Senarai

Menu

Pages - Menu

Pages

Pages - Menu

Monday, October 15, 2018

Tafsir Surah al-Ghasyiyah Ayat 1 – 16 (Penat buat bidaah)

x
x

Surah Al-Ghaasyiyah - سورة الغاشية

[88:1 - 88:16] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.'

88_1
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
(Al-Ghaasyiyah 88:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_2
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
(Al-Ghaasyiyah 88:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_3
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
(Al-Ghaasyiyah 88:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_4
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
(Al-Ghaasyiyah 88:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_5
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
(Al-Ghaasyiyah 88:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_6
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
(Al-Ghaasyiyah 88:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_7
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
(Al-Ghaasyiyah 88:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_8
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
(Al-Ghaasyiyah 88:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_9
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
(Al-Ghaasyiyah 88:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_10
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
(Al-Ghaasyiyah 88:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_11
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
(Al-Ghaasyiyah 88:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_12
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
(Al-Ghaasyiyah 88:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_13
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
(Al-Ghaasyiyah 88:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_14
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
(Al-Ghaasyiyah 88:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_15
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
(Al-Ghaasyiyah 88:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_16
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
(Al-Ghaasyiyah 88:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

x

Tafsir Surah al-Ghasyiyah Ayat 1 – 16 (Penat buat bidaah)


Pengenalan:
Di dalam surah sebelum ini (al-A’la) telah disebut tentang dua golongan, iaitu golongan yang baik dan golongan kufur. Surah itu diakhiri dengan golongan yang akan masuk ke dalam neraka kerana mereka melebihkan dunia. Dan mereka inilah yang disebut pada awal surah ini.


Ayat 1: Ini adalah khitab kepada Nabi Muhammad. Ia mengandungi takhwif ukhrawi kerana disebut tentang Hari Kiamat.

هَل أَتاكَ حَديثُ الغاشِيَةِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Al-Ghāshiyah: The Overwhelming, one of the names of the Resurrection.
Has there reached you the report of the Overwhelming [event]?
(MALAY)
Sudah datangkah kepadamu berita (tentang) hari pembalasan?

الغاشِيَةِ adalah salah satu dari nama Hari Kiamat. Memang banyak nama yang Allah berikan untuk hari kiamat sebagai menerangkan sifat-sifat hari kiamat itu.
Kita tahu yang ayat ini adalah khitab kepada Nabi Muhammad kerana kalimah أَتاكَ. Kalau sebelum ini dalam surah al-A’la (بَل تُؤثِرونَ الحَياةَ الدُّنيا Ayat 16), Allah terus bercakap kepada mereka yang melebihkan dunia dan sekarang ada iltifad kepada khitab kepada Nabi Muhammad pula. Ini adalah kerana Allah sudah tidak mahu bercakap dengan mereka.
Kalimah هَل أَتاكَ ada lagi dalam Quran seperti dalam Surah Taha, Buruj dan banyak lagi surah-surah lain. أَتى bermaksud ‘datang’, tapi begitu juga dengan kalimah جاء. Jadi kenapa digunakan kalimah أَتى dalam ayat ini? Ini adalah kerana kalimah جاء digunakan untuk benda yang besar, yang susah dan yang kecil sedikit digunakan kalimah أَتى sahaja. Oleh itu, apabila surah itu menceritakan tentang kejadian Hari Kiamat yang tentunya menceritakan tentang kejadian yang besar-besar, digunakan kalimah جاء. Akan tetapi apabila hanya disebut tentang berita sahaja seperti dalam ayat ini, maka kalimah أَتى digunakan.
Kenapa Allah tanya Nabi Muhammad pula samada berita itu telah sampai kepada baginda? Untuk memahaminya, kita kena bayangkan situasi dalam kelas yang pelajarnya telah gagal dalam peperiksaan mereka. Maka guru besar telah datang jumpa guru kelas itu semasa di dalam kelas. Guru kelas itu memang sudah ajar dah anak murid dia, tapi anak murid sahaja yang malas. Maka guru besar datang dan tanya guru kelas itu di hadapan pelajarnya: “bukan cikgu dah ajar kah mereka ini?” Soalan itu bukanlah untuk menegur guru itu tapi sebenarnya hendak menegur pelajar-pelajarnya, bukan? Begitulah Allah menegur mereka yang gagal dalam kehidupan mereka, masih lagi hendak melebihkan dunia dari akhirat. Padahal maklumat tentang akhirat telah disampaikan dalam suhuf-suhuf Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. Mereka sepatutnya sudah tahu tentang perkara itu, tapi mereka masih lagi tidak ambil pengajaran?
Kenapa pula Allah gunakan kalimah حَديثُ dalam ayat ini? Kalimah ini telah banyak kali kita telah bertemu. Selalunya ianya digunakan untuk perkara yang baru; ataupun perkara lama, tapi kerana telah lama terjadi dulu, sampaikan manusia sudah lupa, jadi ianya seperti perkara baru apabila disampaikan kembali kepada manusia. Tujuan Allah adalah kerana hendak suruh manusia lihat kembali perkara itu dengan mata yang baru, dengan nafas yang baru.
الغاشِيَةِ dari kalimah غشي telah digunakan dalam Yunus:27. Ia bermaksud meliputi sesuatu dengan sepenuhnya. Kalimah ini digunakan dalam ayat ini sebagai merujuk kepada keadaan Hari Kiamat kerana pada hari itu, ia akan meliputi seluruh alam. Kiamat akan bermula dari langit dan langit itu meliputi dunia dan apabila Hari Kiamat berlaku, segala kejadian untuk akan meliputi bumi dan seluruh alam ini. Ianya adalah satu keadaan yang menakutkan sekali. Jadi, jangan diambil ringan.
Allah hendak memberitahu, walaupun manusia sibuk dengan dunia, tapi bila datangnya hari kiamat nanti, kejadian itu akan meliputi manusia. Mereka sibuk dengan dunia, tapi segala itu tidak bermakna lagi apabila kiamat datang kerana kiamat itu hebat dan besar sekali sampai manusia akan terlupa tentang perkara-perkara lain. Mereka akan lupakan perkara lain kerana fikiran mereka akan terpanggil untuk menangani keadaan di hari kiamat nanti, kerana ianya tidak boleh dipinggirkan.
Bila Allah tanya tentang ghasyiyah dalam ayat ini, ia adalah pemberitahuan yang memang telah datang sebelum ini. Seperti apabila kita tanya seseorang: “bukan kamu dah tahu kah tentang perkara ini?” Jadi soalan itu bukan soalan, tapi soalan retorik sahaja kerana nak ingatkan sahaja yang memang perkara itu telah disampaikan sebelum itu. Maknanya, persoalan ini adalah: Bukankah perkara ini telah disampaikan kepada kamu dulu?
Dan memang berita tentang ghasyiyah itu telah disampaikan dulu, dan sekarang akan diberitahu lagi supaya diingat balik dalam nafas yang baru.


Ayat 2: Allah beritahu apa yang akan terjadi pada hari itu.

وُجوهٌ يَومَئِذٍ خاشِعَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
[Some] faces, that Day, will be humbled,
(MALAY)
Banyak muka pada hari itu tunduk terhina,

Ramai wajah-wajah akan tunduk takut pada hari itu. Bukan semua wajah, tapi ramai. Ini memberi isyarat bahawa ada kumpulan lain yang tidak tunduk takut. Dan nanti memang kita akan bertemu dengan ayat tentang ahli syurga pula. Cuma dalam ayat ini, ianya tentang ahli neraka. Wajah mereka akan tunduk takut, terhina kerana malu sangat.
خاشِعَةٌ bermaksud takutkan sesuatu sampai otot-otot menjadi lumpuh, jadi lemah. Iaitu takut yang sampai kesannya terbawa kepada tubuh badan. Takut itu bukan sahaja pada hati tapi sampai membawa kepada tubuh. Ini lebih tinggi lagi lagi dari kalimah يَخشىٰ yang dipakai dalam Surah al-A’la (ayat 10) sebelum ini.
Khusyuk inilah yang sepatutnya kita rasa apabila sembahyang, rasa takut sampai kepada tubuh badan kita sekali berdiri dalam keadaan tunduk kepada Allah kerana takut. Kalau kita sedar yang kita sedang mengadap Allah, dan kita pun faham apa yang kita lafazkan dalam solat, in sha Allah kita akan dapat perasaan khusyuk itu.
Orang kafir tidak khusyuk tunduk kepada Allah semasa mereka di dunia, maka di akhirat nanti mereka akan khusyuk juga akhirnya. Mereka tidak takut kepada Allah semasa di dunia, maka mereka akan takut nanti di akhirat. Orang mukmin takut kepada Allah semasa di dunia lagi dan kerana itu mereka akan selamat di akhirat.


