Tafsir Surah al-Kawthar: Pengenalan
Pengenalan:
Musyrikin Mekah berdoa supaya Nabi Muhammad tidak dapat anak lelaki kerana mereka benci sangat kepada baginda. Dan mereka takut kalau baginda ada keturunan, mereka akan susah pula untuk berhadapan dengan anaknya pula. Oleh itu mereka tidak mahu baginda ada baka langsung. Kerana pad amereka, baginda seorang pun susah dah untuk dilayan, apatah pula kalau ada lagi seorang. Maka kerana keinginan mereka itu, Allah turunkan surah ini untuk beritahu yang orang yang benci kepada baginda, mereka itulah yang putus baka sebenarnya, bukan Nabi Muhammad SAW. Kerana itu mereka tidak ada keturunan, dan kalau ada pun, keturunan mereka pun tidak mengaku pun, contohnya, anak cucu Abu Lahab tidak akan mengaku pun yang mereka itu keturunan Abu Lahab atau Abu Jahal kerana malu sangat.
Begitulah kesan kalau orang yang benci Nabi Muhammad, benci sunnah Nabi, mereka memang tidak selamat baka mereka. Maka kita kenalah berhati-hati dengan perkara ini. Jangan kita termasuk orang yang menghina dan mengutuk sunnah Nabi Muhammad SAW.
Surah-surah yang di akhir-akhir juz ini adalah tentang Nabi Muhammad SAW. Penting untuk kita mengkajinya supaya kita tahu apakah yang baginda lalui dan apa yang baginda lakukan. Kerana kita kena terus mengambil tugas baginda untuk menyampaikan agama ini kepada manusia, maka kita kena ambil contoh dari baginda. Beginilah cara untuk tunjuk cinta kepada baginda, bukannya melalak selawat di majlis-majlis tertentu, reka selawat yang tidak diajar oleh baginda, buat qasidah di stadium dan dewan besar, sambut mawlid dan sebagainya. Kita semua sayang baginda dan mahu contohi baginda. Tapi bagaimana cara kita melakukannya yang berbeza – ada yang ikut cara sunnah dan ada yang ikut cara bidaah.
Penting untuk kita tahu perjalanan dakwah Rasulullah SAW kerana ianya menjadi contoh kepada kita. Kita yang dalam menjalankan kerja dakwah ini juga akan melaluinya. Tapi selalunya tidaklah seteruk apa yang baginda lalui. Maka, kita pun tentulah rasa tenang sedikit dan terubat gundah gulana itu; terdetiklah dalam hati kita: “apa yang aku lalui ini tidaklah seteruk apa yang baginda lalui…”
Surah al-Kawthar ini diturunkan di Mekah dan ia adalah surah yang menceritakan tentang nikmat besar yang Allah berikan kepada baginda Rasululullah SAW. Dan betapa sayangnya Allah kepada baginda. Disebut tentang pemberian kepada baginda dalam hal dunia dan di akhirat kelak.
Ayat 1 surah ini menyebut tentang nikmat yang diberikan kepada baginda; ayat 2 pula memberitahu yang baginda kena bersyukur atas nikmat-nikmat itu; ayat 3 pula memberitahu bahawa mereka yang memusuhi Nabi disumpah. Mereka tidak akan dapat nikmat dunia dan akhirat (berlawanan dengan apa yang Nabi dapat); inilah ringkasan surah ini.
Kaitan surah ini dengan surah sebelumnya:
Dalam Surah Ma’un, Allah telah memberitahu 4 sifat buruk orang kafir (musyrikin atau munafik). Mari kita lihat satu persatu dan kaitannya dengan Surah Kawthar ini:
1- Bukhl – bakhil/kedekut dan menolak anak yatim jauh dari mereka dan tidak menggalakkan memberi makan kepada mereka yang susah. Mereka tidak menolong dan menggalakkan kerana mereka takut orang akan tanya balik kepada mereka: kenapa mereka sendiri tidak tolong orang susah?
