x
Surah Asy-Syams - سورة الشمس
[91:1 - 91:8] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.'
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
(Asy-Syams 91:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 595 - ٥٩٥
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
(Asy-Syams 91:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 595 - ٥٩٥
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
(Asy-Syams 91:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 595 - ٥٩٥
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
(Asy-Syams 91:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 595 - ٥٩٥
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
(Asy-Syams 91:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 595 - ٥٩٥
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
(Asy-Syams 91:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 595 - ٥٩٥
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
(Asy-Syams 91:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 595 - ٥٩٥
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
(Asy-Syams 91:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 595 - ٥٩٥Tafsir Surah ash-Syams Ayat 1 – 8 (Tentang nafs)
Pengenalan:
Surah ini bermaksud ‘matahari’ kerana ada banyak merujuk kepada matahari dalam surah ini.
Dalam surah al-Balad sebelum ini, Allah telah menceritakan tentang dua jalan (وَهَدَيناهُ النَّجدَينِ) yang Allah ilhamkan kepada manusia. Itulah perkara yang paling penting dalam surah Balad itu. Dalam surah Syams ini, Allah menceritakan dengan lebih mendalam tentang dua jalan itu.
Surah ini tentang perbezaan akidah antara manusia. Sementara surah alLayl pula tentang perbezaan amal.
Ayat 1: Allah bersumpah dengan matahari dan cahayanya.
وَالشَّمسِ وَضُحاها
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Ash-Shams: The Sun.
By the sun and its brightness
(MALAY)
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
Allah bersumpah demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; Kalimah ضُحى ada beberapa terjemahan. Ada yang mengatakan ianya adalah waktu di waktu pagi hari – yang selalu dikenali di tempat kita sebagai waktu dhuha dan ada juga yang kata ianya bermaksud sepanjang hari selagi ada cahaya matahari. Tapi pendapat yang selalu diterima adalah ianya adalah waktu pagi, tapi waktu pagi yang cahaya matahari belum panas lagi. Keadaan cuaca waktu itu amat senang sekali kerana sudah terang jadi senang nampak semua benda, tapi tidak panas terik lagi, jadi suasana aman dan sedap sahaja.
Sebenarnya ada dua sumpah di sini kerana ada huruf وَ di antara dua sumpah itu:
- dengan matahari
- dengan cahaya dhuha. Dan memang cahaya dhuha itu datang dari matahari lah juga.
Matahari itu besar, maka Allah bersumpah dengannya. Ianya amat besar sampaikan ada yang menyembahnya kerana kesesatan mereka dan kerana jauh dari ajaran tauhid. Sebab itu Allah tak benarkan solat waktu matahari terbit dan tenggelam. Kerana itu adalah waktu penyembah matahari sedang menyembah matahari. Allah tidak mahu ada yang keliru dengan mengatakan umat Islam pun ada sembah matahari juga. Umat Islam tidaklah melakukan perkara ini kerana kita tahu kebesaran matahari itu dari kebesaran Allah taala.
Dan tentu ada kepentingan waktu Dhuha itu sampaikan Allah juga bersumpah dengannya.
Ayat 2: Ini sumpah yang kedua.
وَالقَمَرِ إِذا تَلاها
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [by] the moon when it follows it
(MALAY)
dan bulan apabila mengiringinya,
Dan bulan yang mengiringinya, iaitu mengiringi matahari; bila matahari jatuh, bulan akan timbul. Bulan sentiasa ikut pergerakan matahari dan bulan tidak akan mendahului dari matahari. Bulan dan matahari bergilir keluar dan tidak pernah keluar dalam masa yang sama. Hingga akhirnya akan sampai kepada satu masa, dimana bulan akan bertembung dengan matahari dan keduanya akan hancur berkecai. Masa itu habis semua akan hancur kerana itu adalah Hari Kiamat. Waktu itu sudah tiada lagi Sistem Bimasakti. Dan matahari yang mula-mula akan lari dari paksi apabila ia akan terbit dari barat.
Kalimah تلى bermaksud ‘mengikuti’, ‘mengiringi’. Dari perkataan ini juga digunakan kalimah tilawah (macam Tilawah Quran) kerana semasa seseorang membaca Quran, dia sedang mengikuti tulisan pada teks Quran.
تلى juga boleh bermaksud bulan mengambil cahaya dari matahari, kerana bulan bukannya ada cahaya sendiri. Ini pemahaman dari mufasir salaf yang juga sudah tahu tentang perkara ini. Kalau zaman moden ini, kita semua tahu bahawa bulan tidak ada cahaya tapi kalau ia bercahaya di malam hari, itu adalah pantulan dari cahaya bulan sahaja dan bukanlah cahaya itu dari dirinya sendiri.
Ayat 3: Sumpah ketiga.
وَالنَّهارِ إِذا جَلّاها
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [by] the day when it displays it¹
- The earth. Also interpreted as the sun. The same applies to the following verse.
(MALAY)
dan siang apabila menampakkannya,
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; iaitu memperlihatkan cahaya matahari. Sebab siang hari menunjukkan kegemilangan cahaya matahari. Oleh itu dhomir ها dalam جَلّاها merujuk kepada matahari.
تجَلّا digunakan dalam Bahasa Arab Klasik untuk merujuk kepada seorang isteri yang mencantikkan dirinya untuk pandangan lelakinya. Oleh itu, apabila digunakan kalimah جَلّاها, itu bermaksud Allah menjadikan siang untuk menunjukkan keindahan cahaya matahari kerana waktu itulah bersinarnya cahaya matahari dengan cemerlang. Allah jadikan siang untuk menjelaskan cahaya matahari.
Ayat 4: Sumpah keempat.
وَاللَّيلِ إِذا يَغشاها
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [by] the night when it covers [i.e., conceals] it
(MALAY)
dan malam apabila menutupinya,
Dan malam apabila ia menyelubunginya, iaitu menyelubungi cahaya matahari. Sekali lagi Allah menggunakan perkara yang berlaku setiap hari sebagai sumpah. Allah mahu kita lihat perkara yang terjadi setiap hari itu dengan pandangan yang baru. Memang kita setiap hari tengok matahari dan bulan, tapi kita mungkin jarang mengaitkan bulan dan matahari itu dengan kekuasaan Allah.
Dari ayat 1 sampai 4 adalah berkenaan dengan matahari (walaupun tentang bulan tapi ia berkenaan cahaya matahari juga). Mufassir berpendapat yang sebenarnya Allah hendak mengaitkan matahari itu dengan nafs manusia.
Ayat 5: Sumpah kelima.
وَالسَّماءِ وَما بَناها
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [by] the sky and He who constructed it
(MALAY)
dan langit serta pembinaannya,
Allah sekarang mengalihkan pandangan kepada langit pula. Menunjukkan ketakjuban terhadap kehebatan langit. Ingatlah yang Allah lah yang membina langit itu. Tapi Quran tidak menggunakan perkataan ‘من’ dalam ayat ini, tetapi menggunakan perkataan ‘ما’ – yang bermakna ‘apa’.
Ini menghairankan sedikit kerana kalimah ما digunakan untuk sesuatu yang tidak bernyawa juga. Jadi kenapa digunakan kalimah ما juga? Jadi, ia membawa maksud Maa masdariyyah iaitu hendak menunjukkan ketakjuban. Takjub kepada kuasa Allah yang mampu menjadikan langit itu. Maknanya menjadi: lihatlah langit dan segala binaannya. Begitulah, apabila kita lihat kepada langit itu, kita dapat rasakan kekuasaan Allah. Kalau Allah boleh jadikan langit yang amat hebat itu, tentulah Allah berkali-kali ganda lagi hebat, sampaikan tidak terbayang kepada kita.