Ayat 3:

عامِلَةٌ ناصِبَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Working [hard] and exhausted.¹
  • Another accepted meaning is “They were working hard and exhausted,” i.e., doing deeds during worldly life which did not benefit them since they were not accompanied by faith or done for the acceptance of Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā).
(MALAY)
bekerja keras lagi kepayahan,

Mereka bekerja keras sampai penat lelah. Kalimah ناصِبَةٌ itu bermaksud penat sangat sampai nampak penat itu pada muka. Kalau kita lihat orang yang baru bekerja lama, kerja keras, kita tahu yang mereka penat kerana nampak pada muka mereka, bukan?
Ayat ini memberitahu keadaan ahli neraka semasa di dunia. Mereka sibuk mencari dunia semata-mata. Mereka bekerja keras untuk naik pangkat, dapat projek lebih banyak lagi, supaya perniagaan bertambah maju, anak isteri hidup dengan mewah dan sebagainya. Malangnya, mereka itu sepanjang masa mereka sibuk tentang kerja mereka sampaikan keluarga mereka terabai, kesihatan mereka terabai, dan yang lebih teruk lagi, agama mereka terabai. Penat sahaja mereka bekerja tapi tidak ada gunanya kerana bukan itu perkara yang paling penting. Segala apa yang mereka cari itu adalah untuk dunia yang sementara sahaja sedangkan mereka lupakan akhirat yang lebih penting.
Atau mereka buat kerja keras dalam amal ibadat semasa di dunia, tapi untuk amal ibadat yang bukan disuruh oleh agama Islam. Maknanya beribadat penat lelah sampai muka mereka pun sudah nampak penat. Mereka ke sana ke sini buat amalan bidaah. Berzikir dengan zikir yang tidak ada dalam syariat, sampai beribu malah berjuta; mereka berqasidah di stadium melalak-lalak; mereka luangkan masa bersuluk di dalam hutan, dalam kubur, dalam kelambu; mereka buat solat yang tidak ada dalam agama; mereka buat amal ibadat bidaah yang lain. Amalan bidaah itu memenatkan mereka sahaja, buang masa dan harta mereka sahaja, tapi tidak ada nilai pahala di sisi Allah kerana ia termasuk dalam perkara yang mereka agama.
Atau, mereka sibuk dengan amalan yang baik dan yang sunnah, tapi mereka tidak kemas dalam hal tauhid, sampaikan mereka melakukan perkara yang berlawanan dengan tauhid. Mereka buat perkara-perkara yang syirik kerana mereka tidak tahu bahawa itu adalah syirik kerana mereka mempelajari tentang tauhid. Mereka belajar tentang amal ibadat sahaja, tapi dalam masa yang sama, mereka buat perkara yang salah dalam agama. Mereka berdoa kepada selain Allah, mereka menyembah atau buat ibadat kepada ilah yang lain, mereka bertawasul kepada Nabi, wali dan malaikat; dan macam-macam lagi.


Ayat 4: Mereka buat banyak amal, tapi akhirnya masuk neraka juga.

تَصلىٰ نارًا حامِيَةً

(SAHEEH INTERNATIONAL)
They will [enter to] burn in an intensely hot Fire.
(MALAY)
memasuki api yang sangat panas (neraka),

Mereka akan ‘memasukkan’ diri mereka ke dalam neraka yang panas membakar, bukan mereka ‘dimasukkan’. Ini adalah kerana kalimah تَصلىٰ adalah dalam bentuk aktif. Ini adalah sebagai penghinaan kepada mereka, kerana mereka masuk sendiri. Bagaimana mereka masuk sendiri? Kerana tubuh mereka tidak ikut cakap mereka lagi tapi ikut perintah Allah dan Allah akan suruh mereka masuk ke dalam Neraka.
تَصلىٰ adalah athaf kepada وُجوهٌ (dalam bentuk jamak taksir) dalam ayat 2 sebelumnya. Oleh itu wajah-wajah mereka akan masuk sendiri ke dalam neraka. Kenapa wajah yang masuk dahulu? Ini adalah kerana selalunya kalau jadi sesuatu, muka lah yang kita akan jaga dahulu, bukan? Sebagai contoh, kalau ada orang nak pukul kita, selalunya kita akan tahan muka kita dulu, bukan? Ini adalah kerana tabiat manusia. Walaupun tabiat manusia akan menjaga wajah, tapi mereka tetap akan masukkan muka mereka dahulu ke dalam neraka. Begitulah keadaan mereka di akhirat kelak.
Kalimah حامِيَةً dari kalimah حمي yang bermaksud ‘menahan sesuatu dari terjadi’. Digunakan dalam ayat ini sebagai sifat api dalam neraka itu. Walaupun api itu sangat panas tapi api itu ditahan dari membakar terus tubuh badan. Ini adalah kerana Allah hendak terus menyeksa ahli neraka dengan api itu. Kalau badan mereka terbakar dan hancur, tidaklah rasa sakit lagi sedangkan deria rasa ada pada kulit. Jadi kulit tidak rosak, tapi ia akan merasa kepanasan api yang sangat panas itu.
Oleh itu, mereka yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah mereka yang sangka mereka telah selesai kerja beramal di dunia, mereka sangka akan dapat balasan yang baik, tapi sebenarnya mereka masuk ke dalam neraka kerana mereka melakukan perkara yang syirik dan mereka juga melakukan perkara-perkara bidaah.
Atau mereka yang sibuk bekerja di dunia sampai penat, tapi pekerjaan dan usaha mereka itu tentang dunia sahaja dan mereka tidak bersedia dengan amalan untuk dibawa ke akhirat.
Begitulah pernah Saidina Umar tengok orang Kristian yang sibuk beramal dan beliau menangis; apabila ditanya kenapa, beliau jawap kerana beliau lihat mereka susah payah buat amalan tapi mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
Al-Hafiz Abu Bakar Al-Barqani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibrahim ibnu Muhammad Al-Muzakki, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ishaq As-Siraj, telah menceritakan kepada kami Harun ibnu Abdullah, telah menceritakan kepada kami Sayyar, telah menceritakan kepada kami Ja’far; ia pernah mendengar Abu Imran Al-Juni mengatakan bahawa Umar ibnul Khattab r.a. melewati sebuah gereja yang dihuni oleh seorang rahib, maka Umar memanggilnya, “Hai rahib!” Lalu si rahib muncul; maka Umar memandangnya dan menangis. Kemudian ditanyakan kepada Umar, “Mengapa engkau menangis, hai Amirul Mu’minin?” Umar menjawab, bahawa ia teringat akan firman Allah Swt. yang mengatakan: bekerja keras lagi kepayahan, memasuki api yang sangat panas. (Al-Ghasyiyah: 3-4) Itulah yang menyebabkan aku menangis.
Maka, kita kenalah berhati-hati dengan amalan kita. Jangan kita buat banyak amalan, tapi amalan yang bidaah sahaja yang banyak. Cubalah untuk tidak buat langsung amalan bidaah. Tinggalkan dan jangan campur dengan mereka yang mengamalkan amalan bidaah itu.


Ayat 5: Dah masuk neraka, apakah makan minum mereka di sana?

تُسقىٰ مِن عَينٍ آنِيَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
They will be given drink from a boiling spring.
(MALAY)
diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas.

Masih lagi athaf kepada wajah. Maknanya, muka akan diberi minum. Allah gunakan muka, kerana segala perasaan manusia ternampak dari muka samada takut, marah, sombong dan sebagainya. Dan kalau diberi minum pun, ia akan diberi kepada mulut. Mulut mereka akan dimasukkan dengan air yang menggelegak.
عَينٍ bermaksud ‘mata air’. Mata air yang selalunya keluar dari tanah. Mata air ini menjadi kesukaan orang Arab kerana mereka kekurangan air, jadi kalau jumpa mata air, mereka teramatlah sukanya. عَينٍ juga digunakan untuk mata kerana mata mengeluarkan air, bukan? Dan yang cantik pada mata pun dipanggil عَينٍ juga.
Tapi mataair yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah air yang keluar dari neraka. Tidaklah seperti yang kita selalu lihat di dunia ini. Jadi Allah gunakan perkara yang selalunya untuk perkara yang kita suka, tapi Allah jadikan dalam bentuk yang amat buruk sekali sebagai azab dan sebagai ejekan bagi mereka. Allah pastikan yang ini bukanlah mata air yang baik kerana Allah tambah dengan kalimah آنِيَةٍ yang bermaksud air yang sedang menggelegak. Bayangkan mereka diberi minum dengan air yang menggelegak. Dan bukan menggelegak di dunia, tapi di neraka nanti! Tidak dapat dibayangkan bagaimana panasnya air itu. Kalau air menggelegak di dunia pun kita sudah tidak tahan, apatah lagi air di neraka nanti. Dalam surah yang lain, ada disebut bagaimana ahli neraka akan diberi air yang apabila air itu dekat dengan muka sahaja, bibir akan terkiat kerana panasnya air itu.


Ayat 6: Selepas disebut tentang minuman, disebut tentang makanan pula. Apa pula makanan ahli neraka itu?

لَيسَ لَهُم طَعامٌ إِلّا مِن ضَريعٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
For them there will be no food except from a poisonous, thorny plant
(MALAY)
Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri,

Tidak ada makanan bagi mereka kecuali pokok-pokok yang berduri. Ini bukan penjara dunia yang ada makanan yang boleh dimakan. Makanan yang ada amat buruk sekali. Tapi mereka akan berasa lapar sangat dan mereka akan mencari makanan. Tapi makanan yg ada hanyalah dari pokok yg berduri. ضَريعٍ asalnya adalah rumpai laut yang mentah atau sejenis tumbuhan berduri di Tanah Arab yang sering dikenali sebagai asy-Syibriq. Tumbuhan itu berduri dan juga beracun. Manusia dan binatang tidak boleh memakannya kecuali unta sahaja kerana bibir dan mulutnya yang tebal. Binatang-binatang lain tak datang dekat pun. Selain dari ضَريعٍ, makanan lain yang disebut dalam Neraka adalah Zaqqum. Memang tak menarik makanan-makanan itu akan tetapimereka akan mencari makanan itu juga kerana mereka lapar sangat. Bila mereka cari, mereka cuma nampak tumbuhan itu sahaja, maka mereka kena juga makan.
Sampai makanan dalam neraka pun disebut kerana ini adalah satu peringatan yang keras kerana mereka yang masih degil. Kalau dibandingkan, Surah al-A’la sebelum ini adalah sedikit lembut dan Surah Ghasyiya ini keras sikit.


Ayat 7: Apabila diberitahu tentang makanan dalam neraka, mereka yang degil itu kata dengan mengejek: kalau macam itu, tidaklah terus sangat, unta pun boleh makan… kami pun bolehlah makan juga.. Maka Allah jawap dalam ayat ini.

لا يُسمِنُ وَلا يُغني مِن جوعٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Which neither nourishes nor avails against hunger.
(MALAY)
yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar.

Allah beritahu yang makanan yang disebut dalam ayat sebelum ini tidak يُسمِنُ, iaitu tidak akan menggemukkan mereka. Ini adalah kerana makanan itu tidak ada khasiat langsung.
Mungkin ada orang yang tidak kisah kalau makan tidak menggemukkan, tidak ada zat kerana kalau di dunia pun memang dah ramai orang makan makanan macam tiu. Maka Allah tambah lagi, makanan itu tidak akan menghilangkan rasa lapar. Makan banyak mana pun tidak menghilangkan lapar, maka mereka akan tetap makan dan tetap makan. Selalu kita kalau dah makan dan kenyang, tengok makanan pun tidak mahu. Tapi bayangkan mereka makan itu, mereka masih makan lagi kerana tak hilang rasa lapar. Sedangkan itu adalah makanan berduri dan apabila mereka memakannya, ia menambah azab kepada mereka yang bertambah-tambah. Ini pun azab juga. Maka kena kenanglah, adakah nak hidup macam ini atau hidup senang di syurga?


Ayat 8: Selepas disebut tentang keadaan orang-orang di neraka, sekarang iltifad kepada kisah orang mukmin pula. Jadi ini adalah ayat tabshir.

وُجوهٌ يَومَئِذٍ ناعِمَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
[Other] faces, that Day, will show pleasure.
(MALAY)
Banyak muka pada hari itu berseri-seri,

Wajah orang mukmin pada hari itu akan berseri-seri segar. ناعِمَ bermaksud muka yang gembira apabila menerima hadiah. Wajahnya berseri segar kerana gembira sangat waktu itu. Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka.
Orang mukmin banyak yang menghadapi banyak dugaan semasa hidup mereka di dunia. Tapi di akhirat nanti wajah mereka akan bergembira. Dan untuk dapat nikmat itu, kenalah berusaha semasa di dunia lagi. Orang mukmin kena buat amalan yang sunnah, jangan jadi macam mereka yang sibuk buat amalan bidaah tapi ahirnya kena masuk neraka juga. Biarlah kita berusaha tapi berusaha dalam amalan yang sunnah sahaja.


Ayat 9: Allah beritahu kenapa mereka gembira.

لِسَعيِها راضِيَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
With their effort [they are] satisfied
(MALAY)
merasa senang karena usahanya,

Kepada amalan mereka, mereka akan redha dan suka. Mereka dulu bersusah payah melakukan ibadat yang sunnah semasa di dunia dan sekarang mereka berbangga dan redha dengan apa yang mereka telah lakukan. Antara yang mereka lakukan adalah berdakwah ajaran tauhid dan sunnah kepada manusia. Mungkin semasa berdakwah mereka telah dicerca tapi pada hari kebangkitan, mereka akan suka dengan apa yang telah mereka lakukan. Allah telah memberi mereka peluang untuk menjalankan kerja-kerjaNya.
سَعيِ makna berjalan laju. Maksudnya mereka sibuk dalam melakukan amal kebaikan sesuatu kerana masa hidup mereka terhad. Mereka berusaha dan beriya-iya menjalankan sesuatu kerja kerana hendak menyiapkan kerja itu dengan segera. Semasa di dunia, macam-macam kerja yang mereka lakukan, termasuk perkara selain dari hal agama, tapi bukan perkara itu yang dimaksudkan dalam ayat ini. Mereka gembira kerana melihat usaha mereka yang menyebabkan mereka masuk syurga itu – usaha itu sahaja. Bukan semua perbuatan mereka di dunia. Kerana ada banyak juga perkara yang tidak penting yang mereka lakukan semasa di dunia. Maka hendaklah kita memperbanyakkan perkara yang akan menyebabkan kita gembira. Kerana nanti di akhirat apabila manusia melihat amalan mereka, yang baik dan tidak baik, mereka akan berharap semoga semua amalan dan perbuatan mereka di dunia itu adalah perbuatan baik-baik belaka. Dia akan menyesal kalau dia melihat dia dulu membuang masa semasa di dunia dengan perkara-perkara yang tidak penting. Mungkin dia tidak buat salah, tapi dia akan rasa sia-sia kerana masa banyak tidak digunakan untuk kebaikan. Dia akan menyesal kerana sepatutnya dia sibuk (سَعيِ) dengan amalan kebaikan dan kerja-kerja yang menambah pahala bagi dirinya. Kerana peluang itu tidak datang lagi kerana kita hidup sekali sahaja di dunia. Jadi, ini mengingatkan kita untuk memilihlah apa yang kita hendak buat di dunia ini; jangan buat perkara buang masa macam main Pokeman Go, walaupun tidak jelas keharaman perkara itu, tapi kita ada peluang buat benda baik, kenapalah nak buat benda buang masa?
Kadang-kadang memang kena paksa diri kita untuk buat kebaikan; kerana tidak sama perasaan semasa buat perkara yang buang masa macam tengok wayang dan sebagainya kalau dibandingkan dengan amal kebaikan. Rasanya lebih senang nak buang masa dari buat perkara kebaikan, bukan? Begitu juga dengan derma: kalau sepuluh ringgit untuk derma, rasa rugi sahaja, tapi kalau untuk beli barang di supermarket, tidak kisah pun kalau habis sepuluh ringgit malah lagi banyak pun dari itu. Ini kerana penilaian kita sudah tidak sama. Oleh itu, maka memang kena paksa diri kita untuk buat kebaikan kerana kita akan bergembira nanti dengan apa yang kita lakukan. Maka jangan kita ikut perasaan sangat untuk buat benda yang tidak berfaedah. Kerana kalau kita ikut perasaan kita, kita akan buat perkara buang masa sahaja kerana itulah yang nafsu mahukan.
Alangkan baiknya kalau hati kita memang suka untuk buat perkara yang baik; salah satu usaha yang kita boleh lakukan adalah dengan membersihkan diri dari perkara-perkara buruk. Jangan fikirkan tentang perkara buang masa, perkara lagha, perkara yang syubhat. Apabila hati sudah bersih, maka dia akan rasa suka untuk buat amal kebaikan. Waktu itu baru rasa kemanisan iman. Maka, jangan semakkan fikiran kita dengan perkara-perkara lagha. Antaranya jangan buang masa tengok filem-filem dan rancangan TV yang tidak berfaedah kerana perkara itu lama-lama akan merosakkan fikiran kita.
Kalau bahasa Arab biasa, selalunya huruf ب digunakan, bukan ل seperti dalam ayat ini. Kalau begitu, kalimah بسَعيِها yang digunakan, bukan لِسَعيِها. Tapi apabila digunakan huruf ل yang digunakan, ini menunjukkan mereka gembira ‘kerana’ Allah beri peluang untuk mereka lakukan kebaikan. Kerana mereka sedar yang segala kebaikan yang kita lakukan adalah kerana mendapat taufik dari Allah. Kerana kalau bukan Allah yang beri peluang kepada kita, gerakkan kita, kita tidak akan berjaya untuk buat kebaikan itu.


Ayat 10: Di manakah mereka akan tinggal?

في جَنَّةٍ عالِيَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
In an elevated garden,
(MALAY)
dalam syurga yang tinggi,

Mereka tinggal di dalam taman syurga yang tinggi. Kenapa Allah sebut sifat syurga itu terletak pada tempat yang tinggi? Ini kerana dalam dunia lagi, tempat tinggi adalah tempat yang lebih berharga dan mulia. Kita pun memang suka tempat yang tinggi. Sebagai contoh, kita suka pergi bercuti ke tempat yang tinggi seperti Cameron Highlands. Dan kalau pergi konvoi di perjalanan yang jauh, kalau sampai ke tempat yang tinggi di lebuhraya, ada yang akan berhenti kerana hendak melihat permandangan dari tempat yang tinggi kerana kita memang suka tempat yang tinggi kerana pemandangan cantik dari tempat yang tinggi; kalau duduk hotel mewah, bilik yang paling mewah dan mahal adalah bilik yang palng tinggi – penthouse; kalau orang-orang kaya, mereka suka buat rumah di tempat yang tinggi kerana kalau tempat itu ditimpa banjir, kawasan rumah mereka akan terselamat. Oleh itu di syurga juga akan begitu. Sedangkan penghuni neraka pula akan tinggal di bawah sekali.


Ayat 11: Apakah nikmat yang diberikan?

لا تَسمَعُ فيها لاغِيَةً

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Wherein they will hear no unsuitable speech.¹
  • i.e., any insult, falsehood, immorality, idle or vain talk, etc.
(MALAY)
tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna. Semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:
لَا يَسْمَعُونَ فِيها لَغْواً وَلا تَأْثِيماً إِلَّا قِيلًا سَلاماً سَلاماً
Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam. (Al-Waqi’ah: 25-26)
لاغِيَةً (lagha) adalah kata-kata yang sia-sia. Huruf تَ dalam تَسمَعُ bermaksud ‘kamu’ yang merujuk kepada Nabi Muhammad. Ini adalah kerana Nabi Muhammad lah yang pertama dijanjikan dengan syurga.
Kamu tidak akan mendengar kata-kata yang sia-sia, yang buruk-buruk di syurga nanti. Termasuk dalam perkara ini adalah kata-kata yang buang masa, tidak bernilai, kurang ajar dan sebagainya. Sebaliknya semuanya perkataan yang baik-baik sahaja nanti yang akan diucapkan dalam syurga, perkataan yang sedap didengari. Di dunia ini Nabi banyak mendengar kaum musyrik memakinya dan mengatakan yang tidak baik terhadap baginda dan begitu juga dengan para sahabat. Selalu baginda kena ejek dan kena cemuh dan kena kutuk dan keji dan sebagainya. Di syurga baginda tidak akan dengar lagi perkara itu.
Ini juga sebagai berita gembira kepada kita – kalau kita dapat masuk syurga nanti. Memang kata-kata buruk dan keji adalah perkara yang menyakitkan hati lebih-lebih lagi kalau ditujukan kepada kita. Dan kita yang melakukan dakwah dan memberi nasihat tentang sunnah memang selalu menerima kata-kata begini. Sedangkan kita nak beri nasihat, mahukan kebaikan untuk mereka yang dinasihati itu, tapi macam-macam orang keji kita dan sebagainya. Antara yang banyak terjadi, mereka panggil kita puak Wahabi.
Allah beritahu ini sebagai tasliah kepada kita kerana perkataan manusia selalu memberi kesan kepada kita. Mungkin kita kata kita tak kisah dengan apa yang orang kata, tapi sebenarnya kita terasa juga. Kerana kita juga ada hati dan perasaan. Dan kalau orang kata tidak elok tentang kita, kita akan marah juga. sampaikan kita suka kalau kita dapat duduk di tempat yang sunyi dan tidak kecoh seperti di tepi pantai, di dalam hutan belantara, di tempat yang tinggi jauh dari orang dan sebagainya. kita suka kalau dapat duduk bersendirian. dan kadang-kadang kita mahu bercuti jauh dari manusia lain. Kerana itu ada yang suka kalau dapat masuk hutan dan bersendirian sahaja.


Ayat 12: Apakah yang ada dalam syurga itu?

فيها عَينٌ جارِيَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Within it is a flowing spring.
(MALAY)
Di dalamnya ada mata air yang mengalir.

Sudahlah syurga itu di tempat tinggi, ada mataair pula. Di situ terdapat matair yg mengalir.
Sekali lagi diberi bayangan syurga kepada kita untuk menunjukkan betapa hebatnya. Air yang جارِيَةٌ maksudnya mengalir dan ini bermakna air itu tidak busuk, air itu segar sentiasa. Air adalah sesuatu yang disukai manusia sebab itu kalau kita pergi ke hotel yang mahal, ada air pancut yang mahal, yang besar. Air memberi ketenangan kepada manusia kerana manusia memang suka air. Sampaikan ada orang yang buat air terjun buatan dan juga air pancut buatan kerana hendak meniru aliran air yang segar.


Ayat 13: Apa lagi yang ada di syurga itu?

فيها سُرُرٌ مَرفوعَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Within it are couches raised high
(MALAY)
Di dalamnya ada takhta-takhta yang ditinggikan,

Kalimah سُرُرٌ kalau zaman sekarang adalah ‘katil’ tapi dalam bahasa Arab Klasik, ia adalah sofa, atau ada yang terjemah sebagai tahta atau pelamin. Di syurga penghuni syurga duduk bersenggeng atas pelamin-pelamin yang ditinggikan. Kalau dalam dunia, orang kaya sahaja yang buat macam ini. Tambahan pula kepada Bangsa Arab yang selalunya duduk atas lantai sebab mereka nomad yang selalu berpindah randah, mana nak boleh ada kerusi dan sofa pula. Tapi kalau mereka yang hidup stabil dan kaya, tidak perlu berpindah randah, akan ada sofa macam itu. Jadi, pada orang Arab, apabila disebut سُرُرٌ, mereka akan bayangkan sesuatu yang amat mewah yang mereka jarang ada.
Begitulah di syurga, penghuninya sudah rehat sahaja, tidak perlu pergi ke mana-mana lagi. Kerja mereka adalah untuk berehat sahaja. Tempat tinggal mereka telah tetap ada dalam syurga yang mereka tidak akan keluar sampai bila-bila di dalamnya. Maknanya Allah menawarkan kestabilan syurga kepada penghuninya.
Mereka akan duduk bersenggeng di tempat yang mewah untuk melihat harta dalam syurganya. Kalau di dunia, segala harta nak kena jaga, tapi di syurga, tengok sahaja kerana tidak perlu risau ianya akan hilang. Mereka sudah tak perlu kerja lagi dah. Ini tidak sama dengan manusia yang kaya yang selalu sibuk untuk mengumpul kekayaan sampai mereka tidak ada masa untuk menikmati kekayaan yang mereka ada pun. Tapi di syurga nanti adalah tempat untuk bergembira dan menikmati kekayaan sahaja. Mereka akan duduk-duduk bersenggeng sambil melihat segala keindahan syurga yang menjadi miliknya. Dari tempat duduknya itu dia boleh lihat segala hartanya. Kerana itulah kedudukan سُرُرٌ itu مَرفوعَةٌ (ditinggikan). Alangkah indahnya.
Lagi satu, apabila digunakan kalimah مَرفوعَةٌ (ditinggikan) bermaksud Allah yang buatkan tempat itu tinggi untuk kita. Ianya ditinggikan oleh Allah. Maknanya, Allahlah pereka syurga ini. Nak apa lagi?


Ayat 14: Ahli neraka minum air menggelegak, ahli syurga minum macam mana?

وَأَكوابٌ مَوضوعَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
And cups put in place
(MALAY)
dan gelas-gelas yang terletak (di dekatnya),

Dan di syurga itu terdapat piala minuman yang direndahkan untuk senang ambil. مَوضوعَةٌ maksudnya bekas minuman itu telah diletakkan dengan mudah untuk senang diambil. Ahli syurga tak payah bangun pun untuk ambil. Bukan sekali sahaja boleh tapi berkali-kali. Habis minum sahaja, akan diberi lagi.
أَكوابٌ adalah bukan gelas biasa tapi bekas yang macam piala. Dan kalau dah pakai piala tu, bukanlah air biasa, tentunya air yang hebat. Dan piala itu pula tidak ada  pemegang. Ini untuk memudahkan ahli syurga meminum dari mana-mana bahagian. Kerana kalau minum dari satu bahagian sahaja, sudah menyusahkan ahli syurga itu pula. Maknanya memang segala perkara diambil kira untuk memudahkan ahli syurga itu untuk menikmati hidup di dalam syurga.


Ayat 15: 

وَنَمارِقُ مَصفوفَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
And cushions lined up
(MALAY)
dan bantal-bantal sandaran yang tersusun,

Dan dalam syurga mereka ada alas, bantal-bantal kusyen kecil yang teratur. Banyak bantal bantal yang berbaris baris. Bantal-bantal kecik untuk bagi lagi selesa kalau duduk-duduk rehat. Ianya sebagai lambang kemewahan.


Ayat 16: Gambaran lagi keadaan dalam syurga.

وَزَرابِيُّ مَبثوثَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
And carpets spread around.
(MALAY)
dan permadani-permadani yang terhampar.

Dan hamparan-hamparan permaidani yang terbentang sejauh mata memandang. Daripada material yang elok sekali yang lembut dan halus. Dihamparkan مَبثوثَةٌ (Sepanjang mata memandang). Inilah apa yg manusia di dunia mahukan. Juga sebagai lambang kemewahan. Sampai ada sanggup permaidani Turki dan tempat-tempat yang terkenal dengan permaidani indah.
Dan kita boleh lihat bagaimana Allah memberi perumpamaan apa yang ada di syurga dengan apa yang ada di dunia. Sebagai contoh, di dunia pun ada kedai yang jual carpet yang mahal-mahal dan indah. Ini adalah supaya kita dapat bayangan keadaan di syurga itu tapi tentulah ada banyak lagi keindahan dan nikmat di syurga itu yang tidak terdapat pun di dunia.
Allahu a’lam.

x

No comments:

Post a Comment