1- Bukhl – bakhil/kedekut dan menolak anak yatim jauh dari mereka dan tidak menggalakkan memberi makan kepada mereka yang susah. Mereka tidak menolong dan menggalakkan kerana mereka takut orang akan tanya balik kepada mereka: kenapa mereka sendiri tidak tolong orang susah?
2 – Lalai tentang solat. Kerana mereka tidak mementingkan solat, mereka tidak kisah tentang solat. Mereka ambil acuh tak acuh sahaja dan mereka tidak kisah pun kalau mereka tertinggal solat. Mereka juga akan solat dihujung waktu sahaja kerana ianya tidak penting pada mereka, jadi mereka seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
3 – Menunjuk-nunjuk di dalam solat. Mereka tidak ikhlas di dalam solat mereka, dimana kalau mereka solat, itu adalah kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada orang lain (riak) supaya orang nampak mereka seperti seorang yang warak.
4 – Mereka tidak mahu membantu orang lain, walaupun dengan bantuan yang kecil yang tidak menyusahkan mereka pun (al-Ma’un). Begitu teruk sekali mereka itu. Padahal benda kecil itu bukan menyusahkan dan merugikan mereka pun.
Itulah 4 perkara utama yang disebut dalam Surah al-Ma’un. Bagaimana kesinambungan tentang 4 perkara ini dalam Surah al-Kawthar pula? Kita akan lihat bagaimana 4 perkara ini ada timbal baliknya dalam Surah al-Kawthar ini:
1 – Bukhl disebut dalam Surah al-Ma’un. Dan dalam Surah al-Kawthar ini disebut tentang banyak nikmat yang diberikan – dan bila diberikan nikmat, maka kenalah juga memberi kepada orang lain (berlawanan dengan bukhl). Ini mengingatkan kita supaya jangan jadi bakhil. Banyak sangat perkara yang Allah berikan kepada kita dari berbagai bentuk rezeki, maka kenalah kita juga bantu orang lain. Ini seperti yang diingatkan kepada Quraish dalam Surah Quraish dimana Allah ingatkan nikmat yang banyak diberikan kepada mereka.
2 – Dalam Surah Ma’un telah disebut bagaimana mereka tidak menjaga solat mereka. Dan dalam Surah Kawthar ini akan disebut tentang arahan solat dari Allah. Allah suruh Rasulullah dan orang Islam untuk menjaga solat dan jangan main-main dengan solat.
3 – Dalam Surah Ma’un disebut bagaimana mereka menunjukkan solat mereka (riak). Dalam Surah Kawthar ditekankan yang kita solat فَصَلِّ لِرَبِّكَ (Solat kerana Allah). Apabila kita solat kerana Allah, maka kita solat dalam ikhlas dan bukannya menunjuk kepada orang lain.
4 – Surah Ma’un menyebut tentang orang kafir yang tidak mahu membantu, walaupun dalam perkara yang kecil-kecil. Dalam Surah Kawthar ini disebut tentang نحَر (korban) iaitu sembelihan korban. Dalam berkorban, memerlukan pengeluaran wang. Dan selepas binatang dikorbankan, dagingnya diserahkan kepada orang yang memerlukannya. Dengan mengeluarkan wang dan memberi daging sembelihan kepada orang lain, memerlukan kita untuk membunuh sifat bakhil, tamak dan kedekut dan mengajar kita untuk memberi walaupun dalam kadar yang sedikit.
Jadi kita sudah nampak bagaimana ada tautan antara dua surah yang berturutan ini. Dengan mengetahuinya, menambahkan rasa kagum kita dengan susunan surah-surah dalam Qur’an. Sususan ini bukanlah susunan yang biasa atau tidak sengaja tapi memang disusun begitu oleh Allah.
Akhir sekali, kita telah belajar sifat mereka yang tidak menerima dakwah Nabi Muhammad dan memusuhi baginda – disebut sifat-sifat mereka dalam Surah al-Ma’un. Dan dalam Surah Kawthat ini disebut pula nasib mereka – mereka akan menjadi الأَبتَرُ yang akan diterangkan nanti dalam penerangan ayat satu persatu.
Sekian, Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment