاثُرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
At-Takāthur: Competition in Increase.
Competition in [worldly] increase diverts you
(MALAY)
Banyak telah melalaikan kamu,

Kalimah أَلْهَا dari kalimah ل ه و yang bermaksud liburan. Sesuatu yang menyebabkan kita leka dan terlupa kepada benda lain. Dan benda itu adalah benda yang patut kita lakukan tapi kena leka dengan أَلْهَا, maka kita tinggalkan dari melakukannya. Dan yang perkara melekakan kita itu tidak penting, lebih kepada membuang masa sahaja dan tidak bermanfaat. Ataupun kurang penting dari benda yang patut kita lakukan itu. Allah sebut dalam ayat yang lain:
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا لا تُلهِكُم أَموالُكُم وَلا أَولادُكُم عَن ذِكرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفعَل ذٰلِكَ فَأُولٰئِكَ هُمُ الخاسِرونَ
Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi. [al Munafiqun:9]
Kekayaan dan anak-anak kita tidak sepatutnya melupakan kita kepada  Allah, sebaliknya ia sepatutnya mengingatkan lagi kita kepada Allah – kita akan belajar konsep ini nanti dalam surah ini. Kita akan belajar bagaimana benda yang menyebabkan kita lupa Allah itulah benda yang sepatutnya menyebabkan kita ingat kepada Allah. Kita akan belajar bagaimana mengubah fahaman kita nanti dan yang inilah kita kena lakukan.
Apakah yang melekakan kita itu? التّكَاثُرُ. Ia dari katadasar ك ث ر yang bermaksud ‘banyak’. Tapi apakah maksudnya? Ada beberapa pendapat:
1 – keinginan untuk dapat banyak benda – sibuk sangat memikirkan apa yang hendak dapat. Sepanjang masa sibuk fikir mana yang kurang, mana nak tambah. Itulah keinginan nak dapat lebih. Lebih banyak duit, harta, kereta besar, rumah besar dan macam-macam lagi.
2 – bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan keduniaan. Ini jenis orang yang tak puas hati tengok orang lain dapat lebih dari mereka. Mereka asyik nak bandingkan apa yang dia ada dengan apa yang orang lain ada. Dan kalau mereka rasa apa yang mereka ada itu kurang dari orang lain, mereka tak puas hati dan nak dapatkan lebih banyak lagi. Sebagai contoh, mereka akan bersaing dengan orang lain untuk mendapat kerja yang lebih baik, rumah yang lebih baik, malah benda-benda kecil pun mereka nak saing dengan orang lain – kalau tengok kawan pejabat dapat kerusi yang lebih baik dari dia pun dia tidak puas hati. Benda macam inilah yang menyebabkan kerugian dan pembaziran – sebagai contoh, kalau anak nak kahwin, dia nak pastikan yang majlis perkahwinan dia lebih habat dari majlis perkahwinan orang lain – maka dia akan belanjakan wang yang banyak untuk dihabiskan dalam sehari sahaja. Ini bukan sahaja membazir, tapi kerja yang bodoh sama sekali!
3 – Bangga kalau mereka ada lebih lagi dari orang lain: mereka bangga sangat sampaikan mereka akan sibuk nak beritahu dengan orang lain apa yang mereka ada. Sampaikan kadang-kadang orang tak tanya pun, tapi mereka sibuk nak bagitahu. Mereka nak orang lain tahu mereka ada benda lebih. Kadang-kadang itu mereka cakap secara lembut, tidaklah beritahu terus tapi mereka beri hint sahaja. Lihatlah contoh yang Allah berikan dalam Kahf:34 وَكانَ لَهُ ثَمَرٌ فَقالَ لِصاحِبِهِ وَهُوَ يُحاوِرُهُ أَنا أَكثَرُ مِنكَ مالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا (dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia: “Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat”)
قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا بْنُ يَحْيَى الوَقار الْمِصْرِيُّ، حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ الدَّايِمِ، عَنِ ابْنِ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” {أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ} عَنِ الطَّاعَةِ، {حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ} حَتَّى يَأْتِيَكُمُ الْمَوْتُ”
Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Zakaria ibnu Yahya Al-Waqqad Al-Masri, telah menceritakan kepadaku Khalid ibnu Abdud Da-im, dari Ibnu Zaid ibnu Aslam, dari ayahnya yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Bermegah-megahan telah melalaikan kalian dari ketaatan, sampai kalian masuk ke dalam liang kubur (sampai maut datang menjemput kalian).
4 – Mahu lebih dan lebih lagi: Sudah ada, nak ada lagi. Tidak pernah puas. Dan ramai orang yang mempunyai sifat begini, malangnya.
قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ شُعْبَةَ، حَدَّثَنَا قَتَادَةُ، عَنْ أَنَسٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “يَهْرَمُ ابْنُ آدَمَ وَتَبْقَى مِنْهُ اثْنَتَانِ: الْحِرْصُ وَالْأَمَلُ”.
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yahya, dari Syu’bah, telah menceritakan kepada kami Qatadah, dari Anas, bahwa Nabi Saw. pernah bersabda: Anak Adam akan menua, dan akan tetap menemaninya dua perkara, yaitu keinginan dan cita-cita. Imam Bukhari dan Imam Muslim telah mengetengahkannya di dalam kitab sahih masing-masing.
Sikap itu semua telah melekakan manusia. Tapi tidak disebut melekakan dari apa. Selalunya ada pemberitahuan tentang apakah benda yang dilekakan itu? Seperti yang digunakan dalam ayat lain:
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا لا تُلهِكُم أَموالُكُم وَلا أَولادُكُم عَن ذِكرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفعَل ذٰلِكَ فَأُولٰئِكَ هُمُ الخاسِرونَ
Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi. [al Munafiqun:9]
Dalam ayat dari Surah Munafiqun di atas, diberitahu yang harta dan anak pinak melekakan manusia ‘dari mengingati Allah’. Tapi tidak disebut pula dalam ayat dari Surah Takathur ini. Dengan membiarkan ianya tidak disebut, seolah-olah Allah hendak kita memikirkannya sendiri. Tapi ada juga ulama yang mengatakan, manusia dilekakan dari ‘kebenaran’. Apakah maksudnya?
– Melekakan manusia dari Yang Membawa Kebenaran, iaitu Allah. Oleh itu, ia membawa maksud, mengejar keduniaan telah melekakan kita dari mengingati Allah.
– Melekakan manusia dari melihat ke dalam dirinya dan mencari kebenaranKita sepatutnya selalu bertanya dan mencari jawapan: “apakah tujuan hidup ini?”, “apakah tujuan aku dilahirkan?”. Tapi kalau disibukkan dengan mengejar dunia, maka soalan-soalan ini tidak akan ditanya dan dicari jawapannya. Mereka habiskan masa mengejar dunia, mana sempat nak fikirkan benda-benda ini? Manusia sudah tak fikirkan benda-benda yang penting. Bila dah dapat satu, nak dapat benda yang lain lagi, sampai tak habis-habis kerana manusia akan cepat rasa bosan. Mereka sangka kalau dapat benda yang dikejar itu, mereka sangka yang mereka akan gembira dan puas hati, tapi lepas dapat, mereka rasa tak puas juga, sudahlah kena cari benda lain. Ini akan berulang-ulang sampai tak habis-habis. Dan kerana sibuk kejar apa yang mereka mahu, sampai tak fikirkan apa tujuan mereka hidup di dunia ini.
– Melekakan manusia dari memberi perhatian kepada wahy, iaitu Qur’an. Di dalam Qur’an itu ada kebenaran dan ia sepatutnya memberi petunjuk kepada manusia, tapi kerana sibuk mengejar dunia, siang dan malam hari-hari, menyebabkan tak sempat nak belajar tafsir Qur’an kerana sibuk dengan dunia.
– Melekakan manusia dari mengingat kematian dan Hari Kiamat: Kerana leka mengejar dunia, mereka tidak teringat pun yang mereka akan mati juga akhirnya; mereka lupa yang Hari Kiamat pasti akan datang dan mereka tidak bersedia pun untuk menghadapinya.
Kita telah sebutkan bahawa surah ini ada kaitan rapat dengan Surah Aadiyat. Dalam Surah Aadiyat, Allah beritahu: Parallel between this Surah [at-Takathur] and ‘Aadiyat:
وَإِنَّهُ لِحُبِّ الخَيرِ لَشَديدٌ
dan sesungguhnya dia sangat a cintanya kepada kesenangan.
Allah telah beritahu dalam Surah Aadiyat bahawa manusia itu kebanyakannya sangat cinta kepada kesenangan di dunia. Dan sekarang Allah beritahu, kecintaan mereka itu telah menyebabkan mereka leka dari agama, dari Allah, dari Qur’an dan dari mengingati mati dan Hari Kiamat.
Dalam banyak-banyak benda yang menyebabkan manusia leka, dua perkara yang selalu diulang-ulang adalah adalah harta dan anak pinak (seperti yang telah disebut dalam Munafiqun:9). Kenapa sebut harta dan anak? Ia juga disebut dalam Hadid:20
اعلَموا أَنَّمَا الحَياةُ الدُّنيا لَعِبٌ وَلَهوٌ وَزينَةٌ وَتَفاخُرٌ بَينَكُم وَتَكاثُرٌ فِي الأَموالِ وَالأَولادِ
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,
So both wealth and children – we want more and more for them / of them.
تَكاثُرٌ فِي  وَالأَولادِ tidak semestinya bermaksud ‘anak-anak’ sahaja.  Tambahan pula zaman sekarang, manusia tidak mahu anak ramai kerana ekonomi susah. Ramai yang tidak mahu anak banyak, sampaikan di negara China, mereka tahan keluarga supaya ada satu anak sahaja. Kalau mereka tidak ada anak ramai, apakah yang melekakan mereka? Iaitu mereka leka dengan pencapaian anak-anak mereka. Manusia ramai yang bersaing sesama sendiri dalam pencapaian anak mereka – anak aku boleh buat ini, anak aku kerja di sana, anak aku dapat masuk universiti itu dan sebagainya. Kadang-kadang kecantikan anak-anak pun dibanding-bandingkan.
Ada harta dan anak pinak bukanlah semestinya sesuatu yang buruk. Tapi ianya boleh menjadi buruk kalau ianya melekakan kita dari perkara yang penting. Dan ianya adalah buruk kalau kita sangka yang kekayaan dan anak yang ramai itu sebagai tanda kejayaan.
Jadi, itulah dua perkara yang selalunya melekakan manusia. Tapi seperti yang kita telah sebut sebelum ini, ada ulama yang mengatakan Allah tidak menghadkan apakah perkara yang melekakan dan melalaikan manusia. Maknanya, macam-macam benda lain lagi yang boleh melalaikan kita dari agama dan dari Allah. Kadang-kadang kerja, kadang-kadang wanita (atau lelaki), kadang-kadang politik, kadang-kadang keluarga, apa-apa sahaja.


Ayat 2: Sampai bilakah manusia akan terleka dengan dunia?

حَتّىٰ زُرتُمُ المَقابِرَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Until you visit the graveyards.¹
  • i.e., remain in them temporarily, meaning until the Day of Resurrection.
(MALAY)
sampai kamu masuk ke dalam kubur.

Mereka leka itu sampai mereka mati. Bukan sekejap, tapi sampai bila-bila. Bila diajak untuk belajar, mereka kata tunggu mereka senang, tunggu anak mereka sudah habis belajar, tunggu mereka pencen, tunggu mereka melancong ke sana dan ke sini dulu. Sentiasa sahaja sibuk dengan urusan lain untuk pergi ke kelas pengajian, untuk tadabbur Qur’an dan mendalami agama. Sampai bila mereka akan sibuk? Sampai mereka masuk ke dalam kubur! Sedar-sedar sudah ada dalam kubur dah.
زُر – dari kalimah زُرْ yang bermakud pergi berjumpa seseorang. Ini macam yang biasa kita pakai dalam bahasa kita: ziarah. Tapi dalam adat bangsa Arab, ia juga bermaksud memeluk seseorang apabila berjumpa.
Oleh itu, kalimat زُرتُمُ المَقابِرَ bermaksud sehingga kamu melawat kubur. Kenapa digunakan ‘melawat’? Kerana kalau kita ziarah seseorang, ianya hanya sementara waktu sahaja, bukan? Bukannya kita tinggal terus di situ. Dan memang sesuai digunakan kalimah ‘melawat’ untuk kubur kerana kita bukannya terus tinggal di dalam kubur itu. Kita tinggal sementara sahaja di dalam kubur, sehinggalah waktu Kiamat. Bila kiamat, semua ahli kubur akan keluar dari kubur, bukan?  Kita pun telah belajar dalam Aadiyat:9
أَفَلا يَعلَمُ إِذا بُعثِرَ ما فِي القُبورِ
Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur,
Dalam Surah Aadiyat, digunakan kalimah القُبورِ sedangkan dalam Surah Takathur ini, digunakan kalimah المَقابِرَ. Dan المَقابِرَ sesuai digunakan dalam ayat ini kerana ia adalah dalam bentuk isim makaan [tempat]) = kerana kubur itu memang satu tempat yang dilawati seperti yang diisyaratkan dalam ayat ini.
Memang kubur itu satu tempat untuk dilawati, kerana ia boleh mengingatkan kita kepada mati. Kerana apabila kita lawat kubur, kita akan ingat kembali yang kita juga akan mati dan akan dikuburkan juga seperti kubur yang kita lawati itu. Tapi kita tidak amalkan melawat kubur bukan? Yang selalu kita lawat adalah shopping mall yang tidak mengingatkan langsung yang kita akan mati. Dan kalau ada yang pergi ke kubur pun pada hari pengebumian orang yang kita kenal atau semasa hari raya untuk lawat kubur saudara mara kita. (Melawat kubur hari raya bukanlah ibadat yang sunnah dan tidak patut dilakukan).


Ayat 3:

كَلّا سَوفَ تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
No! You are going to know.
(MALAY)
Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

كَلّا – janganlah kamu buat begitu, janganlah sampai kamu dilekakan dengan dunia.
سَوفَ – tidak lama lagi. Masa yang tidak lama. Kalau guna huruf س sahaja, ianya tidak secepat سَوفَ. Maknanya, kematian kita dekat sekali, bukan dekat sahaja, tapi dekat sekali.
تَعلَمونَ – kamu akan mengetahui apa yang kamu telah lakukan. Tidak lama lagi mereka akan mati dan mereka akan tahu tentang kebenaran setelah mereka dikebumikan dan waktu itu sudah terlambat untuk buat apa-apa lagi.


Ayat 4: Ayat yang lebih kurang sama seperti ayat ke 3 cuma ada tambahan kalimah ثُمّ.

ثُمَّ كَلّا سَوفَ تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Then, no! You are going to know.
(MALAY)
dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

Oleh kerana ayat 3 dan ayat 4 ini lebih kurang sama sahaja, maka mereka mengatakan:
Ayat 3 adalah apabila manusia itu mati dan mereka dimasukkan ke dalam kubur. Semasa di dalam kubur, mereka sudah mula menemui perkara-perkara ghaib yang telah banyak diberitahu kepada mereka tentang alam barzakh. Mungkin dulu mereka tidak percaya atau tidak endahkan, tapi bila dah masuk kubur, barulah mereka tahu.
Dan Ayat 4 pula berlaku apabila mereka keluar dari kubur untuk menghadapi Penghakiman Allah SWT di Mahsyar. Waktu itu mereka akan melihat pula perkara-perkara Mahsyar dan selepasnya yang memang telah diberitahu kepada mereka semasa mereka hidup di dunia. Waktu itu baru mereka tahu.
Kalimah ثُمّ pula untuk memberatkan takhfeem ayat pertama. Maksudnya selepas keluar dari kubur, keadaan lebih berat lagi kerana semasa masuk dalam kubur, memang ada soalan yang akan ditanya dalam kubur, tapi soalan tak banyak lagi kalau dibandingkan di Mahsyar. Ini adalah kerana di Mahsyar dan seterusnya, soalan lebih banyak lagi dan lebih teruk dan kerana itu ada kalimah ثم itu ditambah untuk menguatkan lagi ayat yang ke 4.
Ayat 3 dan 4 ini adalah hadiah dari Allah untuk mengejutkan manusia dari tidur dan leka mereka. Dan peringatan itu sampai dua kali kerana pengulangan ayat itu menunjukkan ianya lebih kuat dan memberatkan lagi peringatan itu. Kalau kita hendak seseorang mendengar apa yang kita katakan, kita akan ulang, bukan? Sebagai contoh kalau kita suruh seseorang untuk berhenti kerana dia hampir masuk dalam longkang, kita akan kata: “Berhenti! Berhenti!”.
Begitulah kesan apabila kita dengar ayat ini dibacakan kepada kita, atau kita baca sendiri. Memang terasa penekanan yang diletakkan. Ianya lebih terasa kalau kita mendengar ayat itu dibacakan (kalau dibandingkan dengan membaca sahaja) kerana Qur’an ini memang mulanya dalam bentuk bacaan semasa sampai kepada Rasulullah. Ianya lebih memberi kesan kalau didengar di telinga. Lebih melekat ke dalam hati. Itulah sebabnya para sahabat kata ‘mereka dengar dan mereka taat’ seperti dalam an-Noor:51
إِنَّما كانَ قَولَ المُؤمِنينَ إِذا دُعوا إِلَى اللَّهِ وَرَسولِهِ لِيَحكُمَ بَينَهُم أَن يَقولواسَمِعنا وَأَطَعنا ۚ وَأُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ
Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. “Kami mendengar, dan kami patuh“. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
– Para sahabat tidak kata: “kami baca dan kami taat”, bukan? Dan kerana ini lah ada kelebihan kalau pengajian Qur’an itu secara talaqqi (berdepan dan didengar dari guru), bukan setakat baca sahaja. Qur’an asalnya diajar dalam bentuk bacaan. Maka kenalah cari kelas pengajian tafsir (yang berasaskan sunnah) supaya kita dapat faham Qur’an ini. Bacaan seperti penulisan ini hanyalah sebagai tambahan dari ilmu asas yang dipelajari di kelas pengajian.


Ayat 5:

كَلّا لَو تَعلَمونَ عِلمَ اليَقينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
No! If you only knew with knowledge of certainty…¹
  • The conclusion of this verse is estimated to be “…you would not have been distracted from preparing for the Hereafter.”
(MALAY)
Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,

كَلّا – Janganlah begitu.
لَو – kalaulah – kalimah yang menunjukkan perasaan menyesal.
لَو تَعلَمونَ – Kalaulah kamu semua tahu. Kalau kamu tahu nanti, kamu akan menyesal yang sesangat menyesal. Waktu itu dah rugi dah, sudah tidak boleh nak kembali ke dunia untuk memperbaiki diri mereka.
عِلمَ اليَقينِ – pengetahuan yang pasti.
اليَقينِ – dalam bahasa kita pun sudah dimasukkan perkataan ini – yakin/yaqin. Ianya tidak ada dalam bahasa Melayu kita kerana bahasa kita miskin. Tidak boleh diterjemahkan secara terus ke dalam bahasa kita, jadi kena dipinjam perkataan ini. Ianya tidak sama dengan ‘percaya’ sahaja. Ianya adalah pengetahuan yang didapati setelah ada ilmu. Kerana percaya sahaja boleh berlaku tanpa ilmu. Jadi, اليَقينِ itu adalah percaya sungguh-sungguh dan malah lebih kuat lagi dari iman. Macam kita pasti semalam telah berlaku. Dan bila kita yaqin, ita tidak fikirkan lagi samada ianya benar atau tidak lagi kerana dalam hati kita, kita tidak persoalkan lagi.  
Bagaimanakah penggunaan اليَقينِ dalam Qur’an? Dalam Qur’an, ianya digunakan untuk kematian (mawt.) Ini seperti yang digunakan dalam Hijr:99
وَاعبُد رَبَّكَ حَتّىٰ يَأتِيَكَ اليَقينُ
dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)
Oleh itu, ayat ini bermaksud beribadatlah kepada Allah sampai mati. Selagi tak mati, kena kerjakan ibadat kepada Allah. Kenapa digunakan اليَقينِ yang bermaksud mati dalam ayat ini? Ini adalah kerana orang Islam atau bukan Islam, mereka yaqin sesangat yaqin yang pasti itu mati. Kalau benda lain, belum tentu lagi, tapi kalau mati, semua orang akan mati. Katakanlah kita percaya seseorang itu akan berjaya – ini tidak boleh yaqin lagi kerana mungkin dia tidak akan berjaya – tapi kalau mati, dia pasti akan mati. Semua orang akan yaqin, tidak ada orang pun yang tidak akan terima.
nota: mereka yang jahil, termasuk ahli tarekat, mereka baca ayat Hijr:99 dengan maksud beribadat itu hanya sebelum yaqin dengan agama. Kalau dah yaqin, sudah tidak perlu solat lagi. Jadi mereka akan solat pakai niat sahaja dan kalau kita tanya  mereka kenapa tak solat, mereka akan kata: “kami tak payah solat kerana kami dah yaqin”. Ini adalah orang yang amat jahil yang senang sangat ditipu. Mereka itu sudahlah tidak belajar Qur’an, agama pun tak belajar, senang pula ditipu dengan penipu (guru-guru sesat mereka).
Kembali kepada perbincangan ayat ke 5 Surah Takthur ini, kita tahu yang ramai manusia boleh faham konsep Hari Akhirat, pengadilan di Mahsyar dan lain-lain lagi; tapi mereka tidak dapat menerimanya dengan mendalam dalam hati mereka – dalam ertikata lain, mereka tidak yaqin. Ini seperti yang disebut dalam al Jathiyah:32
وَإِذا قيلَ إِنَّ وَعدَ اللَّهِ حَقٌّ وَالسّاعَةُ لا رَيبَ فيها قُلتُم ما نَدري مَا السّاعَةُ إِن نَظُنُّ إِلّا ظَنًّا وَما نَحنُ بِمُستَيقِنينَ
Dan apabila dikatakan (kepadamu): “Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya”, nescaya kamu menjawab: “Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu, kami sekali-kali tidak lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak meyakini(nya)”.
Kembali kepada perbincangan tentang kalimah اليَقينِ, ada 3 jenis اليَقينِ dan kita kena faham ketiga-tiga jenis اليَقينِ ini. Kalau dah faham, baru faham ayat ini:
– عِلْمُ الْيَقِينِ – keyakinan berdasarkan kepada pengetahuan – ilmu. Sebagai contoh, kalau kita melihat asap, kita yakin bahawa ada api walaupun kita tidak nampak lagi api itu; atau kita lihat rumput basah di padang, maka kita yakin yang sebelum itu telah turun hujan; maknanya kita yakin dengan melihat tanda sahaja.
– عَيْنُ الْيَقِينِ – keyakinan berdasarkan kepada penglihatan. Kalau sebelum ini kita nampak asap, sekarang kita sudah pasti yang ianya memang api kerana kita nampak api itu sendiri dengan mata kita.
– حَقُّ الْيَقِينِ – keyakian yang lengkap. Kalau sebelum ini nampak api itu, tapi kalau kita pegang api itu, lengkaplah keyakinan kita bahawa itu memang api.
Dari ketiga-tiga keyakinan ini, Allah beri kita dua darinya semasa di dunia lagi. Iaitu عِلْمُ الْيَقِينِ dan حَقُّ الْيَقِينِ. Ini adalah kerana Qur’an ini adalah عِلْمُ الْيَقِينِ sebenarnya dari dalil-dalil yang ada yang diperkuatkan dengan kandungannya. Dan semakin kita kaji Qur’an ini, kita akan pasti yang ianya tidak mungkin tulisan manusia, tapi ianya datang dari Allah dan kita akan mendapat حَقُّ الْيَقِينِ. Tapi kita tidak akan dapat melihat Allah semasa kita di dunia, jadi kita tidak akan mendapat عَيْنُ الْيَقِينِ semasa di dunia. Kerana itu Allah sebut dalam ayat yang lain:
وَإِنَّهُ لَحَقُّ اليَقينِ
Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini. [Surah al Haqqah 69:51]
Oleh itu, kita boleh dapt حَقُّ الْيَقِينِ semasa di dunia. Oleh itu, boleh terus lompat dari عِلْمُ الْيَقِينِ ke حَقُّ الْيَقِينِ. Dan ini memang boleh berlaku; kadang-kadang kita dapatkan ilmu dengan kajian sains dan kajian empirikal. Akan tetapi kadang-kadang kita dapat rasakan terus dalam hati kita yang ini adalah kebenaran, bukan? Ini adalah ‘ihsan’ seperti dalam Hadis Jibrail. Dalam hadis itu, apabila Nabi ditanya apakah maksud ihsan, baginda jawap:
أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu.”
Di dalam hadis ini, ada sebut ‘melihat’ Allah, tapi seperti yang kita telah jelaskan, kita tidak akan dapat lihat Allah, bukan? Jadi, maksud melihat ini menerangkan tentang حَقُّ الْيَقِينِ dimana kita dapat ‘rasa’ dalam hati kita.
Tapi masalah dengan orang kafir adalah: mereka tidak mahu hendak mendapatkan عِلْمُ الْيَقِينِ itu, tapi kononnya mereka hendak عَيْنُ الْيَقِينِ. Kononnya mereka dah lihat baru mereka akan beriman. Mereka nak nampak dengan mata mereka, baru mereka nak beriman. Kononnya mereka itu orang sains, yang percaya apabila sesuatu itu boleh dilihat dan dikaji. Ini tidak mungkin terjadi kerana Allah berikan عِلْمُ الْيَقِينِ, bukan عَيْنُ الْيَقِينِ semasa di dunia ini. Kerana kita ini adalah manusia yang ada akal untuk digunakan untuk berfikir dan mencapai keputusan yang benar. Kalau binatang, memang memerlukan عَيْنُ الْيَقِينِ baru mereka akan bertindak (kalau nampak api, baru mereka akan lari dari tempat duduk mereka), tapi kita adalah manusia. Kalau diberi nasihat, kita dah boleh bertindak untuk menyelamatkan diri kita, bukan? Oleh kerana Allah telah beri kita akal yang tinggi, maka hujah-hujah dari Allah adalah dalam bentuk yang tinggi juga (iaitu wahyu).
Maka alangkah baiknya kalau mereka ada عِلْمُ الْيَقِينِ itu yang boleh didapati dengan kajian dan memikirkan tentang wahyu ilahi.


Ayat 6:

لَتَرَوُنَّ الجَحيمَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
You will surely see the Hellfire.
(MALAY)
nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,

الجَحيمَ – ia dari kalimah جحم yang bermaksud renungan singa semasa ia hendak menerkam mangsanya. Tenungan tajam singa itu akan menyebabkan mangsanya itu ketakutan dan boleh menyebabkannya terpaku tidak dapat bergerak. Digunakan kalimah ini untuk menjelaskan tentang neraka kerana sifat neraka itu pun begitu juga. Kita juga akan berhadapan dengan renungan neraka nanti.
ل dalam لَتَرَوُنَّ adalah lam taukid – penekanan. Selalunya digunakan untuk menjawap sumpah (qasm). Ia bermaksud ‘dengan pasti’; sebagai contoh: demi Allah, aku pasti akan buat …. memang lafaz qasm itu tidak disebut dalam ayat ini, tapi kerana ada ل, maka kita tahu yang qasm itu ada. 
Kemudian, dalam kalimah لَتَرَوُنَّ itu, kita boleh lihat syaddah pada huruf ن itu, yang menunjukkan bahawa ada dua ن. Satu ن sudah bermaksud penekanan dan kalau dua ن digunakan, itu menunjukkan dua kali penekanan. Dan ditambah lagi dengan huruf ل sebelum ini, maka ada 3 penekanan dalam ayat ini! Maknanya, ia bukan sahaja bermaksud “kamu pasti akan melihat”, tapi ia bermaksud “pastinya, kamu pasti, kamu pasti akan melihat”. Kamu pasti, pasti, pasti akan melihat neraka yang mahu menerkam kamu itu… Tapi adakah mereka yang leka itu sahaja yang akan melihat neraka itu?
وَإِن مِنكُم إِلّا وارِدُها ۚ كانَ عَلىٰ رَبِّكَ حَتمًا مَقضِيًّا
Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.
ثُمَّ نُنَجِّي الَّذينَ اتَّقَوا وَنَذَرُ الظّالِمينَ فيها جِثِيًّا
Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. [Maryam: 71-72]
Oleh itu, dari ayat dari Surah Maryam di atas ini, kita dapat tahu bahawa orang beriman yang menjadi ahli syurga juga nanti akan melalui neraka (melalui Titian Sirat) dan mereka akan pasti dalam melihat neraka itu!!! Selepas itulah baru mereka akan diselamatkan. Ini akan menambahlah lagi rasa syukur apabila masuk syurga kerana mereka akan nampak bagaimana malangnya kalau masuk neraka itu.
Tapi ada juga mufassir yang mengatakan, ayat ini adalah tentang mereka yang lalai seperti yang telah disebut dalam ayat 1. Pendapat ini mengatakan ia merujuk kepada mereka yang lalai dari agama.


Ayat 7:

ثُمَّ لَتَرَوُنَّها عَينَ اليَقينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Then you will surely see it with the eye of certainty.¹
  • i.e., with actual eyesight.
(MALAY)
dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin.

Kalimah ثُمَّ selalunya diterjemahkan: ‘selepas itu’, tapi dalam ayat ini, ianya membawa maksud – ‘lebih-lebih lagi’. Kerana mereka yang melihat neraka itu dengan mata sendiri, akan lebih yakin lagi. Ini adalah kerana ini adalah peringkat عَينَ اليَقينِ. 
Oleh itu, kalau kamu mahu percaya kepada neraka itu hanya dengan melihatnya (dah tengok baru kamu nak percaya), maka memang kamu pasti akan melihatnya. Waktu itu kamu akan percaya, tidak syak lagi. Tapi bila kamu dah melihatnya, itu adalah kerana kamu akan masuk ke dalamnya! Dan waktu itu sudah terlambat dah untuk berbuat apa-apa – sudah terlambat kalau baru nak beriman waktu itu.


Ayat 8:

ثُمَّ لَتُسأَلُنَّ يَومَئِذٍ عَنِ النَّعيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Then you will surely be asked that Day about pleasure.¹
  • i.e., the comforts of worldly life and whether you were grateful to Allāh for His blessings.
(MALAY)
kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan

Pada hari itu (Hari Akhirat itu) kamu pasti akan ditanya dengan segala nikmat yang kamu telah perolehi semasa kamu hidup di dunia dulu. Memang banyak nikmat yang telah diperolehi bukan? Semua itu akan ditanya satu persatu.
Huruf ل dalam لَتُسأَلُنَّ adalah satu penekanan.
Huruf ن dalam لَتُسأَلُنَّ juga adalah satu penekanan.
Ditambah lagi dengan satu lagi ن, (kerana ada syaddah) itu adalah penekanan lagi. Oleh itu, ada tiga kali penekanan dalam ayat ini sebagai penguat. Kamu pasti, pasti, pasti akan ditanya! Allah beri penekanan sampai tiga kali kerana Allah sedang murka. Kerana penggunaan kalimah sebegini bukan cara normal. Kalimah sebegini selalunya digunakan kalau marah. Adakah kita hendak Allah tanya kita sebegini cara?
Na’eem – has a Ya in it which means ‘extra continuous comforts’:
You will be asked because you were in a state of continuous blessing. What did you do with those luxuries? hidup senang, macam macam dapat. ianya tidak haram, tapi akan ditanya. 
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Al-Husain ibnu Ali As-Sada’i, telah menceritakan kepada kami Al-Walid ibnul Qasim, dari Yazid ibnu Kaisan, dari Abu Hazim, dari Abu Hurairah r.a. yang mengatakan bahawa ketika Abu Bakar dan Umar sedang duduk,’ maka datanglah Nabi Saw. kepada keduanya, lalu beliau Saw. bertanya, “Apakah yang membuat kamu berdua duduk di sini?” keduanya menjawab, “Demi Tuhan Yang telah mengutus engkau dengan hak, tiada yang menyebabkan kami keluar melainkan rasa lapar.” Nabi Saw. bersabda; “Demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, tidak ada yang mendorongku keluar selain dari alasan yang sama.” Lalu mereka pergi hingga sampai di rumah seorang lelaki dari kalangan Ansar, maka mereka disambut oleh seorang wanita, dan Nabi Saw. bertanya kepada wanita itu, “Kemanakah si Fulan (suaminya)?” Wanita itu menjawab bahawa suaminya sedang pergi untuk menyejukkan air minum buat dia dan keluarganya. Tidak lama kemudian datanglah orang yang dicari mereka dengan membawa qirbah wadah airnya, dan ia langsung berkata menyambut mereka, “Marhaban (selamat datang), tiada seorang tamu pun berkunjung kepada seseorang lebih afdal daripada Nabi yang hari ini datang berkunjung kepadaku.” Lalu ia menggantungkan qirbah wadah airnya ke pohon kurma dan ia pergi, kemudian datang lagi dengan membawa setandan buah kurma. MakaNabi Saw. bersabda kepadanya, “Bukankah engkau telah memetik buah kurmamu?” Lelaki itu menjawab “Aku ingin menghormati kalian dengan menyajikan makanan yang masih segar menurut kesukaan kalian.” Kemudian ia mengambil pisau besar (untuk menyembelih kambing), maka Nabi Saw. bersabda, “Janganlah kamu sembelih kambing yang sedang menyusui.” Ia menyembelih kambing buat mereka di hari itu dan mereka makan makanan yang telah disajikan, lalu Nabi Saw. bersabda:
“لَتُسْأَلُنَّ عَنْ هَذَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ. أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمُ الْجُوعُ، فَلَمْ تَرْجِعُوا حَتَّى أَصَبْتُمْ هَذَا، فَهَذَا مِنَ النَّعِيمِ”
Sungguh kamu akan ditanyai mengenai hal ini kelak di hari kiamat. Kamu keluar kerana terdorong oleh rasa lapar, dan sebelum pulang kamu telah mendapatkan semua ini, dan ini termasuk dari nikmat.
Imam Muslim meriwayatkannya melalui hadis Yazid ibnu Kaisan dengan sanad yang sama.
Aduh, bayangkan kata-kata Nabi itu dan bandingkan dengan apa nikmat yang kita sekarang sedang nikmati. Kita dapat banyak lagi nikmat dari itu dan bagaimanakah kita akan menjawapnya nanti? Kalau kita dapat banyak nikmat, lagi banyak soalan akan ditanya kepada kita nanti. Oleh itu kita kena bersedia untuk ditanya. Kita akan ditanya, dengan segala nikmat yang kita dapat itu, apa yang kita buat? Adakah kita taat kepada Allah? Adakah kita menjalankan perintahNya?
قَالَ التِّرْمِذِيُّ: حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، حَدَّثَنَا شَبَابَةُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْعَلَاءِ، عَنِ الضَّحَّاكِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَرْزَمٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّ أَوَّلَ مَا يُسْأَلُ عَنْهُ -يَعْنِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ-الْعَبْدُ مِنَ النَّعِيمِ أَنْ يُقَالَ لَهُ: أَلَمْ نُصِحّ لك جسمك، ونُرْوكَ من الماء البارد؟ “
Imam Turmuzi mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdu ibnu Humaid, telah menceritakan kepada kami Syababah, dari Abdullah ibnul Ala, dari Ad-Dahhak ibnu Abdur Rahman ibnu Arzab Al-Asy’ari yang mengatakan bahwa ia pernah mendengar Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi Saw. pernah bersabda: Sesungguhnya yang mula-mula dipertanyakan kepada seorang hamba —yakni di hari kiamat nanti— mengenai kesenangan ialah dikatakan kepadanya. Bukankah Kami telah menyehatkan tubuhmu dan memberimu minum dengan air yang sejuk?” Imam Turmuzi meriwayatkannya secara munfarid.
Maknanya, segala nikmat itu adalah hutang pada kita. Kalau kita lakukan seperti yang Allah suruh, maka hutang itu terbayar, tapi kalau kita tidak lakukan seperti yang Allah kehendaki, maka malanglah kita nanti.
Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sunan Turumuzi serta Sunan Nasai dan Sunan Ibnu Majah telah disebutkan melalui hadis Abdullah ibnu Sa’id ibnu Abu Hindun, dari ayahnya, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:
“نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ: الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ”
Ada dua macam nikmat yang banyak memperdaya kebanyakan manusia, yaitu kesehatan dan waktu luang.
Makna yang dimaksud dari hadis ini ialah bahawa mereka melalaikan mensyukuri kedua nikmat tersebut dan tidak mengerjakan apa yang seharusnya dilakukan terhadap keduanya. Dan barang siapa yang tidak menunaikan suatu hak yang diwajibkan atas dirinya, maka dia adalah orang yang terperdaya.
Segala kesenangan yang kita ada itu adalah ujian buat kita sebenarnya. Oleh itu, jangan kita sangka yang kalau kita banyak dapat kesenangan, kita disayangi oleh Allah. Ini adalah salahfaham dalam agama Kristian. Mereka sangka, kalau mereka dapat kesenangan di dunia, itu tanda yang Tuhan sayang kepada mereka. Ini adalah pandangan salah. Kita kena tahu bahawa dunia ini adalah ujian sahaja. Kalau senang, itu adalah ujian kepada yang kaya dan kalau susah, itu juga adalah ujian kepada yang miskin. Dengan ertikata lain, susah dan senang itu kedua-duanya adalah ujian.
Tapi tidaklah kita katakan kesenangan itu buruk pula, tidak. Kesenangan, kekayaan dan kenikmatan itu tidaklah buruk sampai tidak boleh ada; tapi ianya tidaklah baik juga. Kena terima sebagai ujian dari Allah. Kalau kita hidup dengan senang, tapi kita bertaqwa, itu tidak menjadi masalah. Seperti sabda Nabi:
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Amir alias Abdul Malik ibnu Amr, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Sulaiman, telah menceritakan kepada kami Mu’az ibnu Abdullah ibnu Habib, dari ayahnya, dari pamannya yang mengatakan bahawa kami berada di suatu majlis, lalu muncullah Nabi Saw., sedangkan di kepala baginda terdapat bekas air. Maka kami berkata, “Wahai Rasulullah, kami melihat engkau dalam keadaan senang.” Rasulullah Saw. menjawab, “Ya.” Kemudian orang-orang berbincang-bincang tentang kekayaan. Maka Rasulullah Saw. bersabda:
“لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنِ اتَّقَى اللَّهَ، وَالصِّحَّةُ لِمَنِ اتَّقَى اللَّهَ خَيْرٌ مِنَ الْغِنَى، وَطِيبُ النَّفْسِ مِنَ النَّعِيمِ”
Tidak mengapa kekayaan itu bagi orang yang bertakwa kepada Allah, dan sehat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa kepada Allah daripada kekayaan, dan senang hati lebih baik daripada kesenangan. Ibnu Majah meriwayatkannya dari Abu Bakar ibnu Abu Syaibah, dari Khalid ibnu Makhlad, dari Abdullah ibnu Sulaiman dengan sanad yang sama.
Kalimah النَّعيمِ itu bermaksud ‘nikmat yang berpanjangan’ kerana ada ي di dalamnya, bukan النَّعمِ sahaja. Dan itulah yang kita selalu dapat – makanan yang tidak putus, air yang sentiasa sahaja ada, kebolehan melihat, mendengar, bercakap dan macam-macam lagi. Itulah nikmat yang kita sentiasa sahaja dapat. Dan ada banyak lagi kesenangan yang kita ada. Tapi kadang-kadang kita tidak puas lagi dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang kita rasa, apa yang akan ditanya kepada kita, sedangkan bukan kita dapat banyak pun kenikmatan dunia kalau dibandingkan dengan orang lain? Tapi lihatlah apa kata Rasulullah SAW:
Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Abdullah Az-Zahrani, telah menceritakan kepada kami Hafs ibnu Umar Al-Adni, dari Al-Hakam ibnu Aban, dari Ikrimah yang mengatakan bahwa ketika ayat ini diturunkan, yaitu firman-Nya: kemudian kalian pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kalian megah-megahkan di dunia itu). (At-Takatsur: 8) Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, nikmat apakah yang kami dapatkan, sesungguhnya kami hanya makan roti gandum untuk mengganjal perut kami?” Maka Allah mewahyukan kepada Nabi-Nya: Katakanlah kepada mereka, “Bukankah kamu mengenakan terompah dan minum air yang sejuk? Itu adalah termasuk nikmat.”

Penutup:
Surah ini dimulakan dengan nikmat dunia yang melalaikan dan melekakan dari mengingat Allah dan dari agama dan persediaan kepada akhirat (Ayat 1). Dan surah ini diakhirkan (Ayat 8) dengan mengatakan bahawa kita akan ditanya dengan segala nikmat yang kita ada dapat semasa hidup di dunia. Kalau kita dapat ingat bahawa segala nikmat itu akan ditanya nanti, maka segala apa yang kita ada dalam bentuk nikmat, sepatutnya mengingatkan kita kepada Allah dan kepada akhirat. Sebagai contoh, apabila kita dapat makan, maka ingatlah yang kita akan ditanya. Dan kerana kita selalu dapat makan, maka selalulah kita akan ingat kepada Allah dan kepada akhirat, bukan? Itulah maksudnya, nikmat-nikmat itu tidak sepatutnya menjadikan kita leka, tapi sebagai pemangkin untuk ingat kepada Allah dan akhirat.
Apabila dikatakan yang nikmat itu ‘diberi’ kepada kita, maksudnya ia pada asalnya bukanlah hak kita, bukan? Dan kita pun patut tahu yang apa yang diberi boleh diambil balik. Termasuk dengan nyawa kita. Dan bila nyawa kita diambil, kita akan masuk ke dalam kubur (Ayat 2).
Antara nikmat yang kita dapat adalah Qur’an ini dan Sunnah dari Rasulullah. Bukan semua manusia dapat nikmat ini, bukan? Oleh kerana ini pun adalah nikmat juga, maka kita akan ditanya apa yang kita buat dengan dua nikmat utama ini? Apa yang kamu buat dengan nikmat Islam yang kamu ada itu? Tamai yang tidak dapat, tapi kita dapat, bukan? Maka adakah kita sampaikan nikmat itu kepada orang lain? Ini adalah perkara yang penting untuk kita ingat.
Allahu a’lam. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah al-Asr.

x

No comments:

Post a Comment