Apabila digunakan بنى, maknanya langit itu tidak sedia ada, tapi dijadikan kemudian, dibina kemudian. Oleh itu langit itu ada asalnya dan ia dijadikan oleh Allah. Betapa cantiknya langit itu yang dijadikan oleh Allah sampaikan kita tidak nampak langsung ada kecacatan pada langit itu.
Ayat 6: Sumpah keenam.
وَالأَرضِ وَما طَحاها
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [by] the earth and He who spread it
(MALAY)
dan bumi serta penghamparannya,
Allah jadikan bumi itu rata untuk kita senang hidup di atasnya. Tidaklah bumi ini permukaannya berair sentiasa, atau berbukit sahaja di mana-mana. Allah hamparkan untuk kita supaya mudah kita hidup di atasnya. Ayat ini tidaklah sebagai dalil untuk mengatakan bumi ini leper. Bumi tetap berbentuk sfera dan jangan terpedaya dengan perbincangan zaman sekarang tentang bumi ini rata.
Semua sumpah-sumpah yang telah disebutkan adalah makhluk besar dan hebat. Tapi tentunya yang paling hebat adalah Tuhan yang menciptakannya. Kalau kita tengok komputer yang hebat, tentulah orang yang menciptanya lagi hebat, bukan? Dan siapakah yang membuat manusia? Tentulah Allah yang Maha Besar. Komputer dan segalanya kita tengok dah hebat dah tapi siapakah yang boleh buat matahari, bulan langit dan bumi?
Sekali lagi kalimah ما dalam ayat ini adalah maa al mawsoolah – kalimah takjub kepada Dzat yang menjadikan bumi ini dan segala hamparannya, iaitu Allah.
Dalam ayat 1 – 6, Allah bercerita tentang matahari dan bulan, siang dan malam, langit dan bumi. Allah menarik perhatian kita untuk memikirkan kepentingan dan kehebatan ciptaan-ciptaan itu. Itulah gunanya sumpah qasam itu, untuk menarik perhatian kita supaya kita melihat kembali ciptaan-ciptaan Allah itu.
Seterusnya, kalau kita perhatikan, keempat-empat perkara itu ada perlawanan antara mereka. Matahari lawannya bulan, siang lawannya malam, langit lawannya bumi. Tapi semuanya dijadikan untuk kita. Siang untuk memudahkan kita bekerja dan hidup. Dan malam menyeliputi kita untuk berehat. Ada masa untuk malam dan ada masa untuk siang. Semua perkara itu Allah jadikan sempurna dan bergerak dengan cantik dan teratur sekali. Tentulah hebat sekali Allah kerana dapat menjadikan keharmonian itu.
Ayat 7: Sekarang dah masuk kepada perkara yang baru. Selepas disebut tentang perkara-perkara yang di luar, sekarang Allah sebut tentang diri kita pula.
وَنَفسٍ وَما سَوّاها
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [by] the soul and He who proportioned it¹
- i.e., balanced and refined it, creating in it sound tendencies and consciousness.
(MALAY)
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
Iaitu penciptaan nafs yang sempurna dengan dibekali fitrah yang lurus lagi tegak, seperti yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْها لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِMaka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Ar-Rum: 30)
Allah telah menjadikan nafs dan yang menjadikannya seimbang. Ini mengajar kita untuk kena ada keseimbangan antara keperluan dunia dan spiritual.
Dari segi bahasa, lihatlah bagaimana dalam sumpah-sumpah sebelum ini, ada ال [i.e. الشَّمسِ, القَمَرِ, النَّهارِ, اللَّيلِ, السَّماءِ, الأَرضِ) yang dinamakan alif lam makrifah. Tapi dalam kalimah نَفسٍ, tidak ada penggunaan ال. Kenapa agaknya? Ulama mufassir membincangkan bahawa ketiadaan ال ini adalah kerana ayat ini adalah kemuncak dalam surah ini. Ada perkara penting yang hendak ditekankan di sini. Kerana itulah ada perbezaan dari segi stail yang digunakan – sebelum ini semua menggunakan ال dan sekarang tidak ada pula. Ulama membincangkan bagaimana ada ayat-ayat yang macam ‘benih’ dan ada ayat-ayat yang macam ‘bunga’. Sumpah-sumpah sebelum ini adalah ibarat ‘benih’ yang membawa kepada ‘bunga’ di dalam ayat ini.
Kalimah سوى bermaksud mengambil sesuatu yang tidak seimbang, kemudian menyeimbangkannya. Perbuatan ini dinamakan: taswiyah; atau buat sesuatu bangunan dan jadikan ia dalam bentuk yang seimbang.
Dalam ayat ini, Allah menceritakan tentang nafs. Allah suruh kita memikirkan bagaimana ianya seimbang dan hebatNya Allah yang menjadikannya seimbang.
Nafs adalah sesuatu dalam diri kita yang menjadikan kita ingat kepada Allah, dan Allah yang menjadikan nafs itu, juga sedang melihat bagaimana kita menggunakan nafs itu. Adakah kita menggunakannya dengan cara yang baik atau tidak?
Idea kesimbangan memang dicari-cari oleh manusia dari dulu lagi. Sebab itu adalah perbincangan tentang golongan kiri dan kanan; yin/yang; sifat kemanusia/sifat kebinatangan; tenaga baik/tenaga buruk; fizikal/spiritual; dan macam-macam lagi. Perkara-perkara ini memang dibincangkan oleh ahli pemikir dan ahli falfasah. Mereka telah merasakan bahawa diri kita ini bukan terdiri dari diri yang fizikal sahaja, tapi ada terdiri juga dari diri yang metafizikal. Maknanya, bukan dalam Islam sahaja yang membincangkan perkara ini.
Kalau zaman moden, pakar psikologi pun mengkaji dan membincangkan tentang perkara ini. Cuma zaman sekarang, mungkin ramai yang tengok perkara yang fizikal sahaja dan tidak memikirkan tentang perkara dalaman seperti perkara ini. Tambahan pula orang dah banyak tengok sains sahaja sekarang dan sudah tidak melihat perbincangan ahli falfasah tentang perkara ini. Mereka suka dengan sains kerana sains berurusan dengan perkara fizikal yang boleh dipegang dan dilihat.
Tapi begitu pun ahli psikologi membuat kajian, mereka masih lagi tidak dapat menjawab persoalan: apakah tentang personaliti seseorang dan kenapa seorang berbeza dengan orang lain? Jawapan tentang perkara ini tidak ada kata sepakat dalam ahli falsafah dan ahli psikologi. Dan dalam Quran ada disentuh tentang perkara ini. Tapi tidak diberikan penerangan mendalam kerana ini adalah tentang roh dan roh tidak dijelaskan kerana ianya adalah urusan Allah. Akan tetapi, selain dari roh, ada juga disebut tentang qalb, tentang nafs. jadi ada perkara yang boleh dibincangkan, dikaji dan diperhatikan. Kita kena kaji kerana Allah lah yang menjadikan diri kita dan roh kita; dan Dia juga yang menjadikan qalb dan nafs kita. Maka Dia juga yang lebih tahu bagaimana hendak menjaganya. Pertama sekali kita kena tahu yang kita bukan terdiri dari badan fizikal sahaja tapi kita terdiri dari banyak perkara lain: ada benda yang tidak nampak seperti roh, nafs dan qalb.
Apakah maksud Allah apabila Allah kata yang Dia menyeimbangkan nafs itu? Semasa Allah mencipta manusia, Allah mengambil tanah liat dan meniup roh ke dalam tanah liat itu dan menjadikannya manusia yang bernafas dan hidup. Jadi, diri kita terdiri dari fizikal (tanah liat) dan metafizikal (roh). Keperluan fizikal kita datang dari tanah seperti makan dan minuman, pasangan hidup dan lain-lain kerana ianya dijadikan dari tanah. Sedangkan keperluan roh kita tidak dapat diisi dari apa yang datang dari dunia ini kerana ianya bukan terjadi dari dunia. Kerana itu apabila perut kita lapar, kita cari makanan dari bumi dan apabila roh kita lapar, kita perlukan sesuatu yang bukan dari dunia, tapi terus dari Allah – iaitu wahyu.
Kedua-dua makanan itu penting. Maknanya, kita ada dua elemen dan kedua-dua elemen itu kena seimbang. Kita tidak boleh beri makan satu pihak sahaja dan biarkan yang lagi dalam kelaparan. Oleh itu, kalau kita biarkan juga, ia akan menyebabkan ketidakseimbangan. Akhirnya kalau extreme sangat, ia akan membunuh salah satu darinya. Kalau kita beri makanan fizikal tanpa mengisi keperluan spiritual, ia akan membunuh diri kita yang spiritual. Begitu juga, kalau kita isi keperluan spiritual sahaja, seperti yang dilakukan oleh rahib-rahib yang menolak terus keperluan fizikal mereka, telah menyebabkan kerosakan juga.
Malangnya, dalam Islam juga ada yang melakukan kesilapan ini. Mereka itu kononnya memanggil diri mereka ahli sufi. Mereka bercita-cita untuk menolak terus dunia ini, mereka lakukan dengan pakai pakaian yang lusuh dan tidak selesa, makanan yang tidak sedap, menahan diri dari tidur dan makan dan macam-macam lagi. Semua ini tidak ada dalam Islam tapi diambil dari agama lain, seperti amalan rahib Kristian, Sami Hindu dan monk penganut Buddha. Apa yang mereka amalkan adalah ketidakseimbangan. Jangan lupa bahawa Allah telah menjadikan kita dari dua elemen fizikal dan metafizikal dan dua-dua kena diberi makanan masing-masing. Kita kena juga makan, bersuami isteri, berpakaian dengan cantik (tapi dalam lingkungan syariat yang dibenarkan). Tapi malangnya, amalan dan cara hidup kesufian ini terkenal juga di kalangan anak-anak muda yang tertipu dengan mereka yang kononnya islamik. Tapi mereka itu amat jauh dari agama Islam yang benar. Tapi mereka tidak tahu amalan agama yang sebenar kerana mereka tidak ada ilmu, dan mereka tidak ada ilmu kerana syaitan akan sibukkan mereka dengan amalan zikir dan lain-lain amalan bidaah yang bukan dari Islam. Hasilnya, mereka terus hidup dalam kejahilan kerana tidak sempat untuk belajar. Setiap hari dihabiskan masa berjam-jam dengan zikir dan menari.
Jadi, kita ada fizikal dan kita ada roh. Di tengah-tengahnya adalah qalb. Di dalam qalb inilah emosi kita terletak, penyakit hati, iman, cinta, harap, takut, kegembiraan, cemburu dan sebagainya. Apabila ia berada di tengah-tengah, ia ditarik kepada dua elemen fizikal dan metafizikal itu – jasad dan roh. Kedua-duanya cuba menarik qalb ke arah mereka. Jadi, sentiasa sahaja ada kegawatan di dalam qalb seorang manusia. Usaha kita adalah untuk menyeimbangkan antara keduanya dan ini tidak senang. Kalau qalb hanya dengar kepada satu pihak sahaja, maka ketidakseimbangan akan berlaku dan ini akan menyebabkan kerosakan kepada manusia itu.
Kita katakan bahawa roh dan jasad kedua-duanya menarik perhatian qalb, bukan? Bagaimanakah cara mereka melakukannya? Bagaimana mereka menarik perhatian hati itu? Mereka menggunakan pancaindera yang sampai kepada hati itu. Dengan cara lihat dan dengar. Oleh kerana itulah, kalau kita memberi perhatian kepada wahyu, ianya seumpama cahaya memasuki qalb itu.
Kalau kita berikan perhatian kepada cahaya wahyu itu, maka ia akan bertemu dengan fitrah yang sudah ada dalam diri kita dan kita akan mencapai keharmonian. Fitrah itu Allah telah berikan kepada kita, semasa kita dilahirkan. Rasulullah Saw. telah bersabda:
«كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُولَدُ الْبَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ؟»Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanya lah yang menjadikannya seorang Yahudi, atau seorang Nasrani, atau seorang Majusi. Sebagaimana haiwan ternak yang melahirkan anaknya dalam keadaan utuh, maka apakah kamu pernah melihatnya ada yang cacat?
Kita semua telah diberikan oleh fitrah dari Allah yang sudah ada dalam diri kita dari kita dilahirkan lagi. Fitrah itu adalah ‘nur’ dalam diri kita. Iman juga adalah ‘nur’. Oleh itu, apabila cahaya iman masuk ke dalam diri kita, cahaya bertambah dalam diri kita. Ditambah lagi dengan cahaya dari wahyu. Maka inilah yang dikatakan ‘cahaya atas cahaya’ seperti yang disebut dalam Surah Nur (Ayat 35). Inilah keharmonian yang kita cari.
Kita telah beritahu bahawa qalb (hati) itu sentiasa ditarik antara kehendak fizikal dan kehendak spiritual. Dalam perkara ini, Allah gunakan kalimah nafs yang ditarik ke sana dan ke sini. Sekejap ke sana dan sekejap ke sini. Kalau terlalu mengikut kehendak fizikal, nafs akan rasa bersalah dan inilah yang dinamakan nafsul lawwamah. Orang yang memiliki nafsu lawwamah sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya semalam dia telah melakukan dosa dan perkara maksiat yang dilarang di sisi agama . Hari ini dia sedar akan kesilapannya kerana terlalu mengikut nafsu, lalu ia insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran orang lain. Nafsu ini disebut dalam Qiyamah:2. Apabila ia sedar dan berusaha untuk memperbaiki dirinya ia kembali kepada keseimbangan dan ia menjadi nafs mutmainnah – jiwa yang tenang. Nafsu ini adalah nafsu yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Nafsu ini telah mendapat rahmat Allah S.W.T. dan manusia yang mendapatkan nafsu ini akan mendapat redha Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Orang ini akan mendapat “husnul Khatimah” di akhir hidupnya sebagai pintu menuju syurga Allah S.W.T. kalau dia dapat terus mengekalkan dirinya dalam nafs mutma’innah. Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkanhatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan ujian Allah. Allah berfirman tentang perkara ini dalam Fajr:27-30.
Akan tetapi, amat sukar untuk mengekalkan nafs kita pada tahap itu. Kerana fizikal dan spiritual sentiasa menarik-narik dan hendakkan perhatian qalb itu. Ianya terpulang kepada mana satu yang kita lebih banyak dengar? Malangnya, ramai yang ikut kehendak fizikal sahaja dan menidakkan terus kehendak spiritual, itulah yang dinamakan nafs ammarah. Allah sebut tentang nafsu ammarah bi su’ ini dalam Yusuf:53.
Antara yang menyebabkan mereka jadi begitu adalah kerana syaitan yang membisikkan perkara-perkara yang buruk juga. Imam Bukhari dan Imam Muslim mengetengahkannya melalui riwayat Abu Hurairah, sedangkan di dalam Sahih Muslim disebutkan melalui riwayat Iyad ibnu Hammad Al-Mujasyi’i, dari Rasulullah Saw. Disebutkan bahwa Rasulullah Saw. telah bersabda:
«يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِنِّي خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ فَجَاءَتْهُمُ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ»Allah Swt. berfirman, “Sesungguhnya Aku menciptakan hamba-hamba-Ku dalam keadaan hanif (menyimpang dari kebatilan dan cenderung kepada perkara haq). Kemudian datanglah syaitan-syaitan yang menyesatkan mereka dari agamanya.
Ayat 8: Apa lagi yang Allah telah berikan kepada nafs?
فَأَلهَمَها فُجورَها وَتَقواها
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And inspired it [with discernment of] its wickedness and its righteousness,
(MALAY)
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Telah ada dalam diri manusia perasaan tak sedap hati bahawa kalau dia buat salah kerana dia sendiri sudah tahu yang perbuatannya itu berdosa. Bukanlah Allah ilhamkan untuk buat jahat, tapi Allah ilhamkan bahawa sesuatu perbuatan itu jahat. Dan dia tahu yang dia ada potensi untuk buat jahat kerana Allah telah benarkan kita buat apa yang kita mahu. Buatlah apa sahaja, tapi ingat, di akhirat nanti kamu akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan kamu itu.
Ilham adalah sesuatu perasaan dan pengetahuan yang Allah telah letakkan dalam hati manusia – ianya lebih kuat lagi dari fakta. Sesetengah orang mungkin menggelarnya naluri hati. Kerana naluri hati ini kadangkala lebih kuat rasanya dari fakta. Kadang-kadang ada orang telah beritahu yang seseorang itu telah melakukan jenayah tapi naluri hati kita ‘tahu’ yang dia sebenarnya tidak lakukan. Walaupun fakta menunjukkan yang dia telah melakukan jenayah itu, tapi kita tahu yang dia tidak melakukannya, maka kita cari jalan untuk membebaskan orang itu. Begitulah rasanya.
Apakah bezanya dengan wahyu? Wahyu digunakan secara umum kerana manusia boleh dapat wahyu dan binatang pun boleh dapat juga (sebagai contoh, lebah dapat wahyu dalam Nahl 16:68). Sedangkan ilham ini khusus kepada makhluk yang ada akal. Diberikan ilham ini supaya manusia jadi kukuh dalam sesuatu perkara. Sebagaimana kita rasa kukuh dalam hati kita bahawa sesuatu perbuatan itu berdosa dan salah. Sebagai contoh, kita tidak perlukan ayat Quran pun untuk beritahu yang mencuri itu bersalah atau memukul orang lain itu salah, bukan? Orang kafir pun tahu perkara ini. Jadi dari manakah datang perasaan ini? Itulah yang dinamakan ilham. Allah telah siap-siap masukkan dalam diri manusia. Inilah hadiah dari Allah untuk kita semua.
فُجورَ bermaksud mengoyak dan membebaskan diri dari pihak yang berkuasa atas diri kita. Ianya adalah pemberontakan. Dan seperti kita telah katakan, nafs sudah kenal siapakah yang berkuasa (Allah) dan mereka melawan kehendak Allah itu. Walaupun mereka tahu apa yang mereka lakukan itu salah, mereka tetap lakukan juga. Memang mereka kenal, sebagaimana kalau orang atheist pun akan kata begini kalau dia buat salah: “aku rasa tak sedap hati”. Ini adalah kerana memang dia telah ada ilham dalam dirinya.
Oleh itu, maksud فُجورَ dalam ayat ini merujuk kepada Allah telah memberi ilham kepada nafs to kenal yang dirinya boleh buat kesalahan dan telah buat kesalahan. Mereka kenal mana yang salah. Memang telah diprogramkan (guna bahasa moden) untuk kenal mana yang salah dan mana yang tidak. Dan bila dia lakukan juga, dia akan rasa bersalah kerana dia telah melawan rasa hati sendiri. Jadi maksud ayat ini, bukanlah Allah yang ajar فُجورَ, tapi Allah bagi perasan supaya manusia tahu kalau mereka telah buat kesalahan. Ianya seperti alat penggera dalam diri kita. Manusia akan tahu, tak kisah samada dia seorang muslim atau tidak, belajar agama atau tidak, semua orang ada perasaan ini. Sebagai contoh, kalau seseorang nak mencuri pertama kali, dia akan takut sahaja, badan berpeluh-peluh, jantung bergolak kencang. Dan kalau orang itu nak curi juga, dia kena tutup naluri yang ada itu, senyapkan, buat-buat tak dengar, matikan perasaan itu.
Oleh itu, lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam, dia akan dapat rasa yang dia telah buat salah, walaupun dia tidak tahu apakah hukumnya lagi. Dia belum jumpa dalam hukum, samada perkara itu salah atau tidak. Dan kalau dia terus kalau buat sahaja, terus rasa tak sedap. Jadi sebenarnya, ‘fatwa’ pertama kali diberikan oleh diri kita sendiri. Oleh itu, ada orang yang apabila buat dosa, mulalah dia tanya kepada ustaz yang dia kenal, dia tanya “salahkah perbuatan itu?” (dia tidak kata dia yang buat, cuma nak tahu sahaja, dia kata). Dia mula tanya (selalu tak jumpa ustaz pun) sebab dia sudah rasa tak sedap hati dah. Dan bila ustaz itu kata, memang salah pun, dia jadi semakin bersalah. Kemudian dia tanya lagi orang lain (dia akan cari juga orang yang kata boleh buat perkara itu), sampailah dia jumpa ustaz atau orang yang ‘macam’ ustaz, yang kata, ada ‘pendapat’ yang kata boleh. Barulah dia rasa sedap hati sikit. Kemudian dia cari ‘ustaz google’ lagi, sampailah jumpa pendapat yang kata boleh buat, barulah hati dia lega. Tapi sebenarnya, hati dia dah tahu pun.
Ramai orang akan cuba menutup perasaan bersalah dalam diri mereka. Mereka cuba benamkan ilham fitrah yang sudah ada dalam dirinya. Berbagai cara manusia akan lakukan. Sebagai contoh, ramai yang gunakan alasan-alasan bodoh untuk mengurangkan perasaan bersalahnya itu. Sebagai contoh, kalau dia dah mencuri, dia kata: “alah, aku bukan bunuh orang pun, curi sikit jer…” Ini adalah teknik membandingkan kesalahan yang telah dilakukannya itu dengan kesalahan yang lebih teruk lagi. Memanglah kalau dah bandingkan begitu, kesalahannya nampak kurang, tapi ia tetap bersalah. Itu semua adalah alasan dan teknik nak sedapkan hati sahaja, tapi dalam diri dia, dia dah tahu yang dia dah buat salah dah.
Kemudian وَتَقواها – Allah beri taqwa kepada nafs itu. Taqwa, seperti yang kita telah selalu sebut, menjaga hukum, sedar tentang Allah sentiasa memerhatikan kita, menjaga segala perbuatan kita, berhati-hati. Termasuk dalam maksud taqwa adalah takut kepada Allah.
Maksudnya, nafs telah diberi program untuk menjaga dirinya dari melakukan dosa atau kesalahan. Ini adalah kerana mereka takut kepada azab dari Allah. Kerana nafs memang sudah kenal Allah. Oleh itu, Allah sudah beri kehendak menjaga diri dari melakukan dosa. Perasaan tidak mahu buat sesuatu dosa itu kerana takut kepada kesannya nanti. Kerana nafs sudah tahu, kalau buat juga, akan kena balasan dari Allah kerana nafs memang sudah kenal Allah pun. Jadi taqwa itu menjaga dua perkara: jaga diri dari diri kita jadi teruk dan juga dari dikenakan dengan hukuman.
Kalau kita kaitkan dengan surah sebelum ini, dalam surah al-Balad Allah telah menyebut tentang dua jalan – najdain. Dalam ayat ini, kita dapat tahu bahawa dua jalan itu adalah fujoor dan taqwa.
Